Sesi tayang body

Jom kita 'gegettttttttt!'.......
Ok, babai semua saya nak gi mandi!

Kek Marble

Aktiviti 'bakar-membakar' lagi. Baru nak buat entri sedangkan keknya dah selamat masuk perut pun, hihi!. Kelmarin saya buat kek Marble pula. Kali kedua saya buat kek ini. Pertama kali dulu tahun 2007 tak salah, fuh lamanya! Tapi dah lupa la bahan-bahanya. Resepi kali ini saya ambil dari blog ini.
Bahan-bahannya:
240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung gandum
1/2 camca teh baking powder (digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esev vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)

Cara membuatnya:
Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis dan esen vanilla.

Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.Letakkan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko. Saya pula terlebih bahagikan adunan koko tu yang nampak koko lagi banyak je, huhu!

Kemudian saya guna belakang susu je untuk putar tapi saya putar pun sedikit je nampak seperti corak tu tidak berserak sangat, patunya buat beberapa pusingan lagi. Bakar 50 - 60 minit, sehingga masak, ikut pada kecanggihan oven masing-masing :)

**Cuma saya rasa kalau tak letak ovallate tu pun ok kot. Sebab saya rasa kek marble saya macam rasa 'semacam' pula. 'Semacam-semacam' pun habis juga, hahah! Maksud semacam tu lebih merujuk kepada tindak balas bahan yang digunakan itu lah. Contoh, kalau kita terlebih letak soda bikabonat tu kan rasa cam kelat-kelat je biskut/kek tu kan.

Jalan-jalan ke Aquaria KLCC

Hujung minggu hari tu saya bawa azri melihat ikan-ikan di Aquaria KLCC. Dah lama nak kesitu tapi memandangkan azri kecil lagi dulu saya postponed dulu nak pergi ketempat-tempat seperti ini, zoo dan lain-lain. Kali ini dia teruja sedikit sedikit kerana sudah biasa melihat binatang-binatang ini semua didalam buku dan TV sahaja.

Jom layan gambar-gambar..
Azri geli tengok Water Rat. Besar macam landak pun ada, hihi

Azri terpegun betul tengok ikan-ikan tu tapi takut-takut nak pegang cermin akuarium tu.


Beratur tunggu giliran nak masuk dalam 'mulut jerung' ni, terowong akuarium. Mungkin dia taknak orang bersesak-sesak dalam satu masa kalau dia tak tahan ikut kumpulan.

Fuh, dalam tu memang tahap pengudaraan sangat kurang lebih-lebih lagi bila time-time cuti sekolah begini. Patutlah dia lepaskan batch-by-batch kalau tidak boleh pengsan dalam tu, huhu!

Ok lah, serupa macam Underwater World yang saya pergi dilangkawi dulu, tapi taklah sesesak seperti di Aquaria KLCC ni, huhu!Lawatan sekali lagi ke sini adalah masa izzet dah besar nanti, hihi! Tapi this time, memang tobat taknak pergi time cuti sekolah. Sesak sungguh dalam tu. Nak 'mengendeng' posing tepi2 akuarium pun tak sempat, adesss!

***Tiket dewasa RM35, Kanak2 (3-12) RM25. Next time saya akan bawa izzet masa umur dia 2 tahun 11 bulan, hihi!





Biskut Choc Chip & Fruit

Menu untuk minum petang tadi saya buat biskut Choc chip & fruit. Memandangkan bahan-bahan lebih dari buat kek Carrot hari tu masih ada lagi. Kali ini saya teringin nak buat biskut. Tengok pelbagai resepi biskut macam senang je nak dibuat. Terus saya zaaaas untuk cari resepi biskut choc chip. Saya ambil resepinya dari blog ini.


Bahan-bahannya:

300 gm tepung gandum.*
1 tsp Soda bikarbonat.*
2 tbsp serbuk koko.*
1/2 tsp garam.*
1 biji telur -pukul dengan garfu sekejap.
100 gm gula perang.
250 gm butter.
100 gm badam-cincang.<---tak letak
100 gm raisin/sultanas-cincang.<---yang ada mix fruit
1/2 tsp vanilla.
200 gm choc chips.
2 tbsp lemak sayuran (Shortening)
100 gm cornflakes-hancurkan kasar.<---tak letak

Cara-caranya:

Panaskan oven 170'C.
Ayak bahan-bahan bertanda *
Masukkan kekacang dan buah buahan kering kedalam tepung yang di ayak tadi,
Krim butter,gula dan lelemak sayur hingga kental.
Masukkan vanilla.
Masukkan bahan-bahan kering tadi.
Gaul hingga rata.
Sudukan mengikut saiz yang di kehendaki.
Bakar selama lebih kurang 15 minit.

Fuh, part ini lama rupanya. Gigih saya mencanainya satu-satu. Trip yang pertama, saya buat terlalu tebal jadi dalamnya seakan lembab. Trip yang kedua saya canai kan ia lebih nipis baru lah menjadi.

Dari pukul 3pm saya mula buat, siap sepenuhnya pukul 5.3opm, pheww!Dari pukul 3pm saya mula buat, siap sepenuhnya pukul 5.3opm, pheww!
Sempat juga bagi kawan merasa hasil pembakaran hari ini. Pertama kali juga ni buat biskut ni. Lawa plak gambar yang disnap oleh cik nidah ni baru lah nampak rupa biskut sebenar berbanding gambar yang saya snap kat 'ataih' tu.

*Lepas ini nak buat biskut choc chip letak badam, walnut atau kekacang yang lain pula. :)

Saya ada 8 batang gigi

Takda kerja, mari menganalisis kadar pertumbuhan gigi izzet, hihi!. Siap statistik lagi tuh,haha! Ini saje shot yang paling jelas dapat menampakkan keseluruhan gigi, kalau tidak asyik nampak yang 2 batang tu jer.

Izzet ada 8 batang gigi dalam masa 8 bulan, azri pula dulu baru ada 3 batang gigi sewaktu umur yang sama. Izzet dah ada tumbuh gigi pertama pada usia 4 bulan manakala azri mula tumbuh gigi pertama sewaktu 6 bulan.

***Alhamdulillah, sehingga ke hari ini izzet tak pernah main gigit2 lagi semasa menyusu. Cuma ada lah sekali dua 'ter' gigit, hehe! Itu pun sebab dia mengetap gusi, sebab gusi dah tumbuh gigi kan, jadi terasa lah kan, Oucchh! Harap-harap izzet tidak 'mengasah' giginya semasa menyusu, good boy, huhu!

3rd Laser procedure-HKL

Seawal subuh saya telah bersiap-siap untuk ke HKL bagi rawatan susulan Laser kali ke-3. Pejam celik dah 3x dah izzet menjalani prosidur laser. Masuk kali ke-3 ini izzet sudah semakin biasa. Kurang menangis berbanding pada awal-awal prosidur dulu. Mungkin sebab tidak biasa berpuasa dari subuh sehingga lebih kurang pukul 9.30 baru dapat menyusu. Perut berkeroncong, hihi!

Sampai-sampai di wad KK6 pukul 8.30am, seperti biasa proses menyapu krim EMLA untuk meng-kebaskan kawasan kulit yang hendak dilaser nanti. Waktu ini belum bagi ubat tidur lagi. Tu yang 'happy-happy' lagi walaupun tengah berpuasa mulai dari pukul 6.30am lagi. Seperti yang lepas-lepas, waktu2 gini dah merengek2 serba tak kena je, huhu! Part nak bagi ubat tidur tu yang seksa sikit. Nurse dah standby 2 syringe yang berisi 10ml ubat setiap satu, fuh!

Yang lepas izzet muntah selepas habis minum kedua2 syringe itu (secara paksa-rela, huh!). Kali ini saya tak habiskan pun kedua2 syringe, saya hanya bagi separuh sahaja (5ml) setiap syringe, aci tak? Belasah, saya khuatir dari nak menghabis yang sedikit tu terus dia muntah, tak kah sia-sia. Silap-silap kena bagi lagi semula.


Bila tengok gambar nih, geram sungguh rasa nak gigit-gigit je pipi dia. Kasihan izzet, kecil-kecil dah terpaksa melalui semua ini. Takpalah, ibu taknak izzet rasa rendah diri dan menjadi bahan ejekan kawan-kawan lain nanti. Saing dengan izzet untuk laser hari ini ada seorang budak cina yang berumur 5 tahun yang mempunya tanda lahir dibahagian mulutnya, baru pertama kali buat laser. Menurut ibunya, ditadika kawan-kawannya sering mengusik tanda lahir anaknya itu.

Dari Wad Pediatrik, Institut Pediatrik kami perlu menaiki shuttle atau ambulan hospital ke Jabatan Dermatologi, HKL.

Salah satu bilik laser di Jabatan Dermatologi disitu. Curi-curi je ambil gambar nih segan sebab specialist mereka ada disitu, huhu! Itu lah mesin laser V-Beam. Kali ini izzet terjaga semasa baru mula nak melaser jadi Izzet terpaksa lah dibedung dan dipegang kepalanya supaya tak bergerak-gerak. Proses laser diiringi dengan tangisan sebab meronta nak dilepaskan, huhu! Nasib baik sekejap sahaja.

On the way pulang ke wad, izzet tidur semula, hmmmm! Setiap kali laser kami perlu register untuk admit wad sekali, just in case. Tapi tak pernah lagi admitted, dalam tengahari dah boleh balik dah! Laser yang ke-4 dijadualkan pada bulan 21 febuari tahun depan.

Cucur Udang

Sekali sekali buat dan makan cekodok ni memang sedapkan. Tak kira lah cekodok apa, cekodok ikan bilis ke, cekodok bawang ker. Ada yang panggil cucur ada yang panggil cekodok. Petang ni saya terasa nak buat cekodok udang sebab ada stok udang dalam peti ais dah muak asyik buat lauk je.

Bahan-bahannya.......eh, takkon lah ada yang tak tahu buat cekodok nih, hehe! Cuma ada tip-tip kalau nak bancuh tepung tu guna air panas nanti cucurnya lembut jer.

Haha, siap pose cekodok yang dibelah menampakkan udang didalam tu hover kan, hihi! Hidangan untuk minum petang bersama air teh o panas, nyiumm! Jemput makan yer! (^_^)

Mesyuarat di JKN WP

Pada sabtu haritu saya menghadiri mesyuarat bersama dengan para PZM JKN Wilayah Persekutuan & Putrajaya bersama-sama rakan-rakan seperjuangan untuk aktiviti penyusuan yang seterusnya.

Pertama kali saya ke sini.

Kata-kata dan ucapan pembukaan daripada Ketua Penolong Pengarah Pemakanan JKN WP, Puan N0r Azah kepada semua peserta Mesyuarat.

Tekun mendengar pembentangan oleh PZM di slide presentation, kih kih!

Setelah selesai mesyuarat sedikit jamuan makan tengahari disediakan untuk kami semua. Yang menarik perhatian saya setiap menu hidangan diberikan maklumat kandungan kalori. Wah terus saya 'berhati-hati' dengan pengambilan saya, hihi!

Jadi berapa banyak kalori yang boleh kita ambil dalam sehari terutamanya bagi ibu-ibu menyusu?

While nursing, you should not consume less than 1500-1800 calories per day, and most women should stay at the high end of this range. Some mothers will require much more than this, but studies show that going below this number may put supply at risk. -Kellymom


Per Breastfeeding and Human Lactation (Riordan, 2004, p. 438), "The amount of energy needed by lactating mothers continues to be debated. The lactating mother need not maintain a markedly higher caloric intake than that maintained prior to pregnancy: in most cases, 400-500 calories in excess of that which is needed to maintain the mother's body weight is sufficient."

Kenapa dengan Nuffnang Analytics saya?



Saya hairan kenapa Nuffnang Analytics saya sentiasa kosong. Setiap kali saya klik dekat menu-menu yang dikiri tu seperti 'Lokasi pengunjung', 'kata kekunci' dan lain-lain semuanya menunjukkan tiada rekod. Saya ingat memang normal lah kalau begitu sehingga lah saya terlihat di entri cik puan nurul pasal ni terus saya cam 'eh kenapa aku punya tak macam tu itu pun, huhu!'. Hairan sungguh mokcik! What happengg?

Nyampah sungguh! Rasa cam nak remove je ads Nuff ni, dah ler earning pun cikaput jer, dah 2 tahun 10 bulan berblog baru 10 hengget jer. Agaknya nyampang nak tunggu min cash out RM50 kena tunggu lagi 8 tahun 4 bulan (mengikut pengiraan 2 tahun 10 bulan=RM10, kih kih!). Kalau tanya pasal BE ka satu hapah pun akak tak tahu, huhu!

**Gigih akak update entri setiap hari satu tau (kadang-kadanglah, heh). Nak cecah minimum 15 entri setiap bulan pun bagai nak pecah pikior merapu bagai tau, Adeh!

Kek Carrot


Tergerak nak buat carrot cake bila tengok dalam peti ais banyak betul carrot yang mak saya beli kat pasar. Ini kes main beli ingat dah habis kat dalam peti ais, bila keruk-keruk ada lagi rupanya.
Kebetulan bahan-bahan asas kek yang lain dah ada, tinggal nak memarut carrot je.

Saya tak pernah buat kek ini, pertama kali nak mencubanya jadi saya pun mengugel lah resepi-resepi yang ada di internet. Pening gak kepala nak ikut yang mana, pilih punya pilih saya amik kat sini, sebab nampak dia guna sukatan cawan-cawan je berbanding yang lain nak bertimbang, malas nak guna timbang.

Bahan-bahan:

2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung
100gm mentega, dicairkan
2 cawan lobak merah, diparut
30gm hazelnut/kekacang yang lain <-------Saya letak mix fruits

Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan kesemua bahan lain.


CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese<-----Saya letak 180g sebab dah sampai rumah baru perasan, huhu
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing<------Saya takda gula icing, belasah guna gula halus je
1 sudu kecil jus lemon<-----Saya guna limau kasturi je, perah satu sudu teh, aci tak?


Untuk topping cream cheese saya failed! Selepas dipukul dengan gula, mentega dan peraturan yang lain saya biarkan kat luar sementara nak tunggu kek masak dan sejuk. Lebih kurang 20 minit saya nak sapu, dia jadi macam berair dan cair. Rasanya dah ok cuma teksturnya jadi cair. Kenapa ek? Ke sebab saya tak ikut sukatan yang di tetapkan? Sudahnya saya buang semuanya, huhu!

Tuang adunan kedalam loyang. Bakar pada suhu 180C selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing. (Saya bakar 30 minit jer ikut oven saya).

Hasilnya cubaan pertama ini:
Kek saya merekah di bahagian atas. Sebab terlebih tepung kah? rasa 2 cawan pun cukup kot.
Tapi dalamnya masa je sekata dan rasanya pun ok.
Topping cheese cream saya tak jadi. Hadoiiiiii! Saya nak buat macam dalam gambar ini:


Gambar dari Google images.


Letgo: CP Pantyliner



Ini sahaja balance yang tinggal dari yang banyak-banyak saya buat tu :) Local flannel yang RM8, imported flannel yang RM10. Ada yang berminat boleh e-mail saya di hayatiehashim[at]yahoo.com (^_^)

Jahitan: CP Pantyliner

Jaki akak buat CP pantilyner lagi yer, hehe! Kali ini tak beli kain. Semua dari lebihan kain flannel yang saya beli dulu. Dapat 14 keping. Ada lebih lagi kain flannel tapi flannel bercorak dah habis so tak cukup kain nak matchkan.

Saya dah siap-siap potong dah jahit kesemua CP ini sebelum saya bekursus. Cuma belum di top-stitch je lagi.
Lepas habis kursus terus sambung kerja-kerja top stitching pula. Meriahnya tengok CP2 tu bila dah siap banyak-banyak, geramm! CP saya pun tak semeriah ini, huhu! Nasib tempahan orang, Jeng-jeng-jeng! (^_^)


2 1/2 jam!

2-hari berturut saya bekursus lagi di Shah Alam, kali ini kursus Jalan Raya & Perabut Jalan. Kursus Kontraktor yang ke-3 saya selepas Kursus Landskap, kursus Jambatan, Jeti & Struktur Laut. Encik suami kata ada lagi 3 kursus kontraktor sahaja lagi yang perlu saya hadiri iaitu kursus binaan, Kursus saliran & perparitan dan kursus paip, arghhhhhhhh!

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk selama 2 jam setengah membuatkan saya menghargai pula profession saya sebagai surirumah sahaja, huhu! Sakit jiwa duduk berjam-jam dalam kereta. Dengan 2 1/2 jam tu, saya dah boleh sampai ke Batu Pahat (jika perjalanan tanpa 110km/jam, hihi!).

Macam-mana lah orang bekerja yang terpaksa menempuh jem hari-hari tu yer, ke dah imune? huhu! Ke semalam memang extra jem sebab banjir kilat di beberapa tempat sekitar KL.

** Aahh, bestnya hari ini bangun pagi lambat-lambat, hihi!

Buku: Novel Cabul, Charmed & Ernest Hemmingway


Huh, pertama kali saya dengar mengenai isu ini. Saya bukan lah kaki baca Novel Melayu. Memang tak pernah baca pun apa-apa novel Melayu. Sahabat saya editor dari PTS yang menyuruh rakan-rakan yang lain semua untuk perangi novel-novel cabul yang semakin berlambak dalam pasaran.

Apa yang cabulnya? Haaa, cuba baca contoh-contoh ayat didalam gambar itu. Memang boleh membawa pembaca berimajinasi terutamanya golongan-golongan pembaca muda. Bait-bait perkataan yang boleh menimbulkan keghairahan. Sangatlah tidak sesuai okeh!.



Saya dulu suka baca siri-siri 'supernatural' omputih. Saya sangat obsess dengan siri Charmed. Dari siri TV sampailah ke novel saya layan. Lepas dah kahwin keobsesan saya sudah mulai berkurangan dan saya sudah tak sempat lagi membaca siri cerita itu. Fokus sudah beralih, lebih untuk mencari info mengenai kehamilan lah, bayi, keibubapaan lah etc, hihi.

Masa keruk-keruk rak buku saya, terjumpa lagi buku ini. Buku ini masih tak habis saya baca rupanya. Buku ini dicadangkan oleh Prof saya. Ernest Hemmingway. Kalau saya
baca buku ini harus kebanyakannya bait-bait ayatnya saya baca dua kali untuk memahami maksudnya. Oh memang mengasah lagi 'critical thingking' saya.

***13 &14hb saya berkursus lagi! Yeay masa untuk menyambung kembali membaca buku ini sejak dari dibeli 2003! Nampak sangat bosannya nak berkursus ni, esok saya bakal berlajar cara-cara nak buat Jalanraya!

Saya melepaskanya

Hari sabtu 10haribulan adalah tarikh pendaftaran dan penerimaan ke program UMCCed. Sebagaimana yang semua sedia maklum, permohonan saya ke program tersebut telah pun diterima. Dan saya masih lagi menunggu kata putus encik suami.

Dan pada awal pagi encik suami ada kata yang beliau mahu saya postponed dulu hasrat saya ini. Hmm takpelah saya akur. Mungkin ada hikmah dan sesuatu yang lebih baik untuk saya dilain kali kelak.

Orait, i'm back to my usual routine after a week full of 'viruses', dreams of studying dan tak hape-hape lah lagi. A kick off day start with 15 pieces of cloth pad pantyliner waiting to be sewn by me. Aaah, what a productive way to start with. Tunggu ya, will upload the picture when its ready. Kalau tak cantik, saya diam-diam aje, hihi!

Kek Kukus Chocolate Moist

Aktiviti dihari sabtu. Masa untuk mencuba resepi kek kukus cokelat Moist yang dishare oleh kawan di Facebook. Dari website ini. Kebetulan encik suami pulang ke rumah minggu ini kan. Bahan-bahannya pun dah tersedia ada di rumah.

Bahan-bahanya:
3/4 Butter (1 bar=250g)
1 cawan gula kastor
1/2 tin susu krimer sejat
2 biji telur (dipukul perlahan)
1 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu Baking Powder
1/2 sudu Baking Soda
1/2 sudu esen vanila

Cara membuat:
1. Campurkan bahan-bahan (Gula, susu krimer, esen vanilla & butter) didalam periuk dan cairkan diatas api yang perlahan.

2. Campurkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau hingga sebati.

3. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda dalam satu bekas yang besar kemudian masukkan adunan bersama telur telur dan kacau hingga sebati.

Cara membuat Chocolate Topping:
1/2 tin susu pekat manis
1/2 sudu esen vanilla
1/4 minyak jagung
1/6 cawan serbuk koko (diayak)
Sedikit garam


Kemudian bermula kerja-kerja mengadun bahan-bahan tersebut mengikut arahan. Fuh-fuh! Berpeluh-peluh didapur mengalahkan Masterchef, hehe! Saya sebenarnya kurang minat skit hal ehwal masak memasak ni berbanding menjahit, suka makan jer!

4. Masukkan adunan tadi kedalam bekas kukus yang telah dipanaskan dan kukus selama 45 minit. Oops jangan lupa tutup longgar permukaan kek tadi dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap air dari jatuh ke permukaan kek barangkali. Saya takda aluminium foil jadi saya gunakan napkin tak pakai dan tutup kat penutup kukus begitu. :)

Bila dah cukup masak keluarkan dan dijirus dengan Chocolate topping yang telah disiapkan sebelum ini.


Jeng-jeng-jeng! Menjadi jugak percubaan pertama saya, hihi! Terus dihidangkan panas-panas bersama air teh o panas untuk hidangan dipetang hari, jemput makan! :)

Hinode Shop



Tetiba nak cerita pasal Hinode Shop, hihi! Siapa yang tak tahu kedai Hinode ni kan? Kedai yang menjual semua barang RM5 (kecuali sesetengah barang). Selalu gak saya ke kedai ini especially bila nak cari bekas-bekas, laundry net etc.

Banyak dah kedai Hinode yang saya masuk rata-rata kebanyakan jurujual mereka sangat bersopan santun kan. Walaupun saya beli barang tu cuma RM5 je keseluruh
annya tapi dia punya layanan, senyum dan ucapan terima kasih mengalahkan orang yang beli beribu-ribu ringgit. Siap suruh datang lagi tu.

Kalau masuk tapi tak beli apa-apa pun, bila keluar je jurujual dah senyum cakap terima kasih & datang lagi. So, saya sentiasa 'happy' kalau masuk kedai Hinode nih. Agaknya memang cara orang Jepun kot kalau bab-bab bisnes dan melayani pelanggan harus diutamakan.

Teringat pula saya sebab tu lah dulu Tun Mahathir mengumumkan Dasar Pandang ke Timur iaitu satu dasar yang mengajak rakyat Malaysia untuk mencontohi budaya masyarak
at Jepun dan Korea terutamanya dalam aspek kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaa/perniagaan dan banyak lagi lah.
Nak menyelit juga hasil daripada berminggu-minggu berfikir kat mana nak cari bingkai gambar yang paling murah untuk letak sijil-sijil yang saya perolehi akhirnya baru saya terfikir nak beli di kedai Hinode itu pun setelah saya ternampak ada sorang kakak ni memborong sakan bingkai gambar kan situ.

Lapan bingkai gambar yang saya bayar RM40 sahaja. Berbaloi kan!

Keterujaan nak membingkaikan sijil-sijil pasal penyusuan susu ibu ini mengalahkan dapat Ijazah. Ijazah saya pun, saya tak bingkai hadoiii! Suka hati lah cik yati, ini salah satu cara untuk memberi ganjaran pada diri sendiri didalam penyusuan susu ibu. Siapa lagi nak beri penghargaan kalau tak diri sendiri, ye tak! (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)