MBW Mini Meet Up

Pagi ahad 27/11 saya merajin-rajinkan diri mini meet-up Malaysian Babywearers (MBW) di Tasik Cempaka, bangi. Jarang sebenarnya saya pergi perjumpaan BW nih. Kali ini saje je nak 'meracun-racunkan' diri sendiri, hihi! Layan je lah gambar-gambar sepanjang hari kejadian, kih kih!

Eh, macam kenal je budak ni. Model cilik 'paksa-rela'..hahaha!-Rucksack carry.

Muka minta belas ehsan dah ni, hehe!

Pelbagai jenis Wrap. Nampak je sempoi nih tapi kebanyakan harganya lebih daripada RM500 ++ huhu!
Pelbagai jenis SSC yang ada; Beca, Bamberoo, Kinderpack, Boba, Kanga etc.

Sesi acik pulak men-test drive apa yang sempat yer, hehe! Ni SSC Kinderpack.

SSC Kanga

Sesi menerai Wrap (Bebe Sachi) pula-Front Wrap Cross Carry

Sempat beli juga Promo Card MBW, bagi je kat sesiapa yang mungkin berminat untuk ber-BW. Kalau ada yang berminat boleh beli dengan mengemail malaysianbabywearers@gmail.com :)


Mujur tiada apa yang dapat meracun saya hasil dari sesi test-drive tadi. Saya memang kurang minat dengan Wrap. Cuma yang aura nak jahit Mei Tai saya yang berkobar-kobar datang semula. Baru dapat ilham lah katakan, hihi!

Syukur kepada Mu



Hari ini saya panjatkan lagi kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa. Disaat Allah menguji saya dengan ujian demi ujian dalam pada masa yang sama saya juga ditunjukkan dengan pelbagai lagi ujian-ujian Allah S.W.T yang lebih berat lagi kepada orang yang lain.

Tatkala saya bersedih dengan ujian tanda lahir yang Allah berikan kepada izzet, saya dipertemukan lagi dengan kisah seorang bayi yang menghidapi 'Congenital Melanocytic Nevus (CMN)'. Satu lagi jenis tanda lahir atau lebih dikenali sebagai 'Brown Birthmark'.

Serupa dengan dengan tanda lahir jenis vaskular seperti Port Wine Stain, cuma yang membezakannya adalah Vascular Birthmark adalah lebih kepada ketidak-normalan pada salur darah (Blood vessel abnormalities) manakala Congenital Melanocytic Nevus lebih kepada pertumbuhan sel melanin di bawah kulit yang tidak normal (Overgrowth of Melanocytes).


Congenital Melanocytic Nevus ini adalah sangat jarang dan boleh menghidapi dihadapi oleh
seorang bayi didalam setiap 20,000 kelahiran. Dan risiko dari Melanocytic Nevus ini ianya boleh menjadi Melanoma atau kanser.

Saya menangis apabila melihat gambar-gambarnya di Facebook sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa bulan yang lepas. Beliau meninggal kerana Melanocytic Nevus juga terdapat di beberapa atas kepalanya dan menjadi ketumbuhan dari
dalam kepalanya. Ketumbuhan didalam kepala itu melumpuhkan kebanyakan sistem sarafnya.

Hati saya cukup tersentuh apabila membaca kisah-kisah penderitaan anak-anak kecil ini dengan pelbagai ujian penyakit di awal usia lagi. Lantas saya bersyukur kerana apa yang dilalui oleh Izzet ini hanyalah sebahagian kecil ujian yang Allah berikan kepada kami.



Sekurang-kurangnya izzet masih dikurniakan kesempurnaan dan kelebihan yang lain. Berkali-kali saya menciumnya dan merasa bertapa bertuahnya saya kerana dikurniakan anak yang masih sihat walfiat, syukur-syukur Alhamdulillah! Semoga izzet terus membesar menjadi anak yang soleh kelak, Amin!


اَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
(Al-Anbiya': 87)

Salam Maal Hijrah


Dalam diam tak diam, kita sudah pun sampai ke penghujung tahun Hijrah. Apakah yang telah saya capai sepanjang tahun ini? Alhamdulillah, Allah telah beri saya beberapa rezeki disepanjang tahun ini. Salah satu rezeki yang tidak terhingga adalah dikurniakan cahaya mata yang kedua, diberi dugaan yang menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya, mendapat pertauliahan sebagai IBCLC, satu pencapaian yang tertinggi saya perolehi sejak bergiat aktif dalam bidang penyusuan sejak akhir tahun 2008.

Selain daripada itu, saya juga telah membuat anjakan paradigma dari sudut perspektif kehidupan yang saya lihat sebelum dan selepas. Apakah ia, biarlah diri saya yang mengetahuinya. Apa pun ianya membuatkan hidup saya lebih tenang, lebih redha dan lebih bersyukur dengan apa yang saya ada ketika ini.

Oleh sebab itu, mari kita bersama-sama mengakhiri tahun ini dengan penuh keberkatan dengan membaca doa akhir dan awal tahun.

Doa Akhir Tahun ini dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum mas
uk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Akhir Tahun

Manakala Doa Awal Tahun pula dibaca 3kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram.

Doa Awal Tahun

Semoga tahun hadapan menjadikan diri kita lebih baik dari yang sudah dan segala perancangan yang kita lakukan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T, Insyallah!

Justin 'Biarbenar'

Ok, saya takda 'keroje'. Tengah merayau-raya features dalam Photoscape jumpa clip art rambut palsu kat dalam tu, teringat plak macam rambut Justin Bieber. Dan hasilnya...

Bukan Justin Bieber tapi Justin 'biarbenar'..hihi!

Bye Bye Mr. Pognae

Akhirnya, Pognae SSC saya telah berjumpa dengan ibu barunya setelah beberapa minggu saya iklankan di FSOT dan juga di blog untuk diletgo. Owh, saya siap buang kelopak bunga tau memikirkan nak letgo ke tak. Huh, orang lain beli SSC mencecah 1k dan letgo pun rilek je, adeh!

Sayang sebenarnya nak letgo kerana suatu ketika dahulu saya sangat obses dengan corak askar. Kebanyakan aksesori yang saya beli untuk azri mesti salah satunya corak tersebut. Tapi apakan daya, keobsesan tersebut tidak dapat melawan keobsesan saya untuk terus teracun dengan gajet-gajet babywearing yang lain, huhu!

Tak daya nak menambah gajet baru sahaja, kena lah letgo yang lama-lama untuk cover balik duit untuk menambah yang baru ooopsss haha! Untung siapa yang dapat SSC tu sebab SSC tu kurang dilenjan dan masih nampak baru. Terima kasih yer (erm, lupa dah nama, huhu!)

** Sedih plak rasa sebab kenangan bersama azri dulu. Cepat sungguh masa berlalu, rindu waktu-waktu azri baby-baby dahulu, sob-sob! Sib baik ada izzet kalau tak pasti rindu saya lagi menebal, heheh!

Letgo: Flip Diaper

Dua-dua tempat saya advertise nak kasi cepat laku, hihi! Di M'sian FSOT dan juga dibelog. Detail seperti dibawah:

Flip Cover + Stay dry insert.
Great Used Condition (Used not more than 5x)
RM55 shipped!







Sebelum & Selepas

Kerja-kerja menukarkan inner bamboo CD lama kepada yang baru. Bukan CD saya, tempahan eh tugasan hmm apa-apa lah dari kawan yang minta saya tukarkan inner CDnya. Saya tak pernah jahit CD lagi tapi selepas menetas CD ini terasa 'ohh, begini lah mereka cantumkan CD bla bla bla rupanya, hihi'..

Gambar sebelum dan selepas. Selepas ditukar kelihatan seperti CD baru pula. Yang lecehnya adalah kerja-kerja menetas CD ini. Ok, masa untuk menyambung kembali kerja, ada 6 keping CD lagi yang perlu disiapkan, fuh-fuh! (^_^)

I L M U


Akhirnya saya hantar juga. Malas dah nak fikir-fikir. Bagi tak bagi ke, dapat tak dapat ke, boleh tak boleh itu semua perkaran kedua. Saya anggap itu sebagai ibadah juga. I L M U itu luas. Saya nak jadi orang yang mencintai I L M U. Dengan I L M U lah yang membezakan seseorang manusia dengan yang lain.

Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud:
Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui. (Surah Az-Zumar, ayat 9)


Tidak cukup dengan itu:
Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)


Semoga saya terus diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T

Sesi Belajar mengikat Pashmina

Rentetan dari entri tudung sebelum ini, hihi! Terjumpa pula pashmina yang lama sudah dibeli tapi selalu di buat cover badan ala-ala selimut je. Kalau nak buat tudung pun tak reti nak membelit-belitnya.

Teringin pula gedik-gedik nak menerai, dengan pantas saya terus menggunakan khidmat 'Pak Gugel' tentang cara-cara memakai, mengikat, membelit pashmina itu, hihi! Jumpa link yang pertama disini terus lah cuba. Paling simple rasanya. Ada banyak lagi yang lain-lain.

Nah, hasilnya..
Er, abaikan lah kekusaman wajah ku itu yer, hihi! Duduk rumah gini lah, encik suami pun jauh dimata, kih kih!

Tak tahu lah betul ke idakk cara belitan. Ambik ko, keronsang rama-rama itu asal boleh, haha! Motif sebenarnya nak tahu sama ada nampak 'bolat' ke wajah saya kalau pakai tudung ala-ala shawl, pashmina dan yang seangkatan dengannya sebab takda Awning kan.

Siap pose pandangan sisi juga, ahaks!

Bahagian depan pula. Er betul ker depan dia nih, rasa cam tak betul pun ada,huhu. Memang pemakaian tuung gini, memang penyudahnya tidak simetrikal kah? Adeh, panas juga dok belit-belit gini. Baru melaram kat rumah, udah berpeluh-peluh. Ke jenis pashmina saya beli tebal agaknya, huhu! Sekali lagi persoalan, sempatkah acik nak membelit-belit gini,? (^_^)

Lepas ini saya nak try ikatan begini pula, ala-ala stail 'Jedi'.. kih kih!

Bawal oh Bawal!

Tengah kemas-kemas lagi laci tudung bawal untuk kesekian kalinya. Saya rasa kali terakhir saya pakai tudung bawal ni masa tahun 2008/2009 kot. Bila azri dah start 'melasak' saya memang dah tak sempat dah nak berbawal-bawal lagi.

Kalau pakai keronsangnya kat bahu, azri selalu nak cabut. Kalau nak pakai tudung ni selalu rushing, sebab sibuk kan kemas barang-barang yang lain dulu tudung tu selalu jadi perkara terakhir yang dipakai. Kompom la senget benget. Mana nak gosok lagi.

Ni je lah yang tinggal, yang lama-lama semua saya sudah 'sedekah'kan, hihi! Ni pun dah 2 tahun lebih terperap macam takda tanda-tanda akan dipakai je lagi,huh! Terima kasihlah kepada fesyen tudung ber'awning' pakai terus sarung je yang jadi penyelamat kepada ibu-ibu macam saya ini, hihi!. Satu je yang tak best, malas betul nak jaga part awningnya supaya tak rosak dan kemek-kemek bila nak basuh.

Bersuka-ria @Critter Land

Wah cerita ini sangat lama sebenarnya dari bulan lepas lagi. Dari sehari ke sehari nak mengarang tak sudah-sudah, hihi! Masa saya pergi ini bukan waktu cuti sekolah/hujung minggu, waktu hari biasa sahaja. Sebab ratenya lebih murah iaitu RM15 sahaja pada hari biasa. Kalau waktu sabtu ahad dan cuti sekolah, kadarnya RM22. Boring tak tahu nak bawa azri pergi mana, tu yang ke sini, dengan rakan blogger Cik Puan Nurul juga. Huh, biasalah kalau time-time gini siapa je yang free kan kalau tak macam kami yang berstatus surirumah tangga sepenuh masa ini, hihi

Pic ni dari Google :)

Ni ruang menunggu untuk ibu bapa atau penjaga. Luaskan langsung takda orang sebab waktu ini memang kami berlima termasuk anak-anak sahaja yang datang kesini. Ada wifi free juga kalau tak salah :)

Yang ni main 'tembak-tembak' masukkan bola getah kat dalam mesin tu. Huish ganas sungguh bunyi mesin tu, terkezutt budak2 ni tak jadi main kat sini. Agaknya kalau time cuti sekolah sekarang ini, tentu bising betul kat sini, mau merah kulit kalau terkena bola getah tu..huhu


Azri tak berani mula-mula nak naik setinggi ini. Tapi lepas turun gelonsor yg setingga 2 tingkat tu terus muka dia cuak pastu takmau naik lagi, hihi!

Dalam banyak-banyak, bola-bola dan mainan kekuda ini juga yang lah yang menjadi tempat 'favourite'. Mungkin yang lain-lain tu terlalu 'extreme' sangat kot. Lebih sesuai untuk budak-budak yang lebih besar.

Eh, anak sapa lah ni, hehe!

'Hari ini Critter Land saya yang punya, miahaha!'

Oopss, sini mak dia rupanya. Mak budak pun turut 'berkubang' dalam bebola ini. Mentang-mentang kami je yang ada disini. Tu yang tak segan tu, hihi!

Penat-penat main, rehat sambil layan kudap-kudapan yang dijual di situ.

Boring juga sebenarnya bila tak ramai budak-budak lain disitu. Azri & Qaseh pun terpinga-pinga masa nak main kat dalam tu sebab kosong je takda orang nak pergi ke satu tempat yang lain pun takut-takut, udahnya mak-maknya juga lah kena ikut masuk teman dalam tuh, kih kih!

So kena pilih lah, nak bayar murah tapi anak boring nak main sebab takda kawan-kawan yang semasa hari orang orang bekerja atau nak kasi anak seronok sikit main ada kawan, tapi kena lah bayar lebih sedikit. :)






Malaysian Vascular Birthmark Awareness and Support Group

Tak tahu lah kenapa dalam 2-3 hari ini saya kembali aktif mencari pelbagai maklumat mengenai tanda lahir Vaskular 'Vascular Birthmark'. Pelbagai maklumat saya perolehi dari pengertian apa itu tanda lahir vaskular, cara rawatan, penyakit serius yang boleh dikaitkan dengan tanda lahir vaskular ini sehingga lah kepada laman forum, komuniti online malah adanya juga pelbagai kumpulan sokongan untuk orang-orang yang mengalami tanda lahir vaskular ini.

Tetapi sayangnya tiada satu pun maklumat, kumpulan sokongan mengenainya di dalam negara kita ini. Sedangkan bila saya google gambar-gambar mengenai tanda lahir vaskular ini, ramai rupanya yang dari negara kita mengalaminya, ada yang sudah dewasa, ada juga ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami nasib yang sama. Namun kebanyakan tidak tahu dan tidak berbuat apa-apa. Mengikut apa yang saya jumpa dari blog-blog mereka.

Mungkin kerana belum banyak lagi kesedaran dan maklumat mengenai tanda lahir vaskular ini kerana bagi kita tanda lahir adalah tanda lahir sahaja, noktah! Saya juga berpengetahuan sehingga setakat itu sahaja sebelum ini sehinggalah Allah memberi ujian pada saya dengan mengurniakan anak dengan tanda lahir vaskular jenis Port Wine Stain. Sedikit maklumat mengenai tanda lahir vaskular yang saya ambil dari BirthmarkSupportGroup.Org.uk:

Vascular birthmarks

What is a vascular birthmark?
Vascular birthmarks are made up of blood vessels squashed up together in the
skin. They can be flat or raised, pink, red or even bluish in colour. They are quite
common. About 3 in every 100 babies are born with them.

What causes birthmarks?
As yet we do not know the exact reason why babies get vascular birthmarks.
Most are not inherited, and are not caused by anything you did or ate while you
were pregnant.

What are the different types of vascular birthmarks?
There are many different types of vascular birthmarks. The most common types
are haemangiomas and port wine stains. There are other types of vascular
birthmarks, but some are quite rare. Your doctor will explain to you if your baby
has a rare type of birthmark.

What should I do if my baby has a vascular birthmark?
If your child has a vascular birthmark, your GP or local paediatrician will discuss
this with you. For some vascular birthmarks, you may be referred for laser
treatment and further management. For rare types, you may need to see a
specialist at a specialised centre.


-------------------------------------------------

Atas kesedaran ini lah saya terlintas untuk mewujudkan satu jaringan kumpulan sokongan di Malaysia untuk berkongsi maklumat, cerita dan pelbagai lagi mengenai tanda lahir vascular ini. Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم Saya membuka laman facebook untuk:

Masih lagi belum ada apa-apa, insyallah akan cuba di isikan dengan maklumat-maklumat yang berkaitan. Semoga akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi. Semua dijemput untuk menyertainya. :)

Tanda lahir, parut sukar dapat kerja

Saya terjumpa artikel ini semasa mencari maklumat mengenai tanda lahir lagi. Berita yang baru juga ini dari Utusan Online.

Tanda lahir, parut sukar dapat kerja

HOUSTON 13 Nov. - Satu kajian mendapati orang ramai yang mempunyai tanda lahir, parut dan kecacatan lain di bahagian muka akan menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan.

Menurut kajian Rice University dan University of Houston, ini kerana tanda-tanda di muka itu boleh mengganggu tumpuan penemuduga sekali gus maklumat mengenai pemohon sukar diingati.

Profesor Psikologi Rice University, Mikki Hebl berkata, amat penting bagi penemuduga untuk mengingati maklumat yang diberikan semasa pemohon ditemuduga.

"Kajian kami menunjukkan jika penemuduga tidak mendapat cukup maklumat mengenai pemohon disebabkan kecacatan di bahagian muka maka ia akan menjejaskan tahap penilaian,'' katanya.

Dalam eksperimen pertama, seramai 170 pelajar terlibat dalam kajian itu dan mengendalikan temuduga 'olok-olok' menerusi komputer dan pergerakan mata mereka diperhatikan.

Hasilnya, perhatian penemuduga diganggu oleh kecacatan muka, maka lebih kurang maklumat calon yang mereka ingati dan sekali gus memberi markah yang rendah.

Dalam ujian kedua pula, 38 pengurus sepenuh masa mengendalikan temuduga secara bersemuka dengan pemohon yang mempunyai tanda lahir di bahagian muka. - AGENSI

-----------------------------------------------------


Alahai kasihan kan? Agaknya perlukah orang yang mempunyai nasib seperti ini terpaksa untuk menulis nota kecil didalam setiap resume/permohonan mereka dan sebagainya seperti ini "Saya mempunyai tanda lahir sebesar sekian-sekian, atau parut di muka sebelah pipi bawah mata tepi hidung sekian sekian, harap maklum! Demi untuk tidak 'mengejut' para peng-interview supaya tidak terganggu dengan tanda lahir atau parut dimuka. Begitukah? Hmmmmm.

Atau sepatutnya si peng-interview tersebut perlu lebih 'peka', sensitif dan professional dalam menjalankan tugas mereka. Jika tidak pilihlah peng-interview yang mempunyai ciri-ciri yang bagus dalam menjalankan tugas menerumah bakal pekerja yang berpotensi bukan peng-interview yang boleh 'terganggu' dengan keadaan fizikal seseorang itu. Bukan pilih peng-interview yang 'tangkap muat' sahaja.

Bagi saya ianya lebih kepada diskriminasi secara tidak sengaja/tanpa sedar. Walaupun masyarakat boleh mengatakan majoriti semua rakyat berdemokrasi dan sebagainya tetapi secara realitinya diskriminasi tetap wujud dimana-mana dan didalam pelbagai bentuk.

Mungkin ramai yang akan mengatakan rupa paras dan fizikal seseorang tidak menjadi ukuran namun berapa ramaikah yang boleh beranggapan begini? Realitinya lebih ramai yang beranggapan disebaliknya. Wallahualam.

Namun jika dilihat dari konteks keislaman, kekurangan, kesusahan dan musibah semua itu sebagai ujian dan ukuran kita sebagai manusia disisi Allah. Semoga masa depan izzet dan mereka-mereka yang senasib dipermudahkan oleh Allah kelak.

Port Wine Stain - Progress after 2nd Laser Treatment


Tergerak pula nak buat entri bergambar mengenai perbandingan tanda lahir izzet dari semasa lahir dan setelah menjalani 2 kali rawatan laser. Itupun setelah saya menerima e-mail dari seseorang yang bertanyakan mengenai al-kisah tanda lahir izzet ini. :)

Sebenarnya agak sukar juga untuk saya membandingkanya kerana setiap hari saya melihat dia. Bila dah letak gambar seperti barulah saya nampak sedikit perbezaannya terutama dari segi warnanya.

Sebulan selepas laser pertama,

Selang 2 bulan selepas laser pertama.

Yang ini gambar terbaru.

Ramai juga rakan-rakan yang mengatakan tandanya seakan makin berkurang. Kedua-dua laser dibuat masih menumpukan kawasan tanda dipipi dan atas bibir sahaja. Menurut doktor, kawasan dibahagian kelopak mata masih tidak dilaser lagi kerana goggle yang ada tidak cukup kecil. Menurut doktor lagi kawasan tanda dibahagian hidung juga mungkin akan mengambil masa untuk mengurang kerana size salur darah yang lebih besar (sebab itu ianya kelihatan lebih pekat). Insyallah bulan depan bermula rawatan laser yang ke-3 pula.


Kepentingan Sentuhan dan Dakapan Ibu kepada Bayi

Tergerak untuk berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini setelah terbaca beberapa artikel mengenai bayi yang dipisah atau diasing dari ibunya sejurus selepas kelahiran (Maternal Separation). Menurut artikel tersebut:


Saya berpendapat, sentuhan atau dakapan yang kerap dari ibu sebenarnya yang membuatkan bayi lebih tenang diawal-awal kelahirannya. Berbanding jika bayi itu dibedung dan kemudian diletakkan di suatu tempat khas seperti katil bayi, bassinet mahupun tilam bayi yang berasingan. Ini secara tidak langsung membuatkan bayi kurang menangis dan seterusnya melancarkan lagi proses penyusuan seseorang ibu dengan lebih yakin.

Saya juga tertarik dengan petikan artikel ini:


Mungkin boleh dilihat ibu kucing sebagai contoh. Walau kucing bukan dikategorikan sebagai "carry mamals", kita boleh nampak, anak-anak kucing tidur lena dan nyenyak dibawa perut ibunya setiap kali ibunya berada dekat dengan anak-anaknya. Apabila ibu tiada disitu (mencari makanan) anak-anaknya mula bising, terhidu-hidu dan tercari-cari akan ibunya.

Selain daripada itu, saya juga bersetuju pada petikan artikel ini:


Seringkali juga kita mendengar pesan orang tua-tua yang melarang ibu-ibu untuk sentiasa memegang atau mengangkat bayi mereka sewaktu didalam pantang terutamanya kerana dikhuatiri anak itu akan terbiasa dengan perlakuan tersebut dan ini menyusahkan ibu dikendian hari kelak.


Jika difikirkan secara logiknya, bayi yang senantiasa berada dekat dengan ibunya terutamanya diawal-awal kelahiran mereka lebih kurang meragam dan menangis. Ini kerana apabila bayi yang sentiasa menangis ianya bukan sahaja memberi signal ke-stress-an kepada bayi tetapi juga bakal mengundang panik kepada kedua ibu-bapanya kerana andaian utama yang bakal bermain di fikiran adalah berkemungkinan bayi mereka sedang lapar. Sekaligus ianya juga akan mengurangkan keyakinan kepada ibu yang sedang menyusu itu.

Adakala ibu saya bertanya, "Kenapa izzet ni macam kurang meragamnya berbanding dengan azri dulu?". Mungkin inilah salah satu jawapannya kepada persoalan ibu saya itu. Apa yang saya tidak lakukan dengan azri dahulu saya praktikan kepada izzet dan saya nampak perbezaan kedua-duanya.

Kalau nak diikutkan, memang banyak lagi kebaikan-kebaikan yang kita dapati daripada isu "Mother-baby attachment" dan salah satu kebaikan yang saya ingin tekankan daripada praktis ini adalah ianya sangat membantu ibu-ibu khususnya didalam memulakan proses penyusuan mereka.

Anda pula bagaimana? :)


Kaunter Penyayang


Semalam saya ke MPKJ atas urusan cukai pintu. Lengang sungguh! Barangkali sudah habis musim membayar cukai sebelum tamat tempoh setiap 28 Febuari (penggal pertama) &31 Ogos (penggal kedua). Dah ada kaunter penyayang rupanya. Eh apa yang kecohnya pasal kaunter penyayang ni, kat tempat lain pun ada juga kan, huhu! Takda apa.. selain daripada kaunter khas untuk OKU dan warga Emas, ianya juga untuk ibu mengandung.

Ini kali pertama saya terjumpa kaunter awam yang dibuat khas untuk ibu mengandung selain daripada kaunter dihospital. Bagus juga kan dibuat macam ini, takdalah ibu-ibu yang sarat mengandung sakit pinggang duduk berjam-jam nak tunggu giliran yang berpuluh-puluh lagi. Oops itu kalau bagi ibu yang sarat. Kalau ibu-ibu yang baru 1-2 bulan hamil perut tak nampak, aci jugak tak nak guna kaunter ini? macam nak sahkan yer, hihi!

Belajar lagi?

Sabtu yang lepas saya menghadiri taklimat Program Pembangunan Profesional di Universiti Malaya. Ini bukan taklimat kemasukan pelajar yer, hihi! Hanya taklimat mengenai program-program yang ditawarkan di UMCCED (University Malaya Centre for Continuing Education). Taklimat program ini adalah untuk kemasukan December 2011 ini. Sejak habis ijazah pertama, keinginan untuk menyambung kembali pelajaran ke peringkat Master tidak pernah padam walaupun saya kini hanyalah suri rumah sepenuh masa.

Namun setelah difikirkan semula saya tidak rasa yang saya mampu untuk menyambung kembali bidang yang telah saya pelajari sewaktu ijazah pertama dahulu. Namun aura untuk belajar semula semakin membuak-buak setelah saya lulus peperiksaan IBCLE tempohari. Ia menunjukkan bahawa 'otak' saya masih lagi boleh menerima proses pembelajaran bersama-sama dengan tugas-tugas menguruskan rumah tangga. Andai kata saya gagal tempohari, sudah pasti entri ini tidak akan wujud, hihi!

Jika diikutkan, saya boleh terus untuk memohon Master didalam Pentadbiran Bisnes (MBA) jika mengikut bidang semasa ijazah pertama dahulu. Tetapi saya tidak yakin yang saya boleh meneruskan sesuatu yang tidak lagi menjadi minat saya ketika ini. Satu-satunya program yang agak 'sesuai' dengan status dan citarasa saya pada ketika ini adalah Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education).

Untuk menyambung Master didalam Program Pendidikan Awal Kanak-kanak ini (MEd [ECE]) saya perlu mempunyai Degree didalam bidang berkaitan. Jika tiada, saya perlu mengambil Profesional Diploma in Early Childhood Education yang ditawarkan oleh UMCCED selama 13 bulan yang dibahagikan kepada 3 semester pembelajaran sebelum saya boleh menyambung ke peringkat Master pula. Begitulah pathway yang saya perlu ikuti sebelum ke peringkat yang seterusnya. Sasaran saya adalah Master sebenarnya.

Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi sebelum tarikh tutup pendaftaran iaitu pada 25 November ini. Saya masih lagi memikirkan keputusan yang saya akan ambil ini. Saya tidak ada perancangan khusus sebenarnya tentang apa yang saya ingin lakukan setelah habis nanti jika saya mengikuti program ini. Saya melihat ianya lebih kepada untuk menambahkan ilmu yang saya ada ketika ini. Jika saya tidak 'kemana-mana pun', ilmu yang saya dapati daripada program ini boleh saya terap atau praktikan kepada anak-anak saya dimasa-masa hadapan.

Hati saya sebenarnya sangat meruntun untuk meneruskan tetapi agak berbelah bahagi kerana si dia tidak membantah mahupun menyokong setelah diberitahu mengenai hasrat hati ini. Oh, sangat berbelah bahagi ketika. Semoga Allah memberikan saya petunjuk dan hidayah, Amin!





Book of the day: Sewing books

Tak tahu nak buat apa dihari minggu ini. Nak keluar berjalan-jalan bersama anak-anak pun, hari mendung je sekejap hujan sekejap tak. Hari ini adalah hari untuk membelek-belek buku jahitan yang ada untuk mendapatkan mood, ilham dan inspirasi, chewah!


Buku-buku ni saya beli semasa ekspo buku Big Bad Wolf tahun lepas tau. Fuh, baru hari ini nak bukak dan belek-belek setelah hampir setahun terperuk dalam plastik. Tahun ini punya BBW dekap MAEPS serdang, saya tak pergi sebab saya takut saya akan membeli buku-buku lagi =sedangkan buku tahun lepas yang saya beli tu pun belum terbaca lagi, huhu!

Buku-buku yang dibeli dari bawah:
1. 21 Terific Patchwork Bag-Susan Briscoe
2. Simple Enchanted Beading-Cheryl Owen
3. Applique-Lucinda Ganderton
4. The Well-Dressed Window-Carol Zentgraph
5. Fun & Fabulous Curtain to sew-Valarie Van Arshdale Shrader
6. The Creative Family (Simple Project& Activities for you & your children)-Amanda Blake Soule

Enam buah buku yang saya beli ini harganya tidak lebih dari RM60, sangat berbaloi kan. Selepas habis dibelek-belek semuanya, mula rasa tak keruan ingin mencuba. Buku Patchwork Bag, Curtains, dan Applique sangat syiok sebab ada tutorial dan free pattern. Projek langsir raya 2012 pasti akan diinspirasikan daripada buku ini, hihi!

One-minute Simultaneous Breastfeeding-Make Penang Breastfeeding Friendly


Dapat lagi satu E-cert untuk acara 'One minute simultaneous breastfeeding' sempena World Breastfeeding Week 2011 anjuran MMPS. Bagi ibu-ibu menyusu, tentu ianya menjadi satu keseronokan dan juga kepuasan seperti nak mendapat anugerah ABP pula kan? hihi.

Beg Jerut? (Beg uncang)

Hasil percubaan membuat drawstring bag daripada tutorial di internet tempoh hari bertambah syiok pulak untuk mencuba membuat beg uncang lagi. Motif sebenar adalah untuk menghabiskan lebihan kain dan kain-kain yang tidak berjahit, hihi!


Lebihan kain yang ada.

Saya tiru juga cara untuk membuat beg uncang dari dalam buku ini, terutama bahagian yang nak buat lebihan (kepala) pada atas kain tu supaya bila talinya dijerut nampak kedut2 macam bunga sedikit dibahagian atas. Dalam buku ini dipanggil beg jerut, heh!

Tadaa, sudah jadi. Berukuran 15" (T) x 13" (L). Boleh lah letak bra & panties, telekung etc. Ada yang berminat? saya nak letgo RM15 sahaja. Ada 2 pc. E-mail saya di hayatiehashim[a]yahoo.com :)

Perjalanan masih jauh


Ramai yang mengusik-ngusik saya, 'Lepas ni kalau nak tanya pasal Bf bla bla kena cas lah yer'... 'Wahh dah jadi IBCLC, berapa consultation per hour?', dan macam-macam lagi lah. Tak kurang juga yang bertanya tentang rancangan saya selepas ini. Secara jujurnya saya tidak pandang pun gelaran sebagai IBCLC sebagai batu loncatan untuk menjana pendapatan. Saya tidak punya Pusat laktasi sendiri mahupun bisnes kecil-kecilan (mungkin lah di masa hadapan jika ada rezeki siapa tahu kan, kihkih) atau mungkin hasil jahitan saya boleh dianggap sebagai bisnes? Owh, saya anggap menjahit itu satu kepuasan dan terapi jiwa yang kacau, hihi!

Saya masih tidak terlintas pun tentang bayaran yang harus saya kenakan kelak. Kerana jauh disudut hati saya, saya masih belum layak atau betul-betul luas lagi pengalaman berbanding dengan IBCLC senior yang ada. Masih banyak yang perlu saya pelajari, setiap sesi kaunseling bersama ibu saya anggap sebagai satu pelajaran baru bagi saya.

Apa yang saya dapati daripada proses pembelajaran yang saya perlu dalami sebelum ini dalam proses untuk mendapatkan pertauliahan sebagai IBCLC, ianya banyak memberi pendedahan dari sudut etika, profesionalisma. Ianya bukanlah sekadar fakta dan teknikal tentang penyusuan semata-semata. Didalam proses pembelajaran tersebut saya mula berhati-hati didalam setiap tindak-tanduk malah didalam penulisan secara tidak langsung ianya mula mendidik saya menjadi seorang yang lebih rasional bukan emosional dalam setiap tindakan.

Saya bermula dari kegagalan dan kesukaran diawal-awal perjalanan penyusuan saya yang menyebabkan saya menyimpan hasrat untuk mendalami bidang ini dengan lebih mendalam lagi. Supaya saya tidak akan menghadapinya untuk kali kedua dan seterusnya. Dan saya tidak mahu juga ibu-ibu melalui kesukaran diawal-awal penyusuan seperti saya.

Menjadi ibu yang tidak pernah menyusukan anak dan kemudiannya menyusukan anak secara terus tanpa sebarang medium memberikan saya dua perspektif pengalaman yang berbeza. Kedua-kedua pengalaman memberikan pengalaman kepada saya terutama dari segi pengalaman emosi didalam saya mendekati ibu-ibu. Insyallah, semoga saya terus terlus didalam perjuangan ini. Mohon kepada rakan-rakan untuk menegur sekiranya dirasakan ada diantara tindakan saya yang dianggap terkeluar atau melampaui dari batas-batas yang telah digariskan. Insyallah, kita sama-masa belajar dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa. :)

Nilai manusia itu terletak pada keilmuan, kepemurahan, kesabaran dan akalnya. (Sesunggu orang yang paling mulia diantara kamu adalah orang yang paling bertaqwa". Surat Al-Hujurat:13)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)