Sunday, January 29, 2012

Amanah 'Titisan Emas' KSPSIWP KL&P

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:15 PM
Sabtu lepas saya sekali menghadiri mesyuarat Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya (KSPSIWP KL&P) bagi sesi perlantikan AJK KSPSIW bagi tahun 2012.

KSPSIWP KL&P adalah sebuah projek inisiatif yang dicetuskan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan dengan penglibatan dan penganggotaan oleh ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Pihak JKN hanya bertindak pemantau, membantu dan menyokong dari segi aspek teknikal dan sumber kewangan untuk KSPSIWP KL&P ini.

Kewujudan KSPSIWP KL&P di peringkat negeri akan bekerjasama rapat dengan pihak JKN dan KKM dalam setiap aktiviti-aktiviti yang bakal telah kami rangka dan bakal dilaksanakan pada seluruh negeri khususnya di klinik-klinik kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Suatu penghargaan buat saya setelah diri ini dicalonkan dan seterusnya dilantik menjadi pengerusi KSPSI WP KL&P sekaligus menerajui kumpulan sokongan ini untuk sepanjang tahun 2012. Amanat telah diberikan dan saya agak sedikit gusar dengan keupayaan diri untuk menerajui kumpulan ini. Dan dengan perlantikan ini bertambah lagi portfolio penglibatan saya dalam aktiviti-aktiviti berkaitan PSI. Semoga saya dapat melaksana segala tugas yang diberi dengan jayanya, insyallah!

Barisan teraju utama KSPSIWP KL&P 2012. Bakal mengaummm (chewahh) dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirangka untuk sepanjang tahun ini. Slogan untuk KSPSIWP KL&P adalah 'Titisan Emas'




Sempat juga saya buat kek choc moist sehari sebelum mesyuarat untuk menjamu kawan-kawan yang merasa kek choc moist yang saya buat dulu. :)
Tambah Imej

2 comments:

Ely Hasrul said...

haaa part kek moist tu aku dengki sgt2..

Tha kalu xikut kursus tokleh jadik ahli ker?

mummy-aulia' said...

kak yatie..nak jadi ahli..plis plis..inform ye, kalau ada aktiviti kat putrajaya..-suhaili

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea