Tempahan Baju Seragam MBfPC 2011

Pengumuman ringkas:

Tempahan baju seragam batch ke-2 telah dibuka. Baju seragamMalaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah dari jenis baju menyusu. Design yang lain tetapi jenis kain dan warna adalah sama seperti baju sebelum ini.

Untuk makluman semua, tempahan ini akan ditutup pada 6 Oktober 2011 bersamaan hari khamis minggu hadapan. Sila rujuk e-mail masing-masing (mailing list MBfPC) untuk maklumat yang lebih lanjut. Mohon untuk war-wark kepada rakan-rakan PC/PCPA yang lain mengenai tempahan ini. Terima kasih. :)

Terapi jiwa: Menjahit

Fuh-fuh (sambil lap peluh) baru jahit 2-3 macam je dah huru-hara belum amik tempahan besar-besaran lagi ye dakk, hihi! Dalam keadaan yang sedikit huru-hara, izzet meragam nak tumbuh gigi, azri yang sentiasa nak buat saya beri 'perhatian' pada dia, dalam erti kata a lain kena marah laa, terkial-kial saya nak menyiapkan NC tempahan dari rakan.

Fabrik sepenuhnya kepunyaan rakan, saya tolong jahitkan sahaja. Adalagi beberapa helai NC yang perlu saya siapkan, tempahan dari kawan-kawan terdekat je. Banyak lagi kerja-kerja jahitan yang perlu saya siapkan.

Sudahlah buaian ni sudah patah dua. Jadi seharian saya banyak dihabiskan untuk menidurkan izzet sahaja. Sebab dia tak berapa lena kalau tidur tidak berbuai. Paling lama 1 jam jer, asal saya bangkit sahaja dari sebelah dia terus dia jaga, macam tahu2 je mak dia dah takda kat sebelah. Letak bantal peluk pun tak jalan, hehe!

Buaian ni dah hampir 3 tahun, saya rasa ianya patah sebab azri masih lagi menaiki buai ini walalupun beratnya dah 21kg, mungkin dah tahap maksimum tiang ni tak dapat nak menampung pressure lagi. Dah la masa patah ni izzet yang sedang berbuai, tapi mujur tak jatuh sebab tiang dua so ianya masih bertahan pada satu tiang lagi. Hai macam-macam hal lah pulak.

5 bulan..

25 haribulan tempohari genap izzet 5 bulan. Lepas tu pejam-celik-pejam-celik lagi dah setahun pula. Baru 5 bulan saya sudah mula merindui izzet yang masih baby, masih merah, cepatnya baby izzet membesar.. huwaa!
Dah boleh duduk dalam walker juga, huwaaaa! cepat sungguh masa berlalu. Baby membesar pun sedih kaa alahai, hehe! Saya cuba masukkannya kedalam walker sebab dia asyik nak berdiri sakan jika dipegang, naik lenguh pun ada. Terus masuk walker, suka hati betul dia, hihi!

Setiap kali bertembung dengan rakan-rakan 'susuibu' yang lama, yang mengetahui kisah saya pasti akan bertanya 'baby kali ini dah boleh direct feeding?'. Alhamdulillah 5 bulan sudah saya menyusukan izzet secara terus. 'Kebebasan' yang saya sering impikan sewaktu saya memerah untuk azri dahulu. Dari sehari ke sehari nak mengarang entri mengenai tentang apa yang saya rasa semasa memerah tegar dahulu dan menyusukan secara terus tanpa memerah lagi. Selow-selow.


Sekarang musim izzet tidak tentu hala, meragam, merengek dan serba tak kena sebabnya dia nak tumbuh 2 batang gigi atas dan bawah. Gerunnya saya nak membayangkan situasi yang seterusnya, hihi! Mudah-mudahan dipermudahkan lagi proses penyusuan saya seperti sebelum-sebelumnya.

Kadang-kala azri juga seronok melihat perkembangan izzet. Kalau adik meniarap abang pun meniarap, kalau adik mengagah, abang pun mengagahkan juga! Cuma kadang-kadang yang saya tak tahan tu bila keterujaan azri bertukar menjadi kegeraman dan kemudian bermula adegan-adegan mencucuk mata adiklah, menjolok tekak adik la, haishh!

Abang 'besar' yang sebenarnya masih kecik lagi. Pada ketinggian 1meter dan seberat 21kg tetapi bulan depan 23hb azri baru nak masuk 3 tahun. Dan seringkali disalahanggap seperti budak 5-6 tahun yang berperangai kebudak-budakan terutamanya jika datang sesi tantrumnya jika ada keinginan yang tidak dituruti. Nak buat macam-mana dah memang dia budak-budak lagi, 3 tahun pun belum, badan je besar, huhu!

MBfPC South Region 2011: 3-day Training

Ni sambungan cerita bergambar mengenai bengkel latihan MBfPC di Johor yang berlangsung sepanjang 3 hari.

Ketibaan para peserta seawal pukul 8pagi. Seramai 30 orang peserta kali ini. Ketika ini, taklimat mengenai program MBfPC sedang dijalankan.

Sesi menjawab pre-assesment test oleh para peserta.

Erkk, tengok buku yer? haha, acah jer! Ni mungkin salah satu sesi latihan dalam dalam kumpulan.

Peserta bersama 'breast' masing-masing :) Sambil mendengar penerangan tentang cara-cara membuat model breast itu daripada Dr. Ning. Bentuk sudah ada, selebihnya terpulang kepada kreativiti masing-masing bagaimana untuk membentuk puting, melukis areola dan saraf-sarafnya. Objektif breast model ini agar peserta adalah model breast sendiri sebagai bahan pengajaran mereka pula.

Suasana-suasana semasa aktiviti latihan dalam kumpulan. Begini lah konsep bengkel latihan MBfPC yang dijalankan. Setiap modul-modul yang dipelajari semuanya disalurkan dalam bentuk latihan berkumpulan, bukan semata syarahan sahaja.

Pelbagai bentuk dan stail pembentangan oleh setiap kumpulan setelah selesai perbincangan dalam kumpulan. Selalu setelah habis perbincangan berkumpulan, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan mereka dalam pelbagai bentuk seperti role-play, sketsa, forum dan sebagainya.

Kali ini saya banyak jadi 'mandur' a.k.a jaga je lah. Kalau bawa izzet memang tak boleh apa sangat, sekadar membantu proses administrasi, marking assessment paper dan jadi fasilatator je setiap kali latihan dalam kumpulan tu. :)

Para juri sedang menilai model-model breast tau,hihi! Juri tu kami-kami je lah! Lepas buat cantik-cantik mesti lah ada anugerah breast tercantik ye dak, hihi!


Ni part yang paling best sekali, .............Babiesssss Zone!!............

Kali ini ramai peserta yang bawa bayi. Ada lebih kurang 11 orang peserta yang bawa bayi. Comel dan geram-geram je tengok baby-baby yang 'bergelimpangan'. Rasa nak gomol-gomol je semua, sib baik semuanya asyik tido je, hihi!
Baby izzet pun ada lah! (^_^)


PCPA a.k.a babysitters untuk sepanjang tempoh bengkel itu :) Eh eh, tapi bukan ler sepanjang masa yer, time-time ada mak yg nak ke toilet, makan, solat etc kami tolong lah pegangkan sekejap :)

Sempat lagi! Sewaktu morning-break.

Acara penutup yang wajib bagi setiap bengkel latihan setelah tamat sesi bengkel latihan. Saya suka panggil 'acara benang', hihi! Saya selalu nak banjir time-time ni, tak tahu la kenapa huhu!


Hooray, kami sudah bergelar Peer Counselor MBfPC!


Tahniah dan terima kasih buat semua PCPA dan PC voluanteer yang sama-sama menjayakan bengkel latihan MBfPC di Johor kali ini. Jasa baik dan pengorbanan kalian hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya diatas segala keringat yang dicurahkan tanpa mengharapkan imbuhan sesen pun. Bukan wang yang menjadi penggerak kami, semuanya atas dasar semangat dan perasaan cintakan penyusuan susu ibu itu yang membuatkan kami berada disini.


Kredit gambar dari facebook Puan Zatul & juga dari hp saya je :)






MBfPC South Region 2011: Pre-training

Fuh, penat mengendalikan bengkel latihan MBfPC di Johor baru-baru ini masih belum hilang. Saya berada di Johor Bahru selama 5 hari dari khamis, 15 September-19 Sept, walaupun training hanya berlangsung selama 3 hari sahaja. Extra 2 hari untuk persiapan sebelum bengkel dan juga sesudah selesai bengel.

Sebelum subuh saya sudah bergerak ke LCCT walaupun tiket flight pada pukul 7.20am. Oleh kerana saya bawa izzet, saya tidak boleh membuat web check-in. Penumpang yang membawa infant perlu check-in dikaunter 1 jam sebelum waktu berlepas. Jadi sebelum 6.20am saya perlu check-in di LCCT. Tu yang terpaksa keluar sebelum subuh, hihi!

Bersama-sama PCPA yang lain Dr. Ning, Dr. Nadrah dan juga yusrina setibanya di lapangan terbang senai. Kami dijemput oleh PC Selatan iaitu Mardziah (Duniasusuibu.com) dan juga Zulhaya. Terima kasih kalian diatas pertolongan yang diberikan. :)

Kali ini, bengkel latihan dibuat di Dewan Sri Meranti, Kolej Rahman Putra, UTM Skudai. Ruangnya terrrrrsangat lah luas sedangkan peserta anya 30 orang sahaja. Ruang bengkel latihan yang terbesar setakat ini yang pernah kami dapat setakat ini.


Seperti biasa, barang-barang untuk peserta disediakan sebelum hari pendaftaran keesokannya. Oleh kerana saya yang in-charge dalam hal ehwal dari mencari, mengumpul, menyaring peserta dan lain-lain lagi lah mengenai penyertaan ke bengkel latihan MBfPC ini, maka saya lah orang yang akan terpacak disini setiap kali pendaftaran peserta untuk setiap bengkel latihan MBfPC. Cuma ada 2-3 bengkel yang saya tidak dapat pergi kerana preggy dan dalam pantang waktu itu. Sebab itu, dalam 200 lebih orang PC MBfPC ini, saya boleh tahu yang ini PC dari region mana dan sebagainya, hahah!

Untuk kali pertama dalam bengkel latihan MBfPC, kali ini Education Team MBfPC mencadangkan untuk memasukkan latihan membuat breast sebagai homework para peserta. Sekurang-kurangnya Breast model ini boleh digunakan sebagai model mereka sendiri semasa membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan. :)

Pada hari pertama training 16 September, sebelum training bermula, pagi-pagi lagi saya telah dikejutkan dengan ucapan Happy Birthday dari rakan-rakan PCPA yang lain. Malunya saya. Tak pernah lagi dapat kejutan sebegini, hihi!

Sempat mereka pergi cari kek yer, pelbagai perisa lak tu. Yang bestnya, kek ini adalah aiskrim kek. Macam makan kek dengan aiskrim lah juga, sedapp! Terima kalian! :)


Bersama rakan-rakan PC South 2010 yang menawarkan diri untuk menjadi sukarela sepanjang bengkel latihan kali ini. Dari kiri: ida, Noorul, dan Mardziah. Berehat sebentar setelah siap segala persiapan sebelum bermulanya latihan.

**Laporan mengenai bengkel latihan sepanjang 3 hari di entri yang seterusnya tak tahu lah bila hahaha. :)
Kredit gambar daripada facebook yusrina

Duit raya, modify baju raya:)

Sekarang semua tengah mood ber-open house disana-sini yer. Yang paling seronok anak-anaklah yang mengumpul duit raya. Tapi bagi azri mungkin masih belum faham lagi duit raya, apetah lagi izzet. Jadi sekarang ini, mak bapak lah yang terlebih 'excited' mengumpul duit raya bagi pihak anak, hihi! Tahun ini beraya sampul duit raya sudah bertambah, untuk azri dan juga izzet.

Ini jumlah kutipan duit raya azri & izzet sejak dari tahun 2009, 2008 tak sempat sebab saya bersalin selepas raya, hihi. Tahun ni collection duit raya RM200 lebih je, tak sebanyak orang lain barangkali, jadilah. Terima kasih nenek2, atuk2, auntie & uncle semua (^_^). So total kesemuanya berjumlah RM940 untuk duit raya dan juga termasuk duit-duit 'berkat' selepas kelahiran azri & izzet. Nak buka akaun apa yer yang sesuai? :)

Al-kisah baju kurung pula, tahun ni saya sudahkan baju raya yang tak sempat siap tahun lepas. Cuma kali ini saya bubuh zip di kiri-kanan pesak baju untuk memudahkan saya menyusukan izzet dengan baju kurung. Baju raya yang lama juga saya modify dengan meletakkan zip di pesak.

Tapak jahit zip biasa.

Tapi saya hanya boleh guna zip biasa sahaja bukan zip sorok. Oleh kerana mesin saya jenis model yang lama tidak boleh guna tapak untuk zip sorok. Aduh, lagi nak menambahkan alasan untuk membeli mesin yang baru juga, huhu!

Gambar dari pak gugel :)

Ini jenis tapak zip sorok yang tidak boleh digunakan dengan mesin saya.



Sesudah meletakkan zip, hoorahh! berjaya juga 'menyorok'kan juga. Jika dipandang sekali memang tak perasan pun zip itu. Siap sudah me-modify untuk 2 pasang baju raya lama yang dibubuh zip, jimat belanja tak payah beli baju kurung menyusu yang kebanyakannya rm100 keatas, huhu!

Cuma satu je kekurangan guna zip ni, selalu terlupa nak zip balik selepas selesai menyusu..huhu! Pernah gak terjadi 2-3 kali semasa raya, baru keluar kereta rasa 'eh apesal berangin je' rupa tak zip, hoho! Kalau nak selamat kena pakai inner juga.

KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011-Berita Harian

Woo..hoo, tak habis lagi cerita KLCC- flash mob ni. Semalam rupa keluar di surat khabar Berita Harian. Saya tahu pun selepas ditag di Facebook. Laju jer saya terus ke kedai mamak rumah saya ni dah lah waktu dah petang. Mujur ada lagi tu pun tinggal dua copy je lagi.

Jaki sekejap, bila tengok muka sendiri keluar suratkhabar. Ye lah, saya tak lah glamor macam orang lain yang asyik keluar masuk surat khabar je, tu yang saya jadi jaki tu..haha! Siap simpan nih, bakal diframe dan diletakkan diruang tamu rumah saya! (Dengan penuh bangga walaupun bukan terlibat secara terus pun dalam projek ni, hehe!)

Rezeki Izzet

Tadi pagi kami mendapat panggilan yang tidak disangka-sangka. Rupanya dari Pediatric Dermatologist HKL, Dr Sab!rah yang memberitahu bahawa izzet boleh membuat rawatan laser di HKL pada 4 Oktober ini. Menurutnya, mesin laser yang baru dan size goggles untuk baby sudah sampai.

Saya terus erkkk!?? Bukankah semasa konsultasi kami dengan doktor tempohari (tapi dengan doktor lain kebetulan doktor sabirah tu tiada pada hari tersebut) mengatakan, polisi HKL yang tidak boleh membuat GA keatas bayi dibawah usia satu tahun kecuali diatas sebab-sebab perubatan.

Menurut Dr Sabirah (didalam perbualan telefon bersama encik suami) sekarang ini, rawatan laser untuk birthmark telah boleh dilakukan seawal usia lagi. Ok, kami faham dan sudah tahu dari awal lagi tentang perkara ini selepas melakukan 'penyelidikan', pengugelan besar-besaran di Internet mengenai hal-ehwal birthmark ini. Sehingga segala bapak jenis tanda lahir pun yang sebelum ni kami tak tahu menahu pun sudah kami tahu.

Jumlah kos laser pertama diPCMC tempohari.

Oklah, syukur sebab Allah murahkan rezeki untuk izzet dan kami yang akhirnya dapat juga buat di HKL. Alhamdulillah sekurang-kurangnya berkuranglah sedikit beban kos rawatan laser yang perlu kami keluarkan berbanding di Prince Court dahulu. Sebelum mendapat panggilan telefon dari HKL tadi, kami baru sahaja berbincang untuk mengaturkan appointment laser yang kedua di PCMC, tup-tup kami dah terima panggilan dari HKL, syukur Alhamdulilah!

Beraya di KPJ Kajang

Ni baru betul raya sakan, hehe! Sesudah beraya di Kajang-KL-Melaka, raya ke-5 kami beraya di KPJ Kajang pula. Jangkit dari azri yang sedang batuk dan selsema selepas puang dari kampung. Sabtu malam, suhu badan izzet terus naik mendadak sehingga hampir nak kena sawan. Sebelum kami rushing ke emergency KPJ, saya perasan yang anak mata izzet asyik nak tegak je bila dia merengek. Tapi bila kami cuba panggil-panggil dia, matanya menoleh dan masih lagi cuba untuk tersenyum.

Waktu tu bacaan termometer hampagasss asyik tunjuk 35c, paling tinggi pun 37c kemudian turun semula 34-35c. Tapi badan sudah dedar lah. Saya cuma basah2 kepala dengan towel yang basah. Start anak matanya menaik-naik tu saya saya sudah merasakan seperti tanda-tanda untuk 'tarik'. Terus kami rushing ke emergency. Sampai-sampai bacaan suhunya sudah 39.5c. Terus kena jirus lah izzet pada pukul 11.30 malam, huhu!

Lepas bagi ubat punggung, doktor on call kata boleh balik tapi selepas sejam, anak matanya masih 'tertarik-tarik' lagi dan suhunya masih 39c selepas satu jam. Kami tak puas hati, terus mntak doktor on call tu review dan akhirnya dia suruh admit untuk review paed keesokan harinya. Mujur juga admit sebab subuh tu suhunya naik lagi 38.9c dan kena 'mandi' lagi pukul 5.30 pagi. Dan suhunya turun-naik sepanjang hari. Selepas result darah, paed kata viral fever and it is expected, huhu!

Cian izzet, kecik-kecik dah asyik demam, paling awal 2 minggu dia dah kena selsema hasil jangkitan dari azri, mujur badannya dedar kemudian dah ok. Masa azri baby, kali pertama dia mula demam waktu usianya sudah setahun. Time izzet, tak dapat nak dielakkan lah. Kalau Abang kena, siaplah adik-adiknya (adik-adik? oopss..haha!)


First time saya 'menginap' di Wad Pediatric KPJ nih. Baru siap dibuat (mengikut banner yang ada disitu). Meriah betul dengan lukisan-lukisan di semua dinding-dinding wad dan termasuklah dalam wad juga.Ni permandangan dari bilik izzet. Kat lantai pun ada lukisan 'teng-teng'. Azri bukan main excited setiap kali datang, ingat playground agaknya, hihi!

Alhamdulillah, hari isnin semalam sudah boleh discharge.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)