Oral Thrush

Akhirnya, kesan putih yang disangka lelemak susu pada mulanya memang sah oral thrush. Apa itu Oral Thrush?

Candida (also called yeast, or thrush) is a fungus that occurs naturally in the mucous membranes and on the skin"

[Sumber: Information Sheet and Care Plan for Yeast (Candida), Breastfeedingbasics.com]


Saya sudah mula mengesan white spot pada lidah seawal sebulan lagi dan cuba untuk membersihkannya tapi agak sukar kerana tompok itu jauh ke dalam. Dan masih berfikiran mungkin kesan susu yang terlekat disitu. Namun minggu demi minggu kesan itu semakin besar dan makin menebal sehinggalah saya terdetik adakah ianya oral thrush (jangkitan yis yang disebabkan oleh kulat Candida)

Semalam terus ke klinik Kanak-Kanak Dr. Saiful di Sungai Chua untuk mengesahkan. Setelah pemeriksaan memang confirm ianya adalah thrush. Doktor telah memberi preskripsi oral ointment untuk dititiskan pada mulut izzet sebanyak 2 kali sehari. Mujur selama ini dia tidak menunjukkan tanda-tanda meragam akibat dari jangkitan yis itu.

The baby may be fussy and gassy, and sucking may be uncomfortable for him. He may pull off the breast, or may refuse to nurse at all. It is also possible for him to have an overgrowth of yeast but have no visible symptoms.


[Sumber: Information Sheet and Care Plan for Yeast (Candida), Breastfeedingbasics.com]






Apakah tanda-tanda jika bayi terkena jangkitan yis ini?

Symptoms of a yeast infection in your baby include creamy white spots or patches on the mucous membranes inside the mouth (gums, cheeks, or tongue).


[Sumber: Information Sheet and Care Plan for Yeast (Candida), Breastfeedingbasics.com]

Selain daripada itu, oral thrush ini juga boleh berjangkit kepada ibu juga melalui penyusuan. Apakah tanda-tanda si ibu telah dijangkiti thrush ini ?

  • Itchy or burning nipples that appear pink or red, shiny, flaky, and/or have a rash with tiny blisters.
  • Cracked nipples.
  • Shooting pains in the breast during or after feedings.
  • Intense nipple or breast pain that is not improved with better latch-on and positioning.
  • Deep breast pain.
[Sumber: FAQ Trush, La Leche Leage International]

Walaubagaimana jika ada ibu-ibu yang merasakan simptom-simptom yang diatas, adalah seeloknya mendapatkan pemeriksaan dari pakar atau kaunselor laktasi sama ada ianya adalah disebabkan oleh jangkitan yis candida atau tidak. Ini kerana, simptom-simpton jangkitan pada puting payudara tersebut boleh juga disebabkan oleh faktor posisi dan lekapan yang salah :)

Untuk pembacaan lanjut mengenai Oral Thrush (Candida, Yeast Infection) boleh baca di sumber rujukan Kellymom:

http://www.kellymom.com/bf/concerns/thrush/thrush-resources.html

Laporan SGM ke-6: There's a new baby in your life

Alhamdulillah berlangsung sudah sesi perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan Susuibu yang ke-6 anjuran Susuibu.com yang berlangsung di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Dengan topik pada kali ini 'There is a new baby in your life'.

SGM pertama yang saya hadiri selepas habis berpantang. Kira-kira sesi 'warm-up' untuk segala aktiviti penyusuan yang akan saya sertai semula selepas ini, insyallah! Seronoknya.

Dah lama tak jadi Moderator kumpulan, kali ini baru nak praktis panaskan enjin semula. Rasa macam kekok-kekok pun ada sebab bawa sekali si izzet yang kejap-kejap hok-hek. Mencabar juga lah sebab dulu kalau datang SGM solo sahaja, hihi!



Sesi perkongsian oleh ibu-ibu yang berada dalam kumpulan saya. Paling jauh, puan Mai dan puan jaja yang datang dari Banting dan juga Klang. Itulah yang dipanggil semangat untuk berkongsi dan bertukar cerita tentang penyusuan susu ibu, jarak bukan penghalang, cewaahh!

Kumpulan kedua yang di kemudikan oleh Puan Kamariah.

Perbincangan kumpulan kami dimulakan dengan perkongsian oleh setiap ahli tentang pengalaman sewaktu kelahiran cahayamata khususnya dari perspektif penyusuan susu ibu. Dimana, semuanya berkongsi tentang pengalaman penyusuan sewaktu diawal-awal kelahiran, ketika waktu berpantang dan penyusuan secara 'tanderm'.

Apa yang dapat disimpulkan dari hasil perbincangan dalam kumpulan kami adalah:

1. Persediaan mental & fizikal tentang penyusuan dari sebelum bersalin.
Ibu-ibu harus mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan dengan penyusuan dan maklumat yang berkaitan sebagai persediaan untuk memulakan penyusuan sejurus selepas kelahiran. Membaca artikel-artikel berkaitan penyusuan, mengikuti kelas-kelas penyusuan, menghadiri perjumpaan kumpulan sokongan dan sebagainya sejak dari kehamilan sebagai persediaan 'What to expect' dalam penyusuan ini.

2. Pilihan hospital yang menggalakkan dan mempraktikkan penyusuan susu ibu.
Pilihan hospital turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan penyusuan sesorang ibu tersebut. Ini kerana bagi ibu-ibu baru khususnya yang tiada informasi yang tepat mengenai penyusuan susu ibu dan ditambah lagi dengan hospital dan kakitangannya yang tidak mempraktiskan penyusuan susu ibu akan memburukkan lagi peluang ibu-ibu untuk memulakan penyusuan.

3. Waktu berpantang.
Meminta ahli keluarga khususnya suami untuk membantu ibu yang sedang berpantang supaya ibu dapat memberi lebih perhatian kepada bayi yang baru lahir, tidak stress dan seterusnya dapat membantunya meneruskan penyusuan dengan lebih tenang. Terutamanya jika ada anak-anak yang lebih besar yang perlu diuruskan, suami dan ibu/ibu mertua dapat membantu melayani karenah anak-anak yang lain.

4. Penerimaan anak &Penyusuan serentak (Tandem Nursing).
Ada juga persoalan yang diutarakan bagaimana reaksi anak-anak yang lain ketika menerima kehadiran bayi yang baru lahir kedalam keluarga. Rata-rata dari cerita ibu-ibu yang berkongsi mengatakan perubahan tingkah laku anak yang lebih tua yang menjadi lebih cerewet dan ingin perhatian yang lebih sejak dari mengandung lagi. Kemungkinan, faktor perubahan fizikal (perut semakin membesar) pada ibu yang dilihat oleh anak tadi yang menyebabkan anak tadi kurang selesa ditambah pula emosi ibu hamil yang kadang-kala lebih stress dari biasa. Adakalanya ada dikalangan ibu yang mempunyai anak yang masih lagi menyusu sewaktu mendapat cahaya mata yang seterusnya dan terpaksa mengawal karenah anak tua yang berebut-rebut ingin menyusu tatkala melihat si adik tadi menyusu :)


3. Sokongan dalam penyusuan
Sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangat penting dalam membantu menjayakan penyusuan oleh ibu-ibu. Selain daripada itu, ibu-ibu juga perlu tahu bahawa adanya kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan yang terdiri daripada kakitangan hospital mahupun kumpulan-kumpulan penyusuan NGO yang boleh membantu mereka secara terus-menerus sekembalinya dari hospital.

**Jom ke SGM seterusnya bulan depan :)

Saksikan MBfPC dalam Sejuta Impian

Jangan lupa menonton Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) didalam program realiti TV Sejuta Impian dia TV3 pada hari Ahad ini, 3 Julai 2011. Dimana kita telah berjaya mendapat sebahagian dana walaupun tidak banyak tetapi alhamdulillah dapat menampung dan menambahkan lagi dana kedalam tabung MBfPC.



Nak tahu berapa RM yang kita telah menangi, jangan lupa tonton program Sejuta Impian TV3 pada hari ahad ini yer. Nak siap2 set reminder alarm kat HP takut lupa, hehe!

**Waktu shooting ini saya tengah sarat menunggu hari, kalau tidak sudah pasti ku terjah ke Sri Pentas itu, huhu. Takpalah, hanya dapat beri sokongan moral dari jauh sahaja, go go MBfPC! :)

Emas oh Emas

Wah, acikkk kayoo!. Mode verangan yer. Gelang tangan ni kepunyaan mak saya. Cuba tengok harga segram emas semasa dibeli pada tahun 1996. Pastu bandingkan dengan harga emas sekarang ini, memang untung betul. Tahun 1996 harga segram emas baru RM38.50, sekarang ini harga emas dah RM167 segram. Berapa kali ganda naiknya tu.

Kalau dulu beli RM2650, sekarang nilainya sudah menjadi RM11,494, woww!!!!!!!!!!

Sebetulnya gelang ini hendak dibawa ke kedai emas untuk ditambah 'safety chain' seperti gelang dalam gambar tu. Sebab mak saya risau nak pakai sebab takut kalau 'klip'nya tu terbuka, terus tercicir sebab takda safety chain. Gelang-gelang ni sume dah masuk kategori 'gelang pusaka' dah, hihi! Gelang second tu pun beli time tu juga, tapi tak seberat yang atas tu, baru 23 gram, masa tu beli baru RM800 lebih, sekarang sudah RM3.8K juga, woww lagi sekali!. Plak tu dah custom made letak batu-batu bagai tu pun dah dekat RM1k juga.

Motif entri: Untungnya kalau beli emas banyak-banyak dulu, tapi duit lak takda banyak..hihi!

**Tiba-tiba rasa nak beli barang kemas plak..huhu!

Sudah tebus

Hadiah percuma dari GNC telah pun saya tebus di The Mines. Saya telah register 3 nama termasuklah nama encik suami dan ibu saya sekali. Opkos mestilah ado akaun Facebook ye dak, kalau tidak macam-mana nak register. Sebab bila nak redeem hadiah tu mesti letak nombor IC setiap sorang.
Saya tebus sling bag dengan taut bag di The Mines. Oklah, sapa nak bagikan hihi!. Nak free gift punyal pasal, hihi! Taut beg tu comel je rupanya sesuai lah letak barang-barang yang kecil macam make-up ke.


Tinggal satu lagi voucher je saya belum tebus sebab kena tebus kat Leisure Mall, cheras. Yang ni saya silap sebab first-first register saya tak perasan ada pilihan penebusan dekat The Mines juga, huhu! So jumlah kesemuanya dapatlah 3 beg (sling beg merah & biru dan Taut Beg Gold).

**Stok jaki sebab jarang dapat hadiah percuma, huhu!

Free Gift GNC untuk 5000 fans pertama

Kawan-kawan, pergi register beramai-ramai untuk mendapatkan free gift GNC. Lekas, Terhad untuk 500o fans yang pertama sahaja. Sila klik ke link dibawah untuk register dan pilih free gift anda. Oops, sebelum tu kena LIKE dulu ya..hihi!

http://www.facebook.com/GNCMalaysia?sk=app_163698410355049



Lekas, sekarang sudah 3000 lebih dah. Semasa saya register semalam, angka tu baru 2000 lebih jer. Hihi, free gift punya pasal!

Muzium Kipas

Haihh, saya tak tahu berapa banyak kipas dah saya beli. Semua kipas-kipas yang saya beli tak pernahnya bertahan lama. Yang lagi best, elok-elok sampai habis guarantee setahun lak tu tup-tup dia kong..

Haaa..yang ni semua 'koleksi' kipas rosak dalam stor saya, hahaha! Nak gi jual kat besi buruk je. Duit yang dapat pas timbang kat besi buruk pun tak boleh beli sebiji kipas pun. Macam-macam brand ada ni dari cap ayam sehingga lah yang ada brand, Khind, National, Pensonic. Dan macam beli 'kipas pakai buang' je, huhu! Tak tahu la nak beli brand apa lagi pas ni..eeiiii!

Entri geram ini ditulis selepas kipas yang ke-5 (warna hijau tu) rosak pada hari ini.


Selamat Hari Bapa

Hari ini 19 Jun adalah sambutan Hari Bapa. Hmm, biasanya saya tidak begitu beria sangat dengan sambutan-sambutan bagai ni, harijadi sendiri pun kadang-kala tak tersambut dan berlalu pergi seperti hari-hari yang lain juga.

Kebetulan saya memang dah lama plan nak belikan encik suami seluar jeans yang baru. Sebelum encik suami balik, saya pergi ke butik Levis The Mines untuk cari seluar jeans. Huh, berpeluh-peluh nak pilih design. Dah la saya ni bukan selalu pun beli seluar jeans alasan malu sebab size tak muat memanjang, hihi!. Oklaa sebab bulan januari lepas semasa harijadi dia pun saya tak sempat nak bagi hadiah pape pun. Saje je buat surprise untuk dia :)

Selamat Hari Bapa buat buat suami saya yang tercinta, terima kasih diatas segala penat lelah mu dalam mencari rezeki, menyediakan keperluan kami sekeluarga dan melindungi kami sekeluarga. Semoga Allah merahmati dan memberkati rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat, Amin!

Tak lupa juga al-fatihah buat arwah abah saya. Semoga roh abah di tempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman.


Sentuhan kulit ke kulit & Penyusuan di Awal Kelahiran

Dah lama nak cerita pasal pengalaman saya 'skin-to-skin' selepas kelahiran. Semasa melahirkan azri dahulu saya tidak merasa pengalaman ini. Malah tidak tahu pun mengenainya apatah lagi kepentingan. Kerana dahulu, saya menyangka proses menyusukan anak tidak memerlukan pengetahuan lebih dan ianya akan berlaku secara semulajadi. Namun tidak bagi saya. Mungkin ianya berlaku dengan lancar bagi sesetengah orang walaupun kali pertama. :)


(Gambar dari google)

Hampir dua tahun ilmu penyusuan yang saya pelajari dan dalami dapat dipraktikan bermulanya pada 25 April 2011. Oleh kerana saya bersalin di hospital bukan rakan bayi, amalan sentuhan kulit ke kulit ini tidak dipraktikan. Mungkin bagi ibu-ibu yang bersalin dihospital kerajaan, rutin ini menjadi satu kemestian (well, its depends).

Sejurus selepas kelahiran:
Saya tidak pun memberitahu nurse/midwife yang bertugas ketika itu tentang keinginan saya untuk meletakkan bayi secara kulit ke kulit sejurus sahaja bayi saya dilahirkan. Malah birth plan pun tidak saya tunjukkan, hihi! Sebaik sahaja izzet keluar dan tali pusat dipotong, mereka terus tunjukkan pada saya dan bertanya samada lelaki atau perempuan. Semasa itu lah saya terus meminta izzet (masih diselaputi lendir,darah dan sebagainya) untuk diletakkan diatas dada.

Saya memegang bayi diatas dada selama doktor sibuk menjahit episiotomy. Sewaktu itu, bayi saya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menghisap walaupun kadang-kala saya lorongkan kepalanya kearah puting. Tidak semestinya bayi wajib menghisap puting sejurus diletakkan atas dada ibu tersebut. Daripada artikel "The Importance of Skin to Skin Contact', Dr. Jacknewman:

Even if the baby does not latch on during the first hour or two, skin to skin contact is important for the baby and the mother for all the other reasons mentioned.


If the baby does not take the breast right away, do not panic. There is almost never any rush, especially in the full term healthy baby


Saya mendakap bayi selama mungkin, dan nurse yang berada disitu tidak pun meminta-minta bayi untuk dibawa pergi (dibersihkan, ditimbang, etc). Sehingga saya yang memanggil nurse untuk mengambil bayi saya, cuma saya berpesan yang saya mahukan bayi saya secepat mungkin setelah setelah proses-proses itu semua.

Tak sampai 15 minit, bayi saya dikembalikan semula pada saya. Saya minta nurse untuk buka semula kain bedung tersebut dan letakkan semula bayi skin to skin diatas dada saya, dan kain hanya menutup belakang bayi dan saya. Ketika itu, bayi saya baru mula menghisap dari dalam labor room sehinggalah saya berpindah ke wad.

12 jam selepas kelahiran:
Bayi saya sudah mula lebih banyak tidur daripada menyusu berbanding sejurus selepas kelahirannya. Hinggakan saya terpaksa mengejutkannya setiap satu jam. Oleh kerana saya sudah mengetahui bahawa pada 1-3 hari pertama hanya kolustrum sahaja yang dihasilkan dan kuantitinya hanya sedikit sahaja, jadi saya tidak mengharapkan susu yang akan keluar mencurah-curah pada ketika ini.

Saya hanya meneruskan sesi penyusuan dengan kerap iaitu minimum 8-12 kali sehari. Dengan jumlah kolustrum yang diterima itu walaupun 'sedikit' tetapi ianya sudah memadai dan mencukupi keperluan bayi ketika itu. Dan cecair kolustrum itu juga bertindak sebagai laksatif untuk menyingkirkan (bilirubin yang menyebabkan jaundice) melalui najis bayi.

24-48 jam seterusnya:
Saya masih lagi meneruskan penyusuan dengan seyakin-yakinnya. Kali ini dengan perasaan yang sangat rileks, tidak gusar adakah bayi saya ini mendapat cukup susu atau tidak, adakah bayi saya lapar jika dia menangis. Apa yang saya dapat bezakan, mungkin kerana kekerapan saya menyusukan membuatkannya kurang meragam berbanding azri dahulu.

Bayi saya yang ini agak kurang meragam (menangis) berbanding azri dahulu. Jika difikirkan secara logiknya, mungkin sesi kekerapan penyusuan diawal-awal kelahiran yang menyebabkan bayi saya kali ini 'lebih baik'. Bayi sentiasa dalam dakapan si ibu hampir sejam sekali membuatkanya lebih tenang.

Berbanding azri dahulu (dengan tiada ilmu), saya hanya tunggu dia menangis baru hendak diangkat, dan jika ia tidur melangkaui sehingga berjam-jam lama adalah satu perkara yang melegakan saya yang ketika itu tanpa saya sedari sebenarnya akan memberi impak besar didalam penyusuan dihari-hari seterusnya.

Selepas 3 hari:
Saya mula merasakan payudara mula membengkak dan ini menunjukkan susu matang telah mula terhasil selepas kolustrum. Dan ketika tempoh ini pengeluaran susu sangat tinggi sehingga kadang-kadangkala akan terjadinya engorgement atau bengkak payudara. Oleh kerana saya sudah tekad untuk tidak melibatkan apa-apa alatan pemerahan, botol dan seangkatannya, saya cuma tuam dan 'paksa' anak saya menyusu juga, hihi! Mujur dia mahu menyusu dan bengkak dapat dilegakan tanpa perlu memerah. Saya sudah berkira-kira jika masih bengkak lagi saya akan cuba untuk perah tangan sahaja.



Alhamdulillah izzet akan genap 2 bulan pada 25 Jun ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Dari bergelar EP dahulu, kini saya tidak lagi EP, mudah-mudah sehingga seterusnya. Buku EP telah ditutup dan 'My EP Stories' akan tetap menjadi diari dan kenang-kenangan buat saya dan menjadi bukti kegigihan seorang ibu suatu ketika dahulu yang memerah siang dan malam untuk membekalkan susu ibu dengan botol pada anaknya sehingga hampir 2 tahun.

Satu pengalaman yang tidak ternilai harga, bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman itu, berpeluang untuk merasai perasaan seseorang ibu yang tidak dapat menyusukan anaknya, perasaan betapa sukarnya untuk memujuk anak kembali menyusu dan berputus asa, perasaan yang sentiasa terusik apabila setiap kali terasa seakan tiada 'bonding' dek kerana tidak dapat menyusukan anak secara terus setiap kali membaca, melihat, terdengar tentang faedah-faedah penyusuan susu ibu, walaupun hanya minum susu ibu didalam botol.

Kesemua pengalaman dan perasaan-perasaan tersebut menjadikan perspektif penyusuan saya lebih luas didalam memahami pelbagai masalah penyusuan yang dihadapi oleh ibu-ibu diluar.

Nak let-go lagi

Ada beberapa barang lagi yang saya nak letgo selepas lama tersimpan. Sebab saya ni ada sindrom suka simpang barang, walaupun barang tu tak digunakan lagi. Bukan apa, saya selalu ada perasaan yang 'mungkin satu hari nak guna ka balik barang tu' nanti dah takda, nyesal je huhu.

(kiri dalam plastik, RM50 termasuk postage. )

Item pertama yang saya nak letgo adalah Alfio Raldo Cooler bag. Cooler beg saya ada dua lagi. Sangat suka cooler beg ini. Dah banyak berjasa sepanjang saya menjadi pemerah tegar dahulu. Sesuai lah dengan ibu-ibu yang EP macam saya, yang nak kena bawa segala botol yang banyak kalau nak outing satu hari. Yang sebelah kanan tu, saya punya. Yang sebelah kiri dalam plastik tu extra cooler bag baru yang belum digunakan lagi.

(Status: Sold)

Ruang sangat luas boleh memuatkan lebih kurang beberapa biji botol air mineral 1 liter tu. Satu lagi, insulated foam layernya sangat tebal, dan dapat mengekal suhu sejuknya dalam tempoh yang lama.

Saya jenis yang cepat risau kalau ebm tak berapa sejuk dalam tu, sebab tu saya suka letak ice pack lebih banyak dari ebm, hihi! Kalau saya bawa 3-4 boto ebm menggunakan beg ni. Saya akan letak satu ketul icepack brite ice yang besar tu bersama-sama dengan tecni ice sekali.

Oleh kerana ruangnya sangat besar, saya akan balut ebm-ebm tu bersama-sama icepacknya sekali dengan napkin untuk mengecilkan ruang dan sekaligus mengekal suhu sejuk dalam tu. Selepas tu, ruang atasnya barulah saya letak botol-botol kosong dan juga corong pam dan saya letak air mineral sekali sebotol dalam tu, hihi!

(RM100 termasuk postage dan saya beri 2 biji storage botol BPA-free Safety Plus)


Item yang kedua, saya nk letgo breastpump I-spectra. Pump yang kedua saya beli selepas spectra, kununnya senang nak pump dimana-mana sebab boleh guna batteri dan masa tu kunun nak jimat juga taknak beli FS lagi. Saya tak guna langsung pump ni. Saya hanya cuba untuk beberapa kali sahaja, tak tahu kenapa pump ini tidak serasi dengan saya. Lepas dah give trying, saya masuk balik kotak dan teruskan pakai spectra sehinggalah ada duit lebih skit baru beli FS.

(Status: Sold)

I-spectra ini jenis single pump sahaja. Dan boleh beroperasi samada menggunakan adapter plug atau 4 ketul bateri AA. Berapa lama boleh tahan guna bateri ni, saya tidak pastik sebab saya tak pernah guna. Saya cuma guna corongnya sahaja selepas corong S3 saya patah. Tapi saya dah beli extra Breast shield pastu, tapi tak guna-guna. Cuma breastshield ni bukan jenis yang ada backup untuk backflow seperti corong asalnya.

So kena hati-hati kalau backflow sebab i-spectra ini jenis digital, sekali backflow terus out tak macam s3, klu backflow sekali kadangkala masih boleh beroperasi lagi. Kalau nak selamat kena beli filter spectra yang ada dijual di kedai-kedai aksesori penyusuan.

Untuk sebarang pertanyaan boleh email saya di hayatiehashim@yahoo.com

Jom ke SGM Susuibu.com ke-6


Assalammualaikum semua,

Jom kita meramaikan perjumpaan kumpulan sokongan Penyusuan Susu ibu (SGM) yang ke-6 pada kali ini seperti SGM yang lepas2. Tajuk kali ini adalah There's a New Baby in Your Life.

Tarikh: 26th Jun 2011
Lokasi: Tasik Cempaka, Bangi
Waktu: 9pagi-10pagi
Konsep: Pot Luck (sapa2 yang datang silalah bawa juadah yer)

Tajuk yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama terutama yang baru mendapat cahaya mata yang pertama dan seterusnys dan sudah tentu mempunyai pelbagai persoalan dan pengalaman yang ingin diaju & dikongsi bersama. termasuklah saya

Semua dijemput untuk menghadiri perjumpaan sesi perkongsian kumpulan sokongan ini beramai-ramai. Bagi yang ingin hadir, sila lah update kedatangan dan menu pot luck di forum susuibu.com

Angan-angan

Dalam satu perbualan bersama encik suami didalam kereta semasa dalam perjalanan bersiar-siar (sambil melihat deretan kedai-kedai yang baru dibuka disebuah kawasan perniagaan):

Saya: Awak, kalau diberi modal RM200k dan sebiji kedai, bisnes apa yang awak nak buat?
Suami: Saya nak buat kedai 'Road Furniture'...
Saya: Hahhhhh???!??.............Hmmmmmmmmm.....


Apekaaja&*@^&hhnya road furniture itu? Perabot jalan? Sebab bila dengar perkataan perabot, yang terbayang dalam kepala saya adalah almari baju, katil, kerusi etc, hihi! Siapa suruh tanya kontraktor, dah sah-sah itu lah bidang kerja yang bermain dalam kepala, hahaha!

Street furniture is a collective term for objects and pieces of equipment installed on streets and roads for various purposes, including traffic barriers, benches, bollards, post boxes, phone boxes, streetlamps, traffic lights, traffic signs, bus stops, grit bins, tram stops, taxi stands, public lavatories, fountains, watering troughs and memorials, and waste receptacles. An important consideration in the design of street furniture is how it affects road safety.
[Sumber:Wikipedia]

(Gambar hiasan)

Kalau nak dengar jawapan kepada angan-angan yang sama dalam hati dan kepala ini, sila tanya pula dengan orang yang 'satu line' pula., kih kih!Entri tiada motif, hehe!

Soft Structured Carrier

Ramai yang tanya saya mengenai SSC ini atau nama yang lebih panjang dipanggil soft structured carrier. Ianya adalah salah satu jenis 'babywearing gears' selain daripada pouch, ring sling, wrap, mei tai dan sewaktunya dengannya. Apa-apa jenis pun adalah mengikut keselesaan dan kesukaan individu tersebut.
Bagi saya yang tidak reti 'ber-ring sling' ini selain daripada pouch, saya lebih gemar menggunakan SSC ni. Bagi yang tidak tahu SSC ini bagaimana, ianya masih diperbuat daripada fabrik juga (bodynya sama seperti mei tai) cuma ianya menggunakkan buckel seperti dalam gambar diatas.

Selain daripada itu, saya lebih gemar menggunakan SSC sebabnya suami saya pun boleh memakainya sekali. Kalau jenis RS atau pouch, encik suami agak keberatan nak memakainya, hihi!.

Selepas tak larat kendong azri dalam pouch lagi, saya terus beli SSC. Jenama pertama yang saya beli adalah Jumpsac. Kemudian, terjebak beli SSC yang kedua iaitu ERGO. Yang ni memang pembelian saya yang paling puas hati. Body panelnya diperbuat daripada fabrik organik cotton memang sangat lembut. Kemudian saya sambar juga SSC Pognae, sebab obsess juga dengan corak camo, hihi!

Jadi, bila dah ada baby ni, saya teringin pula nak cuba RS, memula tu teringin juga nak ber-wrap. Tapi saya dapat rasakan yang saya akan pakainya tak lama sebab saya dan anak-anak jenis cepat berpeluh, termasuklah lah baby baru ini, hihi! Konpem pakainya sekejap sahaja ditambah dengan cuaca yang asyik panas.

Kemudian saya beli lah RS, yang murah-murah je dulu nak cuba-cuba pakai. Tapi terjadi saya agak kurang pandai nak pakai untuk newborn ni. Nampak macam senang tapi terkial-kial, baru nak ejas-ejas, anak saya dah melalak pula. Sudahnya saya simpan semula.

Akhir sekali saya beli je infant insert. Saya tergerak nak beli selepas melihat video ini di youtube.




to ensure that their newborn is positioned correctly on the pillow, keeping pressure off the developing sacrum, and supports the development of the spine and hips


Mula-mula letakkan baby atas insert ni dulu. Kusyen yang ada dibelah bawah punggungnya bertujuan untuk mengurangkan pressure pada tulang belakang dan pelvik semasa bayi di letakkan didalam carrier tersebut.


Pastu terus zaaas bersiar-siar. Masa ni, izzet dah jaga, dia excited mendongak ke atas tengok lelampu bagai tu, tu yang nampak terlentok tu..

Kalau dia tidur, dia akan berposisi begini. Cozy kan?, hehe!

Kat mana saya beli semua ni? Ada dijual di tinytapir.com dan juga online store yang lain atau google search sahaja 'soft structured carrier malaysia' . Harap dapat menjawab persoalan wizana, fazidah dan hanum... ;)

Mengenjut Bayi (Rocking baby)

Saya perasan, izzet lebih mudah tidur sewaktu saya memegang,mengendong dan sebagainya. Dalam erti kata lain, kena angkat lah. Pendek kata, dia akan tertidur jika terasa pergerakan. Berbanding kalau saya letaknya diatas tilam atau dalam keadaan yang statik, dia akan sering terjaga.

Mengikut pembacaan saya di internet mengenai mengenjut bayi (rocking the babies) ini, rata-rata mengatakan bayi lebih mudah tertidur dalam posisi yang bergerak-gerak (rocking motion) kerana terbiasa semasa didalam kandungan kita sentiasa sentiasa bergerak kan.



Sebab itu kesan pergerakan ini bukan sahaja memberi kesan pada bayi malah juga orang dewasa, sebab itu adakalanya kita sering tertidur semasa menaiki kereta, didalam bas dan sebagainya, hihi!

Saya ada terbaca juga artikel-artikel lain tentang bagaimana untuk mengajar bayi untuk tidur sendiri tanpa perlu mengenjut, mendodoi dan sebagainya. Menurut artikel tersebut perbuatan mengenjut/mendodoi ini akan menjadi habit kepada bayi dan bayi akan sentiasa perlu dibuat begitu setiap kali untuk menidurkanya.

Satu artikel yang bagus juga untuk pembacaan mengenai isu ini adalah 'Sleep Associations- Is Rocking Your Baby Harmful?

Jadi, adakah perbuatan mengenjut bayi untuk menidurkannya menjadi suatu masalah? Ianya terpulang kepada family itu sebenarnya. Ianya mungkin menjadi masalah jika perbuatan itu melecehkan atau menghadkan aktiviti lain bagi orang yang menjaganya.

Bagi saya yang surirumah sepenuh masa ini, saya tidak kisah kaedah apa pun yang penting apa yang terbaik yang membolehkan anak saya tidur dan saya dapat membuat kerja lain sementara dia akan terjaga dalam masa beberapa jam lagi. Malam tidak menjadi masalah kerana co-sleeping membuat bayi lebih mudah tidur berbanding diwaktu siang. Jadi diwaktu saya perlu menggunakan kaedah2 lain untuk menidurkannya.

Semasa azri dulu, saya menggunakan buaian. Orang kata kalau tidur berbuat kemana-mana perlu diusung buai itu, namun alhamdulillah azri mudah tidur pula bila balik kampung, bercuti dan sebagainya, tidak perlu bawa buai itu.

Untuk adiknya pula, saya tidak berpeluang langsung untuk menggunakan buai sebab dah jadi bahaya bila azri sering nak 'tolong' membuai sekali. Dan bagi saya ianya lebih bahaya jika nak meletakan bayi didalam buai jika ada kanak-kanak yang lebih besar yang belum faham istilah bahaya.

Kadang-kala saya gunakan kerusi ini. Tetapi jarang juga, sebab bila duduk disini, saya tidak dapat mengadap laptop, hihi!

izzet@1 m.o, 5.2kg

Jadi, saya selalu buat begini, letak baby atas lutut dan goyang selow-selow sambil 'online' sekali, hihi! Tapi risau juga kalau ada effect dengan perbuatan macam ini. Semasa search artikel mengenai kesan mengenjut bayi (rocking), saya terjumpa artikel mengenai 'Abusive Head trauma (shaken baby syndrome)' yang mengatakan:

Normal interaction with a child, like bouncing the baby on a knee, will not cause these injuries. It's important to never shake a baby under any circumstances.

Lega lah juga bila dah tahu. Apa yang boleh saya simpulkan dari pembacaan beberapa artikel mengenai perbuatan mengenjut bayi ini rata-rata memberikan kesan positif dalam usaha untuk menidurkan bayi cuma perlu dengan alatan dan teknik yang betul. Jika memilih buai, pastikan buaian itu mempunya ciri-ciri keselamatan dan digunakan dalam persekitaran yang selamat (ie, perlu dalam pengawasan daripada anak-anak yang lebih besar dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)