Permohonan Penyertaan Ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Selatan (Johor) Pada 16-18 September 2011

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin memaklumkan satu e-mail permohonan penyertaan ke bengkel latihan PPIMM/MBfPC bagi Zon Selatan (Johor) telah pun dihantar kepada semua yang telah menghantar butiran ke pihak pengurusan PPIMM/MBfPC sebelum ini.

Maklumat mengenai bengkel latihan adalah seperti dibawah:

Tempat: Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia,81310 Skudai,Johor
Tarikh : 16-18 September 2011
Waktu : 8.00am – 6.00pm
Yuran penyertaan: RM100 (Untuk permohonan yang terpilih)


Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengkel latihan ini.

Borang-borang yang dilampirkan didalam e-mail permohonan penyertaan daripada pihak pengurusan PPIMM/MBfPC adalah:

1. Borang Permohonan (MBfPC Application Form.Doc)
2. Borang Questionnaire (MBfPC-Questionnaire)



Diminta pada semua yang menerima e-mail permohonan penyertaan tersebut untuk mengisi borang-borang berkenaan dan mengembalikan borang-borang tersebut kepada admin@malaysianbfpc.org sebelum 15 Ogos 2011. Permohonan yang masuk selepas 15 Ogos 2011 tidak akan diproses.

Pihak pengurusan PPIMM/MBfPC akan menghantar e-mail jawapan beserta surat jemputan bagi permohonan yang berjaya kepada peserta mulai 22 Ogos 2011. Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap permohonan yang berjaya. Maklumat pembayaran akan disertakan sekali bersama e-mail jawapan tersebut.

Pada yang telah menghantar butiran tetapi tidak menerima e-mail ini, sila maklumkan kembali kepada pihak admin@malaysianbfpc.org

Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada admin@malaysianbfpc.org atau berhubung terus dengan saya melalui email di admin MBfPC atau hayatiehashim@yahoo.com atau ditalian saya o12-2o45646.

*** Untuk makluman semua juga, bengkel latihan di Zon selatan ini adalah siri latihan yang terakhir bagi semenanjung Malaysia untuk tahun 2011. Pihak Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) telah memutuskan untuk menangguhkan semua bengkel latihan mulai 2012 sehinggalah diberitahu kelak.

Mulai 2012, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan lebih memfokuskan lebih kepada sebarang bentuk aktiviti sokongan dalam penyusuan dan juga untuk mengukuhkan lagi skil-skil para PIM/PC MBfPC agar objektif MBfPC dapat dicapai, insyallah. Sehingga hari ini MBfPC telah melatih seramai 212 orang para pembimbing Ibu Menyusu/Peer Counselor diseluruh negara. :)

Selesai sudah

Akhirnya, terasa baru sahaja bebas dari membawa semacam 'batu' diatas bahu ini sebelum waktu exam. Resultnya, tawakal je lah!.

Subuh-subuh hari saya dah bangun siap2, sebab nak bertolak awal. Pukul 6.30am saya dah mandikan izzet. Izzet pun saya bawa, ebm pun saya bawa. EBM tu in case kalau saya tidak sempat habiskan 'on time' menjawab soalan.

Bertolak dari rumah pukul 7.30am tetapi saya tiba di hospital selayang pukul 9.15am! Biasalah jalan jem, stress sungguh! Exam dah bermula dari pukul 9.15am lagi. Dah lah missed exam briefing lak tu. Sebelum exam start, orang semua keluar ke toilet dulu, tapi saya menyusukan izzet terlebih dulu sampai tidur. Kemudian masuk 15 minit lewat dari semua orang.



Tempoh masa exam adalah 2 1/2 jam untuk kedua-dua sesi pagi dan petang, tapi saya perlu jawab dalam masa lebih kurang 1 1/2 jam sahaja. Sebab selepas tu izzet pun dah bangun menangis, rerdengar dari dalam bilik exam lagi. Pendek kata saya orang yang paling lambat masuk dan paling cepatlah keluar.

Takpala, walaupun agak rushing dan 'kurang-tenang' menghadapi exam, namun saya sudah jangkakan apa yang bakal berlaku dari sebelum itu lagi. Semuanya saya korbankan demi untuk memenuhi kebajikan anak dulu. Semoga Allah permudahkan jalan saya.

Sebelum masuk exam, keyakinan saya agak tinggi juga setelah banyak latihan2 yang saya sudah buat sebelum ini, tapi selepas menjawab soalan, tahap keyakinan saya tinggal 50-50 sahaja. Soalannya agak susah dan mengelirukan.

Keputusan exam akan diketahui bulan oktober nanti. Saya redha je apa juga keputusannya. Kalau takda rezeki sekali pun, saya cuba lagi lah re-sit tahun hadapan pula. Sekurang-kurangnya waktu izzet pun dah setahun lebih, boleh la ditinggal-tingalkan. (Eh ceh, macam tahu2 je nak gagal nih, huhu).

**Terima kasih juga kepada encik suami yang menjaganya diluar bilik exam. Kelam kabut menenangkan izzet yang dah merengek-rengek. Sehingga ada satu kali, selepas saya selesai exam, saya keluar cari mereka, cari punya cari, ternampak izzet dengan 'mak-guard' kat depan pintu masuk yang tolong dukung untuk menenangkan izzet. Senyap pulak tu..huhu!

Semakin hampir

Ianya semakin hampir.

Tak pasti sama ada saya suda bersedia atau tidak. Rasa macam banyak yang ketinggalan.

Takpalah, saya cuba buat yang terbaik.

Jika ada rezeki, alhamdulillah! Jika tidak, hikmahnya mungkin ada benda yang saya perlu perbaiki lagi.




Mode: Sangat Stresssssssssssss!!!!!!!!!!!!



***Rasa semuanya serba tak kena minggu ini. Nak mengarang entri pun tak keruan.

Malasnya nak perah

Dah hampir nak masuk 3 bulan saya menyusukan izzet secara terus. Alhamdulillah, Sepanjang waktu itu saya tidak mengalami sebarang cabaran yang yang menduga keupayaan diri lagi. Semua cabaran-cabaran yang saya tempuhi sepanjang tempoh ini saya hadapi dengan minda yang sudah fokus dengan jangkaan-jangkaan yang bakal dan boleh berlaku dalam proses penyusuan susu ibu.

Sepanjang tempoh ini, saya langsung tidak menyentuh sebarang alatan pemerahan malah tidak pun menyiap2 kannya sebelum tempoh berpantang dahulu. Jika keadaan memerlukan saya memerah pun, saya sudah tekad untuk memerah tangan sahaja.

Sepanjang tempoh berpantang tempohari, berlaku juga engorgement kerana izzet yang menyusu sedikit dan hormon prolaktin yang tinggi dalam tempoh tersebut. Mujur engorgement itu dapat diatasi dengan tuaman panas dan kemudian aktiviti paksa-rela menyusukan izzet setiap 1/2jam di payudara yang mengalami kebengkakkan itu, hihi. Alhamdulillah, berkesan dan tidak perlu memerah keluar susu.


Bila dah sedap menyusu terus ini, malas betul untuk membuat stok, memerah bagai ini. Cukuplah selama hampir 2 tahun saya memerah untuk azri dahulu, hihi! Tapi saya perlu menyediakan stok EBM untuk sehari sepanjang ketiadaan saya pada minggu hadapan. Mujur satu hari je, huhu!

Saya mula memerah sebaik sahaja selesai menyusukan izzet. Saya tidak buat tanderm pumping (menyusu sebelah, memerah sebelah) kerana kadang-kala izzet masih lagi mahu menyusu setelah selesai pada sebelah payudara. Kadang-kala dia sudah kenyang setelah menyusu pada sebelah payudara.sahaja. Ikut mood dia lah, hihi!


Pemerahan pertama saya selepas menyusukan, biasanya masa yang saya diambil sekitar 10-15 minit sahaja. . Jika payudara separuh kosong, lebih kurang tempoh diatas untuk dikosongkan sepenuhnya. Terpulanglah kepada kapasiti individu mak itu. Tak banyak mana pun yang tinggal, dapatlah lebih kurang 2.5oz. Selebihnya? Sudah tentulah izzet dah ngappp, hihi!

Sedikitnya? Kenapa tak sama macam orang lain yang beroz-oz dapat semasa memerah? Susu saya tak cukup kah? dan macam-macam lagi persoalan yang mungkin ibu-ibu rasakan dengan hasil perahan mereka. (^_^). Sekali lagi, ianya terpulang kepada ibu-ibu, lain orang lain cara dan hasilnya.

Tak perlu risau, kuantiti susu perahan bukanlah sebagai penentu ibu kurang susu atau tidak. Perlu lihat faktor yang lain untuk menentukan sama ada bayi mendapat cukup susu atau tidak seperti pengiraan lampin yang digunakan sehari-hari, faktor peningkatan berat badan, bla3x.. sila rujuk website kellymom.com yer ...hihi!

**Tak tahu lagi bagaimana reaksi izzet menerima EBM nanti. Sebab saya belum ajarnya lagi minum EBM. Saya masih tekad untuk memilih cara pemberian melalui cawan atau syringe sahaja. Saya masih belum ajar encik suami lagi tentang cara pemberian melalui cawan atau syringe. Namun, sebagai langkah terakhir, saya masih juga menyediakan puting (Ohh masih fobia dengan puting tiruan ini, huhu!)

Semoga semua dipermudahkan, amin!

Pelekat kereta MBfPC

Alhamdulillah, siap juga sticker kereta untuk Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC). Sticker skema-skema je. Hasil 'keras tangan' saya yang sememangnya keras ini, hihi! Plan memang nak buat yang ala-ala funky kaa. ada tag-line best-best kaa, tapi tak datang idea-idea yang menarik. Dari tak siap dan takda sticker MBfPC, baiklah dibuat satu, skema pun skema lah, janji acik dapat tayang satu kampung sticker MBfPC ni, ekeke! Suka-suka.. (^_^)






Ada dua design yang saya buat dengan konsep, simple biar mudah untuk dibaca dan sampai pada orang yang membacanya. Hati memilih D, hihi tetapi majoriti telah memilih design diatas satu lagi kerana lebih mudah dan senang untuk dibaca. Jadi, ikutlah suara majoriti ahli mesyuarat tingkap (Windows, je), hihi.

Yang ni plak design kedai printing tu, aduhhh asal boleh je dia buat. Saya mintak dia reka kan textline supaya nampak lagi menarik ke etc. Sebab tak berpuas hati, saya terpaksa edit semula, huhu.

***Pada rakan PC MBfPC yang nak beli sticker ini, boleh check inbox e-mail kalian kerana saya dah update maklumat pembelian sticker ini di mailing list MBfPC. Pada rakan-rakan lain yang berminat untuk tolong mempromosi MBfPC di kereta-kereta kalian, boleh juga membeli sticker ini :)

Pucuk dicita ulam mendatang

Eh tapi belum dapat pun ulamnya, hihi. Kebetulan sejak dua tiga hari ni saya memang dah mula nak cari pengganti encik singer saya nih. Encik Singer ni masih boleh dipakai tapi biasalah bila dah tua mula lah semput sana-sini. Alang-alang tu baik saya beli yang baru. Banyak gak mesin-mesin yang saya dah berkenan dihati ni. Jom cuci mata, kih kih.

Diantaranya adalah ...

Brother NV-900. Idaman hati ni. Mode verangannn (^_^)

Brother NV-10, NV-30 & NV-50

Kalau tak dapat yang atas tu pun, dapat salah satu diantara 3 model ni pun jadilah. Sebab kalau nak beli model NV-900 diatas tu ongkosnya bersamaan boleh beli 3 biji model yang dibawah ni, huhu!

Kalau nak tengok senarai harga-harga mesin idaman kalian boleh tengok disini.

Tiba-tiba dalam post box saya sampai brochure iklan dari media fokus tu. Muka depan je dah terpampang iklan mesin jahit dari LSN. Siap ada open day, free demo jahitan, lucky draw, diskaun mesin jahit.


Yang tak tahan tu ada diskaun lak untuk model mesin jahit idaman hati tuh, huhu!

Dekat je rupanya Showroom LSN tu, dekat Bandar Damai Perdana, area-area Alam Damai tu ler. Harus terjah sabtu depan nih, hihi!Jomm?


***Harus memulakan misi mengumpul dana nih :)

Misi menghabiskan kain & Let go

Saya dalam misi menghabiskan kain-kain yang saya asyik beli tapi tak jahit. Lama-lama dah jadi bukit pun. Plan masa beli kain lain, last-last penyudahnya pun lain. Tak kisahlah janji kain semakin berkurang, huhu!



Saya buat cloth pantyliner lagi. (^_^)


Align Center

Saya nak letgo set of 5 cloth pantyliner ni RM40 termasuk pos. Ada yang berminat? E-mail saya di hayatiehashim@yahoo.com (^_^) (Status: All sold)

Cradle Cap atau 'Taik Sawan'

Lepas sebulan izzet kena kerak-kerak dikepalanya atau dipangil 'Cradle Cap'. Mujur ianya sedikit-sedikit dan berperingkat-peringkat. Mula-mula tuhari diatas kepala kemudian hilang. Laa ni dah kedepan sedikit pula. Kata mertua saya, orang dulu-dulu panggil 'taik sawan'. Dan menurut mertua saya lagi, jika budak yang kena taik sawan ni, kalau yang alah boleh buat demam.


Pertama kali saya melihat dan melaluinya. Sewaktu azri dulu tidak kena. Lahir-lahir memang bersih je kulitnya, Mertua saya pesan suh minum air kelapa sewaktu dalam minggu-terakhir sebelum kelahiran kerana nanti bayi keluar kulitnya licin. Saya pun minum juga air kelapa 2-3 kali dalam seminggu. Kat rumah saya senang nak cari air kelapa ni, ada je yang jual kat tepi-tepi jalan Kajang lama nih.

Waktu izzet saya tak minum langsung air kelapa, tak sempat pun nak minum, huhu! Adakah sebab tak minum air kelapa juga, agaga! Taklah kot, itu semua kebetulan sahaja. Tiada pula kajian saintifik yang mengatakan amalan meminum air kelapa sebelum bersalin dapat menghindarkan cradle cap ini., huhu.


Apakah Cradle Cap atau Taik sawan itu?

Cradle Cap atau dalam istilah perubatanya dipanggil Seborrheic dermatitis adalah sejenis penyakit kulit yang biasa menyerang kebanyakan bayi yang baru lahir. Ianya seperti sisik-sisik putih kadang-kala kekuningan. Ianya sering terjadi di tempat-tempat kulit yang berminyak seperi dikulit kepala, dibelakang teling dan kadang-kala boleh terjadi pada kening mata.



Cradle cap atau Seborrheic dermatitis ini terjadi disebabkan kelenjar Seborrheic iaitu (oil-producing glands) yang terlebih stimulate dan mengeluarkan greasy subtance yang menyebabkan sel kulit mati tersebut melekat dan menjadi kering diatas kulit kepala.

Ianya sering kali terjadi dikalangan bayi pada usia 6 bulan pertama dan boleh juga dihidapi sehingga beberapa tahun usianya.

Bagaimana ianya boleh dirawat?

Kebanyakannya mencadangkan bahagian kepala sering disapu dengan minyak bayi (baby-oil) atau minyak zaitun (olive oil). Tujuannya adalah untuk melembutkan sisik-sisik kulit mati tersebut dan mudah tertanggal apabila disikat (dengan lembut).
Align Center
Sumber:
-http://www.birth.com.au/Cradle-cap-nappy-rash-and-other-conditions/Cradle-cap?p=1
-http://dermnetnz.org/dermatitis/cradle-cap.html
-http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001959/


***Saya ada terdengar yang orang kata minyak kelapa dara juga bagus untuk menghilangkan taik sawan ini. Tapi saya masih belum mencubanya. Tengoklah jika masih tidak hilang-hilang juga harus mencari minyak kelapa dara itu, hihi!

Saya dah botak

Hari ini saya bawa izzet pergi cukur rambutnya. Sudah 76 hari baru nak botakkan rambutnya, huhu! Kejap je dia sudah 2 bulan lebih. Sudah pandai gelak-gelak bila diagah.







Selepas dah botak ni, saya asyik main kepala dia je, beshh sungguh kih kih! Halusss!

Jenis-jenis Tanda Lahir pada Bayi

Sebelum ni saya tak ambil port pun mengenai tanda lahir. Tapi biasalah kan bila kita sedang menghadapinya baru kita nak mengambil berat, mengetahui dan apa-apa lah lagi mengenai sesuatu masalah tersebut.

Jadi pandanglah dugaan itu dari sudut yang positif. Ini kerana, dugaan memberikan kita pengalaman dan pengalaman itu mengajar dan mendewasakan kita. Chewaahh, motivasi diri lah konon, hihi!

Artikel mengenai tanda lahir didalam bahasa melayu yang saya copy-paste sepenuhnya dari blog Pakar Kanak-kanak Dr. Saiful yang mempunyai klinik kanak-kanak di Sg. Chua. Dekat je dengan rumah saya, ghopenyeee!


------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis-jenis Tanda Lahir pada Bayi


Tanda lahir (Birth marks) boleh di bahagikan kepada 2 jenis iaitu A. Tanda lahir Vascular dan B. Tanda lahir berpigmen.

A. Tanda lahir Vaskular :Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular iaitu:

i- Port Wine Stains (PWS)- Tanda lahir jenis ini selalunya belaku pada bahagian muka dan bebeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air wain merah yang tertumpah (port wine stains). Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.


Port Wine Stain (PWS) & Izzet PWS



ii - Hemangioma : Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bukan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.

,

Hemangioma


i - Macular Stains: Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.

Macular stains pada kelopak mata kanan atas


B. Tanda Lahir Berpigment (Piegmented Birthmarks): Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment (warna kulit) pada kulit berkembang lebih daripada normal (Overgrowth). Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

i - Mongolian spots - Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.

Mongolian spots

***Baru saya tahu yang yang tanda macam biru-biru yang selalu ada pada punggung, belakang badan bayi yang baru lahir ini dipanggil Mongolian Spots. Azri dan izzet pun memang ada tanda-tanda ni tapi biasanya hilang bila bayi dah besar. (^_^)


ii. Cafe-au-liat spots- Kerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi ditambah susu (seperti namanya). Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.

Cafe-au-liat

iii - Moles (Tahi lalat) - Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdpat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit (melanoma) jika ia berkeadaan demikian.

A gift for a friend

Kat bloglist kalian mesti keluar gambo kangaroo kat thumbnail, agagga! Apa kes nak kasi hadiah kangaroo kan, ke baru dapat daging kangaroo, ekeke!


Siap juga 5-piece-set ini. Ianya mengambil masa beberapa minggu hendak disiapkan. Waiik, lamanya! Macam mana nak buat kerja kalau seharian saya dah macam mak kanggaroo je, hihi!

Bila dah ada si kecik ini semua rancangan berubah, hihi! Yang pasti banyak lagi projek jahitan saya yang bakal tertangguh.

Specially made for my friend. Hope she will like it.


***Dapat juga Snap plier beraksi. Tapi apesal ada 2-3 butang yang asyik tercabut semula bila kita dah snap?Nak kata tak cukup kuat, dah habis penyet spring tu saya tekan, huhu! Ke kualiti snap itu?

Aktiviti Penyusuan Susuibu sepanjang bulan Julai

Bulan ini banyak juga aktiviti-aktiviti penyusuan susuibu yang bakal diadakan terutamanya sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang akan berlangsung pada 1-8 Ogos 2011. Tapi oleh kerana pada bulan 8 tu dah masuk bulan puasa, kebanyakan aktiviti dianjakkan lebih awal lagi.


Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) dengan kerjasama PUSPANITA Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengadakan Sambutan Hari Susu Ibu tahun 2011 :

Tarikh : 16 Julai 2011
Tempat : Kompleks 3C, Bandar Sunway (Pusat Perkembangan Kanak-
Kanak)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 tengahari



Aturcara Majlis :

8.30 Pagi - Ketibaan Para Jemputan

9.00 Pagi - Ceramah tentang kebaikan susu ibu kepada anak, ibu dan komuniti

10.00 Pagi - Pertandingan Mengendong Bayi

10.30 Pagi - Pertandingan Bayi merangkak kepada Ibu

10.45 Pagi - Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu

11.15 Pagi - Ketibaan Dif-Dif Kehormat

11.30 Pagi
- Ucapan Alu-Aluan oleh:Presiden Puspanita MPSJ
- Ucapan Alu-Aluan dan Tema Penyusuan oleh:
“Chief Knowledge Officer of Nurturing Concepts Sdn Bhd”, Puan Nor Kamariah Binti Mohamad Alwi
- Ucapan Perasmian oleh:Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Y.B Hannah Yeoh

1.00 Tengahari
- Penyampaian pemenang Bayi Merangkak kepada Ibu
- Penyampaian pemenang Mengendong Bayi
- Penyampaian pemenang Fesyen Ibu Menyusu
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya

1.30 Tengahari - Majlis bersurai

**Pada yang berminat untuk menyertai pertandingan yang diadakan seperti diatas, boleh email kepada puan wannorashi di wannorashikinamran@gmail.com

------------------------------------------------------------------------------------

Jom kita meramaikan perjumpaan kumpulan sokongan Penyusuan Susu ibu (SGM) yang ke-6 pada kali ini seperti SGM yang lepas2. Tajuk kali ini adalah The Normal Course of Breastfeeding.

Tarikh: 24 Julai 2011
Lokasi: Tasik Cempaka, Bangi
Waktu: 9pagi-10pagi
Konsep: Pot Luck (sapa2 yang datang silalah bawa juadah yer)


Semua dijemput untuk menghadiri perjumpaan sesi perkongsian kumpulan sokongan ini beramai-ramai. Bagi yang ingin hadir, sila lah update kedatangan dan menu pot luck di forum susuibu.com

------------------------------------------------------------------------------------
Aturcara program:

10-10.30am: Ucapan alu-aluan pengerusi.
: Perasmian Majlis
: Persembahan kanak-kanak tadika.

10.30-11.ooam : Ceramah (1)
"Breastfeeding, anywhere, anytime"
(Penyusuan susu ibu dimana-mana dan pada bila-bila masa)
Penceramah: Dr Hairin Anisa Bt Tajuddin

11.00am-12.00pm : Pertujunkan fesyen pakaian ibu menyusu dari Butik Ibu & Anak.
: Demonstrasi ;Babywearers' oleh Puan Norashida Abd Rahman.

12.00pm-12.30pm : Pertandingan bayi comel & pintar
(Penyertaan dari anak peserta)
Pertandingan Menukar lampin bayi
(Penyertaan dari peserta lelaki/suami peserta)

12.30pm-2.00pm: Persembahan video
Lawatan gerai & makan tengahari

2.00pm-3.00pm: Ceramah (2)
Formula milk increases infant mortality, Breastmilk is the savior
(Susu formula meningkatkan kadar kematian bayi, susu ibu adalah
penyelamat.)
Penceramah: Puan Siti Mariam Bt. Ali

3.00pm-3.45pm: Meet the counselors session, Ask anything about breastfeeding.
Kaunselor: Puan Che Aini Abd Razak
Dr. Faridah Idris

3.45pm-4.45pm: Penyampaian Anugerah "Ibu contoh penyusuan susu ibu esklusif"
Penyampaian Hadiah Pertandingan.
Cabutan bertuah.

4.45pm-5.00pm : Minumm petang & bersurai.


***Sesiapa yang berminat nak menyertai program ini boleh download form disini.

Lanjutan kisah tanda lahir-Port Wine Stain

Tak habis lagi kesudahan cerita tanda lahir izzet. Siri temujanji yang terakhir di Damansara Specialist yang mencadangkan kami membuat temujanji dengan pakar kulit kanak-kanak di HKL iaitu doktor Sabirah oleh kerana ketiadaan mesin yang bersesuaian untuk merawat tanda lahir jenis Port Wine Stain disitu, hmm tah lah!.



Kemudian kami pun ke Institut Pediatrik HKL untuk sesi temujanji yang telah ditetapkan untuk berjumpa dengan doktor Sabirah. Tapi kami tidak pun berjumpa dengan doktor Sabirah kerana beliau ada hal yang lain kata doktor yang menggantikkan beliau.

Setelah bercerita segala bagai mengenai tanda lahir (yang telah pun kami dengar berulang-ulang kali) doktor tersebut menegaskan bahawa rawatan laser untuk tanda lahir tidak akan dibuat pada bayi yang kurang dari 1 tahun (kecuali atas sebab-sebab perubatan yang perlu). Atas alasan risiko GA (General Anesthesia) lebih tinggi bagi bayi yang dibawah satu tahun. Malah, menurut doktor itu lagi, jika anak kami sudah setahun pun belum tentu dapat dibuat rawatan itu sekarang diatas sebab peralatan yang masih belum mencukupi pula.

Sesi temujanji di klinik tersebut agak hura-hara dengan keadaan orang yang ramai, satu bilik di kongsi oleh 3 orang doktor yang bersama-sama mengambil giliran pesakit yang lain. Kesimpulan temujanji tersebut adalah the best is to wait until he at least 1-2 year to start the treatment.


Oh, that was totally opposite from what we have read in the Vascular Birthmark Foundation Forum. The resource site and forum which i've been reading for the past few months. Di situ, ibu-bapa dengan anak yang mempunyai pelbagai jenis tanda lahir (birthmark atau istilah medikalnya 'vascular malformations') berkongsi cerita, gambar dan kaedah rawatan yang telah dijalani. Dimana laser treatment sudah dimulakan seawal usia 2 bulan. Dan lagi awal treatment dibuat, chances lebih mudah untuk dikurangkan.

Patients born with port wine stains should have early laser treatment to achieve optimal results. Delay in treatment, as in this patient until age 26, may result in hard to treat PWS that can continue to progress in nodularity.


[Sumber:'Port wine stain progression: a potential consequence of delayed and inadequate treatment?',Pub-Med.Gov]

Jika disini, kita tidak begitu mengambil serius tentang isu tanda lahir dan kaedah yang rawatan tanda lahir atau mungkin sesetengah ibu-bapa yang tidak mempunyai informasi bahawa ianya boleh dilakukan seawal usia, kekangan duit dan pelbagai faktor lain. Kita sering melihat orang dewasa yang mempunyai pelbagai jenis tanda lahir di anggota badan dan kebiasaanya tidak cuba dirawat dari kecil disebabkan faktor-faktor diatas.

Saya mungkin tidak begitu terlalu serius untuk rawatan tanda lahir izzet jika ianya kecil atau berada ditempat2 yang tidak begitu ketara atau dianggota badan yang lain yang mungkin boleh ditutup. Namun lokasi tandanya yang betul-betul dihadapan muka dan memang ketara yang membuatkan kami berikhtiar habis agar ianya dapat dikurangkan dan jika boleh dapat dihilangkan sebelum dia melangkah usia.

Berbalik kepada cerita di HKL, kami agak kuciwa (chewah) dan pulang kerumah dengan pelbagai andaian dan emosi. Mungkin, mereka perlu mendahulukan apa yang lebih penting barangkali dan kes kami ini pun bukanlah dalam kategori life-threatening ke apa cuma for the sake of cosmetic reason only. Wish if we could afford to fly there (US) and get the best treatment, hopefully huhu!


Kemudian, kami mencuba pula di Prince Court Medical Centre salah satu hospital diantara 3 hospital sahaja yang mempunyai latest Vascular Laser machine (Selain HKL dan Tropicana) yang dicadangkan oleh Doktor Mardziah.

The Dermatology Centre has the latest laser machines (V-Beam Perfecta,Revlite, Fractional Co2 laser, Conventional Co2 laser, GentleYAG) and IPL machine (Intense Pulse Light) for skin rejuvenation, skin tightening, acne scar, wrinkles, pigment and tattoo removal, hair removal, spider and leg vein removal, treatment of birthmarks (port-wine stain, Naevus of Ota) and complexion analysis with the Visia Complexion Analysis machine.
[Dermotolgy Dept, Prince court Medical Centre]

Ayat ini yang menguatkan kami untuk mencuba pula di PCMC dan satu sesi temujanji telah diatur dengan pakar dermatologi disitu iaitu Dr. Gangaram. Hasil konsultasi lebih kurang satu jam sangat berbaloi dengan ongkosnya sekali,huhu dengan pelbagai rekod rawatan laser untuk Port Wine stain treatment yang telah beliau buat. Malah beliau juga turut mengatakan the best is to start early.

Mengikut assesment beliau terhadap tanda lahir izzet, lebih kurang 6 kali laser treatment diperlukan untuk menggurangkan tanda tersebut. Oleh kerana setiap satu sesi laser treatment hanya boleh diulangi setiap 2-3 bulan sekali bermakna tempoh rawatan ini akan berterusan sehingga izzet hampir 2 tahun nanti. Insyallah, rawatan pertama mungkin akan dimulakan hujung bulan ini. Semoga usaha kami ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan berjalan lancar.


Izzet sewaktu menjalani pemeriksaan Glaucoma pada mata. Salah satu pemeriksaan yang perlu dibuat jika tanda lahir extends to eye-lid kerana risk untuk develop glaucoma adalah tinggi jika Port-wine stain terjadi berhampiran dengan mata dan kelopak mata. Alhamdulillah, ujian normal tetapi perlu mengulangi check-up untuk Glaucoma ini setahun sekali.

Hari minggu

Apa aktiviti seharian kalian pada hari minggu ya?(^_^)

Bagi kami sekeluarga yang tidak terikat dengan waktu kerja nine-to-five ini, tiada istilah hujung minggu pun, kalau nak jenjalan tak kira hari juga. Tapi biasalah waktu hujung minggu juga best sebab ramai orang kan. Kalau hari-hari biasa tu lengang je tempat2 permainan etc.



Hajat dihati nak tengok wayang cerita Transformer. Tapi check-check yang tgv.com.my semua showtime untuk hari ini waktu siang dah penuh. :(

Pastu kami pergilah jalan-jalan cari jalan juga ke hospital Selayang. Tujuannya sebab nak cari tempat exam saya yang akan diadakan di hospital Selayang. First time masuk hospital nih.

Lepas tu sempatlah juga melawat rakan susuibu yang juga salah seorang PC MBfPC iaitu nora herni yang baru lepas bersalin di hospital tersebut.

Puteri kedua beliau yang sedang menjalani fototerapi akibat jaundis. Alala..ciannye diee! Minum susu banyak2 tau! Nanti cepat turun jaundisnye! (^_^)

Salah satu poster di Hospital itu. Setuju?(>_<)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)