Saturday, January 28, 2012

Aktiviti Sekolah Dirumah: Coloring Shapes

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:28 PM
Minggu ini saya buat aktiviti mewarna pelbagai bentuk dan saiz. Sambil-sambil itu mengenal asas-asas warna yang ada. Ambil masa berhari-hari juga untuk menyiapkan aktiviti kerana lepas habis mewarna satu bentuk azri berhenti takmau buat dah.

Oleh kerana konsep belajar rumah ini adalah secara santai. Saya tidak mahu memaksanya menyudahkan kerjanya. Biarkan dia buat ikut kemahuan dan mood sendiri. Saya pernah terbaca salah satu petikan mengenai Homeschool (tak dimana), seeloknya kita jangan membawa 'stail sekolah' itu dirumah.

Coloring sheets yang saya buat sendiri mengguna Photoscape sahaja.

Apa yang saya dapati daripada pemerhatian saya sepanjang sesi pembelajaran dirumah, azri adalah jenis yang tidak boleh duduk dan fokus untuk membuat sesuatu aktiviti itu dalam jangkamasa yang panjang. Paling lama 15minit sahaja kemudian dia akan berhenti keluar masuk, jenguk tv jap, amik toys etc lepas tu sambung buat aktiviti belajar semula.


Saya suka part ini, saya rasa azri pun selalu suka nak tampal hasil kerja dia dipapan hitam ini. Kemudian kami akan bersama-sama ulang semula warna-warna yang telah siap diwarnakan itu.

Selesai sudah aktiviti mengenal huruf dan mewarna untuk bulan ini. Bulan hadapan saya hendak memperkenalkannya dengan angka pula. Waaaa, banyak material nak kena mula cari dan prepare.

3 comments:

Ely Hasrul said...

aku impress sbb dia buat sungguh kemas. kalu sami naseb lah.. abis dia buat dia conteng2 smpai koyak patu dia keroyok patu dia campak dlm tong sampah.. patu muka dia muka puas.. zzzzz

Hayatie said...

ELY: kemas ek? kelaut juga tu, gigih mak dia iring balik kepangkal jalan tu hah, hahaha. Tapi memang 100% dia buat sendiri tu..huhu

Ila said...

cayalah ko tie..aku salute ko

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea