Monday, January 23, 2012

Alkisah Troli Tesco

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:16 AM

Hari ini saya bawa mak saya beli barang-barang dapur di Tesco Kajang. Pada awalnya saya ikut sekali ke dalam Tesco. Dah pilih dan ambil barang-barang yang saya nak beli, saya tinggalkan mak saya meneruskan shopping dibahagian ikan & sayur dan pulang ke kereta dulu bersama izzet dan azri.

Lama saya tunggu dalam kereta, lepas tu mak saya call kata, troli barangnya dah hilang!. Mungkin ada yang tersilap ambil lah tu. Mak saya kata, dia tengah pilih-pilih sayur dah bungkus-bungkus pusing belakang troli dah tak ada.

Adesss, itu lah satu mak saya tu kalau pilih-pilih barang ada sikit 'leka'. Nasib tak letak beg dalam tu. Dah lah banyak barang-barang yang kami dah ambil sebelum ni. Dari satu row ke satu row dalam Tesco tu mak saya pusing cari. Last-last mak saya amik troli baru dan pegi start shopping lagi sekali.

'Hari ini dalam sejarah' buat pertama kalinya troli shopping kami hilang tanpa dapat dikesan, hahaha! Aduh, mak-mak! :D

3 comments:

Nong Andy said...

mujur yg belum byr :)

Hayatie said...

Mimie: Nasib baik! :-|

Imaan09 said...

ya ALLAH..siapa pulak y nak ambik.. klu kosong tadi mungkin lg ada y nk amik trolinya..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea