Friday, January 13, 2012

Aktiviti Sekolah Dirumah: Membuat Garisan pada abjad ABC

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:25 AM
Hari ini saya masih ajarnya abjad ABC lagi. Oh, saya masih tiada lagi jadual/modul-modul tertentu yang saya ikut. Semua ini adalah berdasarkan gerak hati dan juga sedikit pembacaan dari hasil pencarian di internet.


Saya peruntukan, bulan ini adalah bulan untuk belajar abjad ABC dan saya akan cuba pelbagai corak pembelajaran ABC tu dengan pelbagai cara. Hari tu saya buat aktviti mewarna sambil mengenal abjad kan. Aktiviti hari ini masih lagi menggunakan material yang sama, cuma saya tambahkan titik-titik untuk azri belajar menyambung garisan didalam abjad ABC itu.

Saya sengaja beri dia pen marker supaya garisan yang dia ikut dan buat itu nampak jelas. Cuma saya 'saiko' kepadanya supaya pegang berhati-hati jangan terkena dakwat ditangan nanti tak boleh hilang. Nampaknya dia sangat cermat memegang pen itu, hihi!

Selepas selesai, aktiviti 'pembentangan' hasil tulisan dia, hihi! Azri teruja nak tolong tampalkan dipapan hitam sebenarnya. Kemudian saya ulangi sebut semula abjad tersebut sambil cuba menyoal dia kembali huruf-huruf yang dia sudah buat tadi.

Hasil keseluruhan kerja rumah ini dibuat sepenuhnya oleh azri tanpa bantuan saya. Dia sudah boleh membuat garisan mengikut titik untuk dengan betul dan hampir sempurna. Cuma kadang-kadang dia 'tak tahan' nak juga menconteng-conteng disekitar huruf tersebut.

Fuh, alhamdulillah. Terlaksana juga aktiviti yang ke-3 walaupun saya agak sedikit huru-hara terutamanya dalam menyediakan material dan mencari idea-idea untuk dimasukkan kedalam jadual aktiviti Sekolah Dirumah Azri ini.










2 comments:

penagih kasih said...

wah good idea lah kak
akak ni keje cikgu ke?
:)

Hayatie said...

Penagih kasih: Thanks dear! ..taklah, akak ni surirumah sepenuh masa jer :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea