Wednesday, January 11, 2012

Aktiviti Sekolah Dirumah: Belajar & Mewarna ABC

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:25 AM
Aktiviti pembelajaran dirumah yang seterusnya adalah mengenal sambil mewarnakan ABC. Secara lisannya dia dah hafal ABC tu sebab dulu selalu dengar lagu ABC. Tapi dia masih lagi tak kenal huruf ABC tu secara penuh. Yang dia kenal huruf A, B, C, I dan O.

Bahan-bahan untuk mewarnakan ABC tu saya cuma buat sendiri menggunakan Photoscape, Paint brush pun boleh juga. Saya buat 6 huruf dalam setiap satu A4 kalau nak letak lagi banyak huruf takut kecik sangat dan susah plak dia nak warnakan. Lepas tu print je satu-satu. Jimat skit.

Lepas saya mintanya warnakan dan sambil-sambil tu tanya huruf apa yang sedang dia warnakan itu. Begitulah berkali-kali. Bila nak buat aktiviti begini, saya pun kena turut buat sekali dengan dia dari mula sampai habis. Kalau saya tinggalkan sekejap, dia akan suruh saya ambil pensel warna tu dan sambung mewarna dengannya semula. Adeh!

Cabaran terbesar dalam melaksanakan aktiviti belajar dirumah ini, adiknya pun turut nak 'belajar' sekali. Abangnya kadang-kadang tak sabar bila kefokusan dia sedikit terganggu dengan campurtangan si adik. Terpaksa lah saya angkat si adik duduk jauh-jauh sedikit tapi tak lama dia memang tertarik dengan aktiviti abang je, huhu!


Haaa dah siap keseluruhan aktiviti mewarnakan ABC ini. Kemudian hasilnya saya lekatkan di papan hitam dan tunjukkan pada dia semula. Teruja dia tengok sambil kata cantik. Bila saya tanya siapa yang buat ni, dia jawab 'abang buat!'. Jangkamasa aktiviti ini memakan masa hampir 2 hari, hihi! Tak boleh straight sampai habis nanti lama dan dia bosan.

Kalau yang warna yang 'masuk cantik' je dalam huruf tu kebanyakan mak dia yang buat, hihi. Abang pula kebanyakkan memang kelaut jugalah, tapi ada juga huruf yang dia warnakan ikut garisan itu. Syabas untuk azri & mak azri (yang berjaya menahan sabar lagi, hehe!)

4 comments:

Ely Hasrul said...

aku baru nk puji cantek sbb masuk garisan patu maknye ngaku plak hahaha..

kt umah aku mmg siapkan satu stick album sami, kalu dia bwk blk homework or dia buat dr buku exercise kt umah mmg masuk la dlm album. suka gile la dia.. tp paling yg mbuatkan dia suka kalu bg star... dari satu, tiga smpai 5 star dia mintak.. kalu dia buat buruk aku ckp no star keciwa dia hahahhaa

Hayatie said...

eLY: hahaha kalau azri aku buat gitu (bagi star) mahunya semua dia nak full star je, tak boleh takda. Selagi aku tak cakap, mahunya dia nak juga-nak jugak..kih kih

Nong Andy said...

hehe.. hayatie. kena bagi juga star tu :)

wah.. azrie boleh tahan juga mewarna walau ada ibunya yg tolong hehe..

Shinta langsung tak bagi aku pegang pencil warna tu!

Hayatie said...

Mimi: Wajib join skali kalau tidak dia tak buat!...hihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea