Monday, January 9, 2012

Aktiviti Sekolah Dirumah: Sambung Garisan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:49 PM
Demi menyahut salah satu azam tahun 2012 saya iaitu cuba untuk mengajar azri asas-asas pendidikan awal kanak-kanak. Saya masih belum sempat lagi menyediakan jadual khusus tentang apa yang patut diajar dahulu. Buat masa ini saya hanya gunakan segala material yang saya beli dan simpan dulu.

Ini sebenarnya buku belajar tulisan jawi. Saya tunjukkan dia cara untuk menyambung garisan-garisan tersebut. Motif sebenarnya adalah untuk membiasakkan dia mengikut arahan dari buku &, memegang pensil.

Kesemua huruf jawi itu dibuatnya walaupun tidak sempurna. Saya tak ajar lagi pun dia huruf-huruf jawi tu sebab taknak bagi dia bertambah keliru lagi. Saya cuma minta dia ikut saja garis-garis yang ada dalam tu.

Esoknya pun sambung lagi. Dah lepas garis, padam lepas tu berlatih lagi sampai boring. Aktiviti belajar ini tak lama pun. Berlangsung lebih kurang sejam saje lepas itu dia dah kelaut, ambik toys etc..hahaha. Oklah kan permulaan pembelajaran untuk budak yang berumur 3tahun 3 bulan tapi badan jer besar macam budak darjah 1.

Tak dapat nak snap gambar bebanyak, memory dah full uwaaaa. Lepas ini aktiviti mewarna ABC pula. Materialnya saya DIY sendiri je. Akan bersambung di entri seterusnya (selepas memory HP dibaik pulih semula, hihi)

5 comments:

Ila said...

bestlah jadi cikgu untuk azri..aku sgt tak sesuai utk jadi cikgu utk faiz..kureng sabar..jadi,sebab itu aku antar faiz gi sekolah...hehhe

Ely Hasrul said...

ok lagik bila bosan carik toys..sami kalu bosan dia koyak2 buku tuh huh.. patu tiap ari 'mami mana buku exercise sami?'

good job azri!

Cik Puan Nurul said...

hoho..aku ni qaseh lebih suka baca buku drpd menconteng kalo nak menulis dia suka main 'paint' kat pc huhu..ni pun nk gagahkan diri merajinkan diri ngajor dia apa yg patut..

pssst..aku lebih tertarik dgn makhluk demok yg memandang dr jauh tuh..ya ampun dah bleh duduk dah dia ni..gerammmmnyaaaaa

Zuhaini said...

comelnya....

Hayatie said...

Ely: Dulu dia koyak2 juga, laa ni dah takda lah insiden begitu, hihi!

CPN: Hahaha, makhluk kecil itu memang jadi 'assistant' abang dia..kih kih

Zuhaini: (^_^)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea