Aktiviti Sekolah Dirumah: Mengecam Abjad (Letter Recognition)


Fuh, terkejar-terkejar 'bersilat' depan mesin jahit kena juga buat HS dengan azri. Tapi kelakar sesi sekolah dirumah saya 'asal-sempat' je. Kalau tak sempat siang, saya buat malam, huhu! Oklah its better than nothing. Terasa nikmatnya menjadi surirumah sepenuh masa, aaahhh!jangan jeles uols, hihi

Minggu ini, saya buat aktiviti mengecam huruf (letter recognition). Untuk aktiviti ini, saya gunakan dua jenis letter recognition sheet, satu yang saya buat sendiri seperti gambar yang atas sekali tu, satu lagi saya print dari laman web fun2write.com. Sengaja je saya buat begitu sebab saya nak tengok daya fokus azri.

Saya mulakan dengan worksheet yang saya buat dulu. Saya suruh cari, padan dan warnakan huruf yang sama dengan huruf besar diatas tu dalam kotak-kotak kecil itu.

Hasilnya, azri dapat mengecam dan mewarna huruf-huruf tersebut dengan tepat dan mudah.

Kemudian, saya berinya ready-made worksheet yang saya print di internet dan cuba suruh dia cara huruf yang sama.

Apa yang saya perhatikan, azri mudah distract dengan gambar-gambar kartun itu dan teruja hendak mewarnakan semua.

Hasilnya, mula-mula azri mengikut arahan dengan mewarnakan gambar yang mempunyai abjad yang sama. Tapi bila masuk sheet yang kedua dan gambarnya lebih menarik, dia warnakan batang pokok tu dulu dan kesemua gambar yang ada, Adakah worksheet yang mempunyai fun motif membuatkan dia hilang fokus seketika?huhu!


Gambar selingan. Penyeri dan 'penyokong setia' aktiviti sekolah abangnya... :P

2

  1. Ely Hasrul said...:

    ya allah izzet tuuu!!! hahaha..

    ala sami pon mcm azri gak.. kalu ditanya dia tau la tunjuk sume.. patu disuruh kaler ikut arahan.. dia sukatyi kaler ikut dia.. dia kata lagik cantek bleh? hahaha

  1. Rose Khadijah said...:

    assalamualaikum kak yati..
    suke baca kat blog akak ni..santai berinformasi..
    suke link yang akk bg tu..bergune pada sy..

    tQ kak..
    memang gajin sy singgah sini..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)