One-minute Simultaneous Breastfeeding

Pada 6 Ogos 2011, tepat pukul 3.00pm, saya mengambil bahagian dalam acara ini. Hmm, bukan lah tepat pukul 3 pun, sebab sebelum pukul 3 lagi saya dah menyusukan izzet jadi terus sahajalah, haha aci kah! Selepas seminit pun saya masih terus menyusukan dia sampai terlelap, sedar-sedar sudah pukul 4, hihi!



Acara ini diadakan bersempena sambutan Minggu Penyusuan Sedunia yang berlangsung pada 1-7 Ogos setiap tahun. Tahun lepas saya tidak dapat menyertainya sebab tidak cukup 'kriteria' :)
Tahun ini saya balas dendam pula, kih kih!

**EP Vs EBf ? (^_^)

Shooting PSA Susuibu.tv

Pada isnin yang lalu, saya dan encik suami ke Sungai Buloh untuk shooting PSA (Public Service Announcement) Susuibu.tv. Eh ceh ceh, acik dah buat part time acting la pulak yer, hehe! Ala, jadi pak pacak je pun jadi lah!. Watak utamanya dilakonkan oleh Dynas.


Bersama rakan-rakan a.k.a pelakon-pelakon tambahan yang lain. Ada 4 babak untuk shooting PSA ni. Kalau nak tahu ceritanya, nantikan siarannya yang bakal ditayangkan di susuibu.tv. (Macam promo filem lak!)



Antara scene-scene yang sempat dirakamkan sepanjang shooting pada hari itu. Shooting dibuat oleh TheVideographerz.



Hahhh, encik suami pun turut jadi pelakon bidang terjun pada hari tersebut. 'Terpaksa' berlakon menjadi 'suami' dynas. Eleh malu-malu kucen, luar kata takmau, dalam hati mauuuu!hahah!


Alhamdulillah, selesai sudah shooting selama satu hari, dari pukul 8am hinggalah pukul 5pmtersebut yang dibuat di Sungai Buluh. Tak sabar nak tengok cerita sepenuhnya selepas final editing nanti (^_^)

NC-Super Lightweght

Baru lepas menyiapkan Nursing Cover ini. Tujuan asal kain ini adalah untuk cubaan membuat baju kurang kanak-kanak, tapi tak berkesempatan lagi. Akhirnya saya buat NC. Niat asal memang untuk diletgo, tapi bila dah siap macam sayang pun ada sebab rasa best lah pula NC, ringgan dan sejuk je! Kain ini adalah dari jenis French Chiffon sebab tu dia jadi lightweight.







(Status: Sold)

Haish..tak bley-tak bley, sebab saya dalam misi menghabiskan kain dan misi mencari dana untuk membiayai kos pembelian mesin jahit idaman, agagaga! Boleh jer nak guna duit yang ada tapi saya saje nak kumpul duit-duit dari hasil jahitan supaya pembelian tu lebih bermakna,hihi! Berapa tahun daaa agaknya saya boleh beli tu...kah kah!

Any takers for this super lightweight Nursing Cover? E-mail me at hayatiehashim@yahoo.com (^_^)

Cloth Pad-Menstrual

Whoa, mak jahit lagi cloth pad you! Kali ni tempahan dari rinie. Sangat gumbira sebab saya dalam misi menghabiskan kain yang belum berjahit. Patternnya 100% saya ambil dari internet.





Cloth pad kali ini untuk regular menstrual pad. Saya tak guna velvet (kain baldu) lagi sebagai waterproof layer. Saya guna 100% flannel, 5-layer plain flannel untuk pad, dan saya masukkan 1-layer PUL (untuk waterproof) dibahagian back-wing, dalam flannel bercorak. Lebih kemas (chewah, perasan!)

Sebab jika dilihat stash CP yang saya buat dibawah, kain velvet mudah tercabut baldu-baldunya, tak tahu lah sebab jenis velvet murah ke hape, saya beli kat Kamdar je, huhu!



Ni stash CP yang saya buat, senget benget lebih kepada nak prektis je. Mencabar juga nak Cloth pad ni, especially part nak jahit ikut curve bulatan CP bila kita nak top-stitch kedua-dua part (wing & pad). Terkial2 saya menekan sambil memusing kain, hihi!

Alhamdullilah, ada juga yang berminat yer terima kasih! dapat sedikit duit2 poket boleh buat bayar bil berukband acik ni. (^_^)

Sekitar KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011-gambar

Pada 7 Ogos 2011, saya menyertai acara yang dipanggil Breastfeeding Flash Mob. Pertama kali saya mendengar istilah 'Flash Mob'. Apa itu Flash Mob?

A flash mob (or flashmob)[1] is a group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual and sometimes seemingly pointless act for a brief time, then disperse, often for the purposes of entertainment and/or satire.


[Sumber: Wikipedia]

Projek KLCC Breastfeeding Flash Mob ini diketuai oleh Puan Ayuni Zainnudin. Saya pun tidak mengenali beliau secara peribadi dan saya juga tidak involve disepanjang perlaksanaan projek ini. Secara kebetulan sahaja apabila mendapat jemputan yang dipanjang-panjang oleh kak kamariah dan terus dimasukkan kedalam group tersebut yang mana hendak mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang ibu yang akan menyusu di tempat awam pada hari kejadian nanti.

Rata-rata, ramai juga yang telah mengetahui kenapa breastfeeding flash mob ini diadakan dihadapan KLCC berikutan insiden yang berlaku oleh beberapa orang ibu menyusu yang dihalang untuk menyusukan anak secara terbuka walaupun menutup aurat di kawasan kompleks membeli-belah KLCC, malah didalam surau pun tidak dibenarkan untuk menyusukan bayi. Ibu-ibu perlu ke bilik menyusu (nursing room) yang disediakan.



Kami berkumpul dengan rakan-rakan seangkatan sebelum pergi ke tempat berkumpul masing-masing yang telah ditetapkan. Kami di asingkan mengikut kumpulan yang telah di tempatkan di 'check-point masing-masing sebelum berkumpul ditempat berkumpul yang utama iaitu dihadapan KLCC Fountain Park.




Kumpulan saya yang bergerak dari check-point di Isetan, tepat pukul 5.20pm kami bergerak dengan santai bersama-sama yang lain menuju ke tempat berkumpul utama. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan yang lain.


Pada masa yang sama juga, dynas dan kumpulannya juga bergerak menuju ke tempat berkumpul yang utama dengan membawa poster.


Tepat pukul 5.30pm, semua kumpulan yang datang dari check-point masing-masing tiba di tempat berkumpul yang utama iaitu dihadapan KLCC Fountain Park. Kesemua kami duduk disepanjang tangga tersebut dan memenuhi segenap ruang dari hujung anak tangga sehinggalah kepenghujung anak tangga yang lain.


Bayangkan kawasan disitu yang ala-ala lengang tiba-tiba terus dikerumuni ibu-ibu berserta keluarga, suami serta sahabat handai. Tidak ketinggalan juga para jurugambar-jurugambar, wakil-wakil media dari RTM dan TV3 yang dipanggil khas untuk membuat liputan breastfeeding flash mob ini.


Mengikut perancangan, kami semua perlu berkumpul dan membuat perlakuan menyusukan anak masing-masing selama 5 minit dan kemudian bersurai. Namun setelah 5-minit berlalu, kami masih lagi disitu, yang akhirnya menarik perhatian pengawal keselamatan untuk turun menyuraikan kumpulan kami disitu.


Muka wartawan RTM tu memang tak puas hati betul. Siap usha maut je dengan pak guard KLCC, hihi!

Beberapa adegan pengawal keselamatan KLCC yang cuba menguraikan kami sempat juga dirakam kan semasa petang itu.


Dynas juga turut di 'sound' oleh pak guard untuk bersurai kerana pihak media mengerumi beliau untuk menemuramah dan mengambil gambar. Kelakar muka pak guard ketika ini. Dan Dynas sangat cool menjawab pak guard ini. :)










Poster-poster yang sangat comel dilukis oleh anak-anak puan Kamariah dibawa dan di pegang oleh anak-anak Puan Rita.






Selingan: Akhirnya dapat juga bergambar sebelah dynas. (Motif: Nak tahu siapa lebih tinggi, ekeke!)






Sesi bergambar geli-geliini lah yang membawa sehingga 1/2jam setelah selesai acara menyusukan selama 5 minit itu, hihi!


Hahaha, ini bukan adegan 'cucuk langit' yer. Sajer jer dah tak tahu nak pose macam mana, tah siapa pula yang mengarahkan kami menunjuk kearah KLCC Twin Tower itu pula, secara spontan semua pun berbuat demikian.

Ada banyak lagi gambar-gambar yang dirakamkan oleh mereka-mereka yang menghadiri acara ini, tak larat saya nak tepek satu-satu lagi. Kalau boleh semua saya nak tepek disini, hihi! Apa-apa pun KLCC breastfeeding Flash Mob 2011 ini menjadi salah satu kenangan manis yang pernah saya alami sepanjang menyertai pelbagai aktiviti & program penyusuan. Kerana kali ini saya berpeluang sendiri untuk merasai penyusuan itu walaupun saya telah lama (chewah, lama sangat!) menyertai pelbagai program penyusuan. Sewaktu azri, saya tidak menyusukan secara terus kan. :)


Rawatan V-Beam Laser pertama

Pada hujung bulan lepas bermulalah rawatan laser yang pertama izzet di PCMC. Sebelum bermulanya rawatan, kami agak nervous juga dan berdoa mudah-mudahan tiada apa-apa komplikasi lain yang berlaku. Maklumlah izzet masih kecil lagi. Keputusan untuk memulakan rawatan seawal usia ini pun memerlukan kami membuat analisis pro & cons, kami melayari internet, membaca forum2 mengenai cerita2 ibu bapa yang telah memulakan rawatan seawal usia.

Kami akur dengan risiko yang mungkin dihadapi iaitu yang paling utama adalah risiko prosidur General Anesthesia (GA) itu yang perlu dilalui oleh bayi berbanding dengan rawatan laser itu sendiri. Setelah menimbang tara, keputusan telah pun buat. Temujanji rawatan telah ditetapkan. Doktor pesan supaya mempuasakan izzet sekurang-kurang 4 jam sebelum prosidur GA. Rawata bermula pukul 9am, maka saya perlu puasakannya dari pukul 5 pagi!! Whoaa, macam-mana bayi nak 'puasa' 4 jam tu. Akhirnya, saya hanya mampu puasakan izzet mulai pukul 7am sahaja, huhu!



Izzet tengah bersiap-sedia ditukarkan baju etc sebelum ditolak dalam bilik OT. Waktu ini sudah pun pukul 9.30am. Dikala ini dia sudah tidak tentu arah lagi, sekejap2 merengek. Sudah lapar agaknya. Mana taknya kali terakhir dia menyusu pukul 7am pagi.



Kami tak boleh masuk dalam bilik OT. Jadi terpaksa lah menunggu diluar bilik OT. Rawatan laser tu tak lama, menurut doktor lebih kurang 15 minit sahaja. Campur dengan masa penyediaan GA lagi, lebih kurang 45 minit juga la izzet berada dalam OT.

Tak admit pun, setelah selesai, izzet ditolak keluar, dah jaga cuma dalam keadaan 'mamai-mamai' sedikit. Kemudian menangis, mungkin dia rasa tak tak selesa, pening2 ke apa. Macam kita lah juga kalau baru lepas biuskan selalu pening semacam je. Berehat dulu dalam 1/2jam di Day Care, kemudian kami pun pulang. Sepanjang perjalanan izzet menyusu-tidur-menyusu. Sampai ke petang dia dah ok seperti sedia kala. :)

Rawatan laser yang seterusnya adalah dalam masa 2-3 bulan lagi.


Tak tahu nak snap apa, saya snap lah room rates PCMC ni kot2lah kalau ada yang bercadang-cadang nak 'menginap' disini, ngeee! (^_^)

KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011-Video

Honk-honk, saya excited nak tepek video mengenai aktiviti Breastfeeding Flash Mob beramai-ramai dihadapan KLCC yang saya hadiri pada ahad haritu. Tepat pada pukul 5.30pm, dihadapan pintu KLCC yang menghadap fountain park itu dibanjiri oleh lebih kurang 100 lebih ibu menyusu yang mengambil bahagian dalam acara breastfeeding flash mob itu.

Acara ini mengambil tempat di KLCC adalah diilhamkan daripada beberapa insiden yang telah berlaku kepada ibu-ibu menyusu yang dihalau atau tidak dibenarkan menyusu ditempat awam (Nursing in Public) disekitar kawasan KLCC termasuklah didalam surau! Mereka perlu berbuat demikian didalam bilik menyusu yang disediakan, yang mana bilik tersebut (yang hanya mempunyai beberapa cubicle) pun tidak boleh menampung.

Jom layan Video daripada The Videographerz..



Semangat dan keterujaan saya semasa sama-sama berkumpul dihadapan KLCC masih tidak hilang lagi. Dan mata mesti berkaca-kaca setiap kali menonton video ini. Semoga penyusuan ibu ditempat awam akan menjadi sesuatu yang normal dan tidak menjadi sesuatu yang menjelikkan jika kita menjaga aurat dan sebagainya.

**Akan update entri mengenai ini dengan gambar pula. (^_^)

Sekitar sambutan Minggu Penyusuan Sedunia di Batu Pahat Mall

Huh, bersusun entry dalam draft tak sempat nak mengarang pun, chewah! Minggu lepas saya berpeluang menghadiri Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang diadakan di Batu Pahat Mall. Wahh, jauhhnya, sanggup saya pergi yer! Eheh, tak juga sebenarnya kebetulan juga. Encik suami memang berasal, menetap dan bekerja di Batu Pahat.

Jarang sebenarnya, ermm boleh dikatakan tidak pernah lagi event penyusuan susu ibu seperti ini dijalankan di Batu Pahat. Bila terdengar sahaja aktiviti penyusuan yang bakal diadakan disana, saya teruja juga untuk menyertainya. Lagipun bolehlah saya balik melawat encik suami disana, hihi.

Jom layan gambar-gambar yang sempat disnap..


Meja pendaftaran. Bayaran dikenakan untuk setiap peserta samada solo atau berpasangan. Ada goodie bag dan termasuk makan tengahari dan petang.


Saya sudah sampai di BP Mall seawal pukul 9.30 pagi lagi kerana program bermula pada pukul 10 pagi. Kedai-kedai didalam tu pun belum buka lagi, hihi.


Program dimulakan dengan ucapan-ucapan dari penganjur, perasmi tapi tak sempat nak snap gambar. Kemudian diikuti dengan persembahan daripada kanak-kanak tadika mengenai penyusuan susu ibu. Sangat comel!


Salah satu slot sepanjang program berlangsung, ceramah mengenai Babywearing oleh Puan Norashida dari Malaysian Babywearers.


Selain daripada ceramah-ceramah tentang penyusuan, diadakan juga slot 'Meet the counselors-ask about breastfeeding' bersama Dr. Faridah Idris yang mewakili MBfPC dan juga Puan Che Aini, kaunselor laktasi bebas.




Para peserta yang mengambil bahagian.


Bahagian unit promosi kesihatan Hospital Batu Pahat turut mengadakan pameran mengenai penyusuan susu ibu dihari tersebut.


Sijil penyertaan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.


Penyertaan ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Sarawak (1-3 Oktober 2011)

Merujuk perkara diatas saya bagi pihak pengurusan Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM)/Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) ingin mewar-warkan bengkel latihan kami yang bakal diadakan bagi Zon Malaysia Timur. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh: 1-3 Oktober 2011
Lokasi: Kuching, Sarawak (Tempat akan diberitahu kelak)
Masa: 8:00am-6:00pm
Yuran penyertaan: RM100 (bagi permohonan yang terpilih)

Untuk makluman semua, pihak PPIMM/MBfPC memerlukan penyertaan yang minimum sekurang-kurangnya untuk meneruskan program bengkel latihan bagi kawasan Sarawak.

Justeru itu, pada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembimbing ibu menyusu (Peer Counselors) khas dari Sarawak untuk menghantar butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org:

1) Nama
Ii) Alamat
Iii) Nombor telefon
Iv) E-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.


*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).

Diminta pada rakan-rakan forum Susuibu.com atau bloh terutama dari negeri Sarawak untuk turut menghebahkan program bengkel latihan yang bakal diadakan di Sarawak nanti.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan didalam thread ini atau berhubung terus dengan saya diemel admin@malaysianbfpc.org

Sekian, terima kasih.



"MBfPC: Empowering Breastfeeding Communities"

Mohon untuk disebarkan

Maklumat terkini - Sdr Ithnin telah dijumpai malam tadi. Ini petikan dari FB Salwa (isteri beliau):-


---------------------------------
Dipetik dari ruangan berita laman Malaysian Breastfeeding Peer Counselor.

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc

Salam sejahtera,

Dukacita dimaklumkan, salah seorang Peer Counselor kita yang baru dilatih di Kedah baru-baru ini dilaporkan hilang sejak semalam.

Nama beliau adalah Encik Ithnin bin Ngadiman (gambar di bawah), suami kepada Puan Salwa. Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.

Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, beliau masih tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, baliau masih tidak ditemui hingga ke hari ini.

Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.

Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) - 0126059997
Salwa (Isteri) - 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)

Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.

Sekian, harap maklum.

PM

** Di harap Salwa bertabah menghadapi saat getir ini. Semoga Allah menunjukkan jalan pulang kepada suami tercintanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)