Nak let-go

Sedang dalam mode nak meng-clearkan barang-barang yang tidak perlu lagi. Ada beberapa item yang saya nak letgo seperti berikut:

(Status: Learning without tears-Available, Expectant Dad's survival Guide-Sold)

Item 1: Extra copy buku yang saya beli di BBW tahun lepas. Tajuk 'Learning Without Tears' yang beli RM8 sahaja. Tak termasuk pos yer. Yang sebelah tu dah takda.

(Status: Sold)
Item2: Ring sling Palm & Pond yang saya beli bulan lepas, kunun nak belajar2 guna. Tapi tak berjaya dan saya memang tak reti pakai tanpa tunjuk ajar orang, terkial-kial, hihi!Sudahnya saya tak pakai pun. Last2 saya guna SSC je lagi senang, beli infant insert. Saya beli tu RM69, saya nak letgo RM38 termasuk pos. :)

Siapa yang nak boleh email saya hayatiehashim@yahoo.com. Ok nak sambung sorting barang-barang lain hehe!

Snap Plier & Baiki CD


Hati gembira kerana barang yang saya order dari Tiny tapir sudah pun sampai. Salah satunya adalah snap plier ini. Ada 2 jenis snap press yang dijual, yang jenis plier dan satu lagi jenis yang macam mesin tu, rege lebih kurang RM200. Mengenangkan bajet pun ciput dan saya ni dah lah jenis jarang-jarang nak menggunakannya pun.

Jadi saya beli yang jenis plier ini lah, murah je RM39.90 (tidak termasuk butang). Jadila, untuk kegunaan sekali-sekali-sesak-sesak nak letak snap kat hasil jahitan ke, adalah alatannya.



Siap tengok video ni tentang cara-cara nak gunanya, huhu!

Ok, untuk permulaan test power snap plier ni, saya cuba baiki CD lama azri dengan meng-convert velcro kepada snap. Sebab velcro tu pun dah keras dan tak lekat kuat dah. Wah, saya jaki sekejap! Lepas ini nak buat cloth pad semula la (aura menjahit sudah tiba, kih kih!)

My Breastfeeding Pet Peeves

Saya amat tertarik dengan salah satu nota yang ditulis oleh Dr Jack Newman di Facebook beliau yang bertajuk 'My breastfeeding Pet Peeves'. Sebelum itu Pet Peeves bermaksud rungutan atau benda-benda yang sering menjadi rungutan, membuat seseorang sakit hati, sering diperkatakan dan sebagainya didalam sesebuah perkara. Untuk makna lanjut boleh rujuk thefreedictionary.com atau google search.

My breastfeeding pet peeves - Jack Newman, MD

1. Nipple shields. Worse than useless because they do harm most of the time

**Untuk penerangan lanjut mengenai kebaikan & keburukan mengenai penggunaan nipple shield ini boleh baca di laman web La Leche League International (LLLI)-Nipple Shield..Friend or Foe?

2. Feed 10 minutes on each side

3. Feed on just one breast at each feeding. No, "finish" one side and if the baby wants more, give him the other.

4. There is nothing in breastmilk after 6 months (1 year, whatever)

5. Your 5 month old baby is not gaining enough so start formula. No, don't give solids until 6 months. Aarrgh!!!

6. You've done enough by breastfeeding him for 3 months; now go to formula because it's better.

7. You must feed formula to a year even though he's taking a wide variety of solids in ample amounts


8. Premature babies cannot start on the breast until 34 weeks gestation.

9. Test weighing

**'Test weighing bermaksud, menimbang bayi sebelum dan selepas menyusu untuk mengetahui jumlah kadar susu yang diterima oleh bayi semasa menyusu. Untuk pembacaan lanjut mengenai test weighing boleh baca laman web LLLI-Is Weighing Baby to Measure Milk Intake a Good Idea?

10. Premature babies all need fortifiers

*Fortifiers adalah sejenis formula khusus untuk bayi pra-matang. Untuk pembacaan lanjut mengenai keperluan Fortifiers untuk bayi pramatang ini, boleh baca artikel dari dari laman web Newman Breastfeeding Clinic & Institute (NCBI)-Breastfeeding The premature Baby.

11. Premature babies all need fortifiers even once they are breastfeeding well

12. Breastmilk in a bottle is as good as breastfeeding. No, actually, breastfeeding is much more than milk.

13. United States maternity leave. Piss poor. Canadian mothers have 52 weeks, paid, though at very low rates.

14. Formula company advertising. Unethical, untrue and malicious.

**Boleh ke entri saya mengenai pelbagai taktik dan strategi pengeluar2 susu tepung dalam mengeksploit tanggapan pengguna mengenai infant feeding, International Baby Food Action Network (IBFAN)-Sekitar bengkel 'Code of Ethics'.

15. The European parliament for agreeing with Mead Johnson that their formula is equal to breastmilk. If you live in Europe, let them know what you think about this.

16. There is no such thing as nipple confusion. How can anyone not see that giving bottles will cause problems? It's not the baby who is confused. If the baby gets slow from the breast as they do in the first few days, especially if the baby is not latching on well, and then gets fast flow from a bottle, the baby doesn't have to be Einstein to figure it out.


**Sewaktu membaca artikel ini, saya senyum seorang membayang intonasi beliau jika menerangkan sesuatu perkara. Beliau seorang yang jenis bersahaja dan sering membuatnya menjadi sesuatu yang lucu sewaktu menerangkan sesuatu perkara itu. Pengalaman sewaktu mengikut Susuibu International Lactation Conference di Putrajaya tahun lepas.


Sarapan pagi


Ini sarapan pagi untuk orang yang baru 32-hari berpantang, hokeh! Sandwich burger dengan telur, tempura nugget ayam dan kentang goreng. Ohh, ini sarapan bersama untuk anaknya sekali tapi tengoklah siapa yang makan lebih nanti, kih kih!

Saya berpantang makan juga, tetapi saya tidak terlalu rigid dalam apa yang boleh dan yang tidak boleh dimakan. Semua pun bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Saya terbaca sebuah artikel daripada pakar sakit puan tentang panduan ketika berpantang. Menurutnya:

Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran..."


Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan. Begitu juga proses pemulihan.."


Kepercayaan memakan sesetengah jenis makanan seperti ikan berduri atau udang boleh menyebabkan bentan atau luka bernanah adalah tidak benar. Sebenarnya, luka yang bernanah yang disebabkan oleh jangkitan kuman adalah berpunca daripada jagaan kebersihan yang kurang memuaskan..."


Untuk pembacaan selanjut kalian boleh baca di artikel Waktu Pantang, Dr Hamid Arshat


MBfPC di Hari Belia 2011 Putrajaya





Bersempana dengan sambutan Hari Belia 2011, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan mengadakan booth pameran penyusuan susu ibu serta sesi khidmat bimbingan percuma daripada para pembimbing Ibu Menyusu (PIM)/Peer Counselor (PC). Di jemput semua yang ingin mendapatkan maklumat penyusuan dengan lebih lanjut atau ingin menyertai komuniti MBfPC sebagai sukarelewan PIM/PC boleh lah datang ke booth MBfPC pada hari tersebut. Maklumat mengenai booth MBfPC di Hari Belia 2011 adalah seperti berikut:

Tarikh: 27-29 Mei 2011
Tempat: Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.
Waktu: 9am - 6pm


Jom semua para PC untuk turun padang untuk memberi khidmat bimbingan dalam penyusuan disana. PC yang ingin volunteer diharap dapat memberi nama kepada nurain@susuibu.com untuk pembahagian jadual syif selanjutnya.

Saya pun begitu teruja sekali untuk bersama-sama, dah lama rasanya tidak aktif didalam aktiviti penyusuan dari semenjak tempoh pregnant hingga hari ini. Insyallah kalau diizinkan oleh boss (dah lebih 30 hari berpantang ni, hihi!) saya akan menyinggah kesana.







Ergo Infant Insert

Sejak saya beli SSC Ergo tahun lepas, memang tiada apa pun yang dapat menandingi kepuasan hati saya memilikinya, chewahh! Pertama-tama kali menyentuh kainnya sahaja, saya sudah jatuh hati dek kerana kelembutan kainnya yang diperbuat daripada 100% organic cotton, lebih lembut dari cotton.

Kali ini, bertambah-tambah sayang lagi dengan Ergo ni sebab boleh angkut newborn juga dalamnya. Cuma kena beli infant insertnya sahaja. Saya baru test drive infant insert yang baru sampai tadi. Ergo infant insert ini kepunyaan nik, saya pinjam untuk test drive sebelum saya beli.


Dapat-dapat tadi terus menerai masukkan izzet. Wow, sangat best. Izzet siap tidur terus dalam tu, huhu! Cuma yang kurang bestnya kalau nak BF agak susah sedikit dalam ini untuk Newborn. Boleh BF kalau guna SSC ini tapi perlu dalam upright position. Maksudnya bayi itu dalam keadaan tegak seperti itu juga lah. Kalau newborn yang kepala belum kuat lagi, agak sukar. Tapi tak kisah lah, janji ssc ini boleh diutilize sepenuhnya, bagi saya yang fail nak guna ring-sling,huhu!



Selepas keluarkan baby terus letak, insert tu boleh jadi travel mattress juga. Series lena izzet tidur, dah turunkan pun tak sedar lagi. Esok 25hb genap izzet sebulan. Kejap je rasanya.



Selepas seharian saya test-drive infant insert itu, konfem saya nak beli yang ini, warna beige hokey! konpidennya, sambil seluk poket. Waktu berpantang ni tangan jadi laju jer nak click-add-to-cart, huh!



Kek Batik hari ke-2

Tak sampai 48 jam pun, ini lah yang tinggal, huhu! Dalam rumah saya cuma ada 2 dewasa (saya dan ibu, encik suami di BP) 1 kanak-kanak, 1 bayi. Habis dah se-tupperware. Lain kali nak buat seloyang terus. Stok untuk seminggu. Siapa yang 'hantu' kek batik ni, hihi!

Kek batik

Tiba-tiba terasa nak makan kek batik, selepas ternampak entri kek batik semasa menjelajah dari satu blog ke satu blog! Saya memang penggemar kek batik, tapi percaya kah yang saya tak reti buat sendiri, huhu. Pernah saya cuba buat sekali ikut satu resepi mana tah, dia jadi keras macam batu pula. Lepas fedup nak cuba lagi (malas pun ada, hihi).

Wah baru 29 hari berpantang nih, terus buat kek batik pula itu belum cerita hari-hari yang sebelumnya saya keluar kesana-kemari buat itu ini, huhu. Saya rasa makin bertambah anak, makin berkurang pula waktu berpantang saya.

Bahan-bahannya cuma 2 cawan milo/koko (sebab rumah saya tak milo, yang ada cuma serbuk hot choc je, belasah aje), 1 cawan air, 1/2 cawan susu pekat, 1/2 biji butter, 2 biji telur dan sepeket biskut marie. Resepi saya ambil dari sini.

Selalu dengar orang kata senang je buat kek batik ni, saya pun ingat2 lupa resepi yang saya belajar masa kat persatuan pandu puteri sekolah dulu. Mula-mula masukkan koko,air, susu, butter dan telur tadi kacau2 sampai sebati, lepas tu masukkan biskut marie yang dah dipecah2kan tu, gaul lah sampai rata.



Pastu masukkan dalam bekas plastik, dimampatkan kemudian terus disejukkan dalam peti ais bagi dia keras. Saya terus masukkan kat bahagian beku, sebab tak sabar nak makan punya pasal, kih kih!.

Inilah hasilnya.

Apa kata juri professional ini? ..heheh!

Lepas ni tak payah beli yang dah siap. Masa bulan puasa yang lepas, saya asyik beli kek batik je hari-hari. Satu keping 50 sen. Tapi bukan lah kat pakcik dalam gambar tu, hihi!

Almari

Apa sudah jadi! Belakang pintu bilik saya sudah hampir menjadi stor mini pula dengan longgokan beg plastik. Ibu saya pun pot-pet setiap kali masuk kebilik melihat bungkusan plastik itu. Buku-buku yang saya nak baca pun kena bungkus juga. Sebab kalau tidak azri tolong 'bacakan' sekali.

Tu semua kain-kain yang belum berjahit yang saya beli, beli beli dan beli. Setiap kali ke kedai kain asal jumpa yang berkenan je pasti saya beli, buatnya tidak lagi. Buku-buku pun kena bungkus juga. Takda almari nak letak dah barang-barang ni semua. Lepas bersalin, mode nak menjahit belum datang lagi, huhu!

Abaikan lipatan-asal-boleh itu,hehe!

5-tier utility shelf yang telah saya convert menjadi almari baju azri pun sudah penuh. Saya suka style ini, memang jimat ruang. Dulu saya bercadang nak beli almari baju kanak-kanak tapi kebanyakannya semua yang agak besar.

Belum campur baju-baju izzet lagi, buat masa ini baju-baju baru satu bakul sahaja, kih kih! Tu yang saya berangan nak beli utility shelf lagi kali ini. Teringin nak perabot IKEA pulak lah.

Kalau yang ini, jimat ruang sedikit. Atas boleh letak buku, bawah letak baju-baju izzet,cukuplah hihi!. Boleh letak sebelah utility shelf yang lama saya tu.

Yang ini pun best juga. Nak ajak encik suami ke IKEA lah.

Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Zon Utara

Kepada ibu-ibu yang mempunyai semangat dan minat mendalam dalam penyusuan susu ibu dan suka membantu rakan-rakan, saudara-mara dalam hal ehwal penyusuan, anda semua digalakkan untuk menyertai bengkel latihan Pembimbing Ibu Menyusu atau Peer Counselor yang bakal diadakan di Zon Utara pula. Maklumat bengkel latihan adalah seperti berikut:

Tarikh : 10-12 Jun 2011
Lokasi : WNS Homestay, 2175-A, Jalan Mahkota, Off Jalan Stadium, 05250 Alor Star, Kedah.
Masa: 8.00am-6.00pm
Yuran penyertaan: RM100

Bagi yang berminat untuk menyertai bengkel latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

1) Nama
Ii) alamat
Iii) nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

Pihak pengurusan akan menghantar semula e-mail permohonan penyertaan berserta borang-borang pendafaran yang perlu diisikan kepada yang telah menghantar butiran diatas.

Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengel latihan ini. Maklumat selanjutnya mengenai bengkel latihan akan diumumkan melalui e-mail jemputan penyertaan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.

Minta juga, kalian panjang-panjang makluman ini pada teman-teman lain yang mungkin berminat yer! Mari kita panjangkan lagi jaringan Pembimbing Ibu Menyusu ini agar lebih ramai ibu-ibu diluar yang dapat kita bantu. :)

Rugi-rugi..

Mesti kalian pelik apakah motif gambar cokelat ini. Dengan ini di isytiharkan bahawasanya saya tidak boleh lagi makan apa-apa makanan dan minuman yang berasaskan koko. Sebabnya badan saya telah mengalami perubahan cuaca sejak yang saya perasan dari mula saya mengandung tempohari.

Sebabnya, setiap kali saya makan koko/cokelat, saya akan S E M B E L I T huwaargh! Kadar ke-sembelit-an itu bergantunglah pada berapa banyak kuantiti koko yang telah saya makan/minum, huhu! Kalau hari ini pekena, esok atau lusa mesti saya tak masuk toilet dah. Jika saya berhenti makan, saya tidak kena pula. Tapi kadang-kadang sanggup juga 'merana' dikendian hari demi nak memuaskan 'selera' sekali-sekali tu. Warrgh, ruginya hidup kalau tak boleh makan cokelat, huhu!

Ex-EP'er


Kalau saya jawab didalam shoutbox ini memang tak muat lah jawabnya. :)

Ramai sebenarnya yang tidak tahu, terutamanya pada rakan-rakan yang baru terjumpa blog saya ini. Dan tak tahu lah kali keberapa ulangan cerita yang hendak diberitahu ini, hihi! Passion saya didalam penyusuan bermula apabila menghadapi kesukaran dalam penyusuan sewaktu kelahiran azri dahulu. Yang menyebabkan saya tidak berjaya untuk menyusukan dan akhirnya menjadikan saya seorang ibu yang hanya memerah sahaja. Namun pada masa yang sama, saya belajar dan mencari ilmu dalam penyusuan untuk dikongsi pada-pada ibu-ibu yang baru supaya tidak menghadapi kesukaran dan mengulangi kesilapan seperti yang saya alami dahulu.

Oleh kerana hendak memaintaikan pengeluaran susu, saya harus memerah sekerap bayi menyusu dalam satu hari, iaitu sekurang-kurang 8x sehari. Jadi, jika dicampurkan kesemua sesi pemerahan itu (termasuk siang & malam) dapat lah -+30 oz sehari :) Itu adalah jumlah untuk 8x sesi perahan!. Setiap orang berbeza kapasiti pengeluaran. Apa yang penting, beberapa pun jumlah yang dihasilkan, ianya telah disetkan untuk mencukupi keperluan bayi itu.

Begitulah aktiviti harian saya sehinggalah saya berhenti memerah padal usia azri 1 tahun 11 bulan tempohari kerana pregnant. Dan tercetuslah blog ini sebagai diari saya untuk merakamkan kisah pemerahan saya selama hampir 2 tahun ini. Bolehlah godek-godek entri lama dalam label 'My EP (exclusive pumping) Stories'. (Caution: Ada banyak gambar EBM dalam tu, huhu! )

Alhamdulillah, untuk anak yang kedua ini. Saya lalui penyusuan buat kali kedua dengan jayanya. Saya lakukan apa yang saya tidak buat dahulu, saya praktikan apa yang telah saya pelajari dahulu yang sebelum ini hanya dapat saya tunjukkan secara teori dengan ibu-ibu yang lain sahaja. Mudah-mudahan, ianya berterusan, amin!

Exam oh exam

Hari tu entri 'bila nak berCD semula', kali ini entri berbunyi 'bila nak start study semula', ekeke! Saya menghitung hari lagi. Diam tak diam tingal lebih kurang sebulan lebih je lagi sebelum tarikh exam. Saya belum mula mengulangkaji apa-apa pun lagi. Subjek e-learning yang saya ambil pada tahun lepas pun dah tak lekat dalam kepala lagi. Saya tiada motivasi langsung untuk membaca, (Tu belum kalau sambung master lagi, huhu!).

Sewaktu tengah berehat semasa mengandung haritu ada juga menyelak sehelai-dua, huhu! Lepas tu cadangnya, waktu pas bersalin nanti nak sambung semula, tapi hai-hai-bye-bye juga!, uwaargh!


Sebelum saya terima surat jawapan ini tempohari, mode nak study tuh ala-ala 50-50 juga sebab masih ragu-ragu adakah permohanan saya itu berjaya atau tidak. Kemudian selang beberapa minggu sebelum saya bersalin tempohari baru saya dapat jawapannya, alhamdulillah! Lepas satu langkah. Sekarang tinggal nak study sungguh-sungguh atau tidak je.

Bila mengenangkan hari-demi-hari sudah semakin hampir ke bulan July nanti (tarikh exam diadakan), saya dah mulai cuak sudah. Oleh kerana dah tepek ke sini, harus jadi motivasi saya untuk kembali study semula, huhu!

Dengar kata, examnya ala-ala susah juga. Kalau fail, harus encik suami tarikh muka nanti (sebab exam fee nih dia yang support!). Pastu terpaksalah re-sit semula tahun hadapan, huhu! Huh, tak boleh main-main dah kali ini. Harap-harap saya lepaslah, huhu!

Good luck also to all my fellow friends who will be seating for the exam this year! May Allah blessed and gives us guidance throughout this path!

Bila nak berCD semula?


Ni koleksi CD zaman batu saya masa azri dulu. Plain je semua, dolu-dolu kalau nak beli printed ala-ala mahal skit. Saya mula pakaikan azri CD start umur dia lebih kurang 4 bulan sehinggalah dia 1 tahun 11 bulan. Saya tidak berapa fanatik sangat nak menambah CD, beli cukup-cukup sampai boleh fully CD sudah cukup.

Berhenti pakai CD bila saya mula pregnant dan mabuk tak tahan nak cuci CD yang ada poo-poo. Lagi satu sepanjang hamil saya tak boleh renyah-renyah sangat kena banyak berehat. Sepanjang 9 bulan lah saya guna Disposable diaper (DD) semula.

Ingat lepas habis pantang ni, nak mula berCD dengan Izzet semula. Azri? saya tak pasti lah nak continue pakaikan dia CD atau tidak. Sebab 'hasil keluaran' dia macam tak ditampung dek CD tu lagi. Bayangkan tak sampai 2 jam saya perlu tukar CD dia, cukup satu hari penuh baldi saya, huhu! Insert pun perlu letak sehinggan 3 lapis yang tebal. Tong sampah saya dah bertambah penuh dengan DD kedua-dua anak ni.

Comel tengok CD yang baru-baru ni semua dah bercorak-corak kan. Geram jer saya nak tambah lagi, kali ni kalau boleh semua nak yang printed jer. Tapi takda makna lah berjimat kan, sedangkan CD yang lama masih boleh digunakan lagi, cuma boring dengan warna sahaja. Kata boleh guna CD dari abang hinggalah ke adik-adiknya, ni baru betul jimatkan, haha! Apa kata hantar refurbish sahaja CD-CD plain yang ada tu seperti letak sulaman kah, felt kah etc. Ada yang boleh bagi special price pada saya? kih kih!


Gigih abang Azri menolong saya bukakan butang dan keluarkan insert untuk di cuci. Mulutnya tak habis-habis sambil berkata "adik-nyee,adik-nyee".

Siap-siap untuk dicuci, penuh satu mesin. Cuma ada beberapa CD yang innernya sudah perang kerana kesan poo-poo. Bagaimana yer nak bikin ianya kelihatan gebu dan putih semula.

Alkisah tanda lahir

Ahmad Izzet dilahirkan dengan tanda lahir dimuka yang agak besar. Dari sebelah mata, turun ke sebelah hidung, sedikit di pipi dan juga di bawah hidung. Ianya membuat saya sedikit emosi & sedih diawal-awal kelahiranya apabila pediatrician yang memeriksanya mengatakan ianya adalah tanda lahir yang kekal.

Alhamdulillah setelah beberapa hari berlalu, saya sudah boleh menerima seadanya keadaannya dan tanda itu tidak mendatangkan sebarang rasa emosi pada saya lagi. Dalam pada itu, encik suami gigih membuat temujanji dengan beberapa pakar kulit (dermatologist) di beberapa hospital pakar untuk mendapatkan pandangan.

Dalam masa 16 belas hari ini, sudah 4 orang pakar kami temui untuk mendapatkan pandangan, dan masing-masing memberikan pelbagai jawapan yang berbeza-beza. Mula-mula kami membuat temujanji dengan pakar dermatologist dari Ampang Puter1, kemudian beliau me-refer pula kami ke pediatric surgeon disitu atas alasan apabila melibatkan kanak-kanak adalah lebih baik berjumpa dengan pediatrician.

Temujanji dengan Pediatric surgeon tersebut juga memberikan jawapan yang agak berbeza dari apa yang telah kami baca di internet. Menurutnya, terlalu awal untuk mengenal pasti tanda lahir tersebut, samada ianya jenis Port Wine Stain atau pun Hemangiomas (Kedua-kedua istilah ini adalah jenis-jenis tanda lahir yang telah kami gugel & baca di Internet). Menurutnya lagi, seelok-eloknya adalah menunggu sehingga bayi besar untuk memulakan rawatan laser dan rawatan tersebut juga perlulah ditimbang-tara samada benefits outweigh the risk and vice versa bla bla bla...


Venual Malformations (Port Wine Stains) are always present at birth and can range from pale pink to dark purple in color. In the past these lesions were erroneously called "capillary hemangiomas."The cause has been recently associated with a deficiency or absence in the nerve supply to the blood vessels of the affected area. If the nerves are absentor defective, the vessels will continue to dilate and blood will pool or collect in the affected area. The result will be a visible birth mark.

[Sumber: Port Wine Stain, Vascular Birthmark Foundation]


Dan beberapa sesi temujanji dengan beberapa dermatologist juga memberikan jawapan yang lebih kurang sama dan ada juga yang kata rawatan laser yang dicadangkan apabila bayi telah berusia 4-5 tahun. Dan ini cukup berbeza dengan pembacaan yang kami baca mengenai rawatan tanda lahir jenis Port Wine Stain terutama dalam laman web Vascular Birthmark Foundation. Di mana, didalam forum tersebut, ada ibu-bapa yang telah memulakan rawatan seawal usia sebulan.

Menurut pembacaan kami disitu, lagi awal rawatan laser dibuat, kebarangkalian untuk tanda tersebut hilang adalah lebih mudah dan cerah. Dan hasil dari cadangan ibu-bapa disitu agar merujuk dengan pakar yang tepat iaitu pediatric dermatologist. Dan hasil dari carian saya di internet membawa kami kepada pediatric dermatologist yang berada di Damansara Specialist.

Beliau juga adalah deputy chairperson bagi Persatuan Dermatologi Malaysia. Penerangan doktor ini sangat bagus dan jawapan yang diberikan bertepatan dengan apa yang telah kami baca. Doktor juga mengesahkan bahawa tanda lahir Ahmad Izzet adalah jenis Port Wine Stain. Menurutnya, rawatannya memerlukan mesin khas iaitu jenis Vascular Laser bla bla (Lupa dah!). Dan mesin itu cuma ada di HKL, Tropicana Medical center dan juga Prince Court. Tapi beliau mencadangkan kami ke HKL kerana doktor disana adalah pediatric Dermatologist (dan merupakan kawan beliau). Surat referal ditulis beliau dan temujanji kami di HKL di tetapkan pada 16 Jun ini.


Saya tidak lah berharap yang ianya akan hilang 100%. Jika dengan rawatan ini, ianya dapat dikurangkan pun saya sudah bersyukur. Saya agak sedih bila membayangkan di masa hadapan kelak, takut-takut ianya akan mendatangkan perasaan rendah diri, tidak yakin atau malu dengan kawan-kawan, huhu! Semoga Allah memberkati dan mempermudakan urusan kami, Amin!

13 hari

Sudah masuk hari ke-13 saya berpantang. Pengalaman berpantang kali ini berbeza dengan azri. Rasa sakit tempat jahit seakan lebih cepat hilang. Rasa penat, tak cukup tidur, stress, etc seakan tiada kali ini. Mungkin mental sudah bersedia dan pengalaman pertama banyak memberi pengajaran agar dapat menempuh kali kedua ini dengan lebih mudah. Saya dah berangan nak no.3 pula ni, buleh!


Nama adik azri yang baru sahaja didaftarkan. Kali ini pilihan encik suami pula, huhu! Waktu Ahmad Azri Azzuri dahulu, encik suami dalam mode italiano. Waktu adik azri, mode Turki lah pula, huhu!


'Perkenalan' si abang dan adik sepanjang 13 hari. Azri tepuk-tepuk, cium-cium kepala adik, pegang-pegang tangan. Begitu lah sehari-sehari. Cuma kami perlu awasi ketika dia berhampiran dengan si adik. Pernah sekali dia 'terduduk atas adiknya' sebab melompat-lompat atas katil. Nak luruh jantung saya, huhu! Kemudian ada sekali tu, sedang saya menyusukan sambil baring, dari belakang tiba-tiba melayang sebiji buku jatuh betul-betul atas adiknya lagi. Mujur buku nipis, haishhh!


Ini tengah tiru gaya saya menyusukan adiknya. Siap-siap letak bantal dan selak baju lepas tu minta saya letak adik atas bantal tu sambil kata "..adik, sap susu-sap susu!". Selagi saya tak letak adiknya atas tu, dia tak puas hati. Layankan lah jap, huhu!

Kuning

Seperti biasa, baby kali ini memang tidak terlepas juga dari terkena kuning. Masuk hari ketiga kekuningannya dah mula terserlah. Tapi saya tidak lagi ke hospital untuk check darah. Dalam hati masih gusar adakah baby kali ini akan ditahan diwad juga untuk rawatan fototerapi seperti azri dahulu. Saya hanya terus menyusukan dengan lebih kerap sehinggalah hari ke-7, selepas jururawat masyarakat datang ke rumah dan menyuruh saya ke hospital untuk check tahap kuningnya.
Hari ke-7,8,9 tiga hari beturut-turut saya berulang-alik ke hospital untuk mengambil darah dan memeriksa tahap kuningnya. Yang membuatkan saya sedikit lega apabila pada pertama kali ke hospital tahap kuningnya adalah 15.6, mujur tak ditahan ke wad. Keesokan harinya turun 14.3 dan esoknya lagi 11.2. Saya perlu membawanya semula pada hari jumaat ini sekali lagi untuk bacaan yang terkini. Alhamdulillah, kuningnya turun agak cepat berbanding azri dahulu.

Ini kerana, semasa azri dahulu saya tidak kerap menyusukannya. Dan telah di supplement dengan air masak dan juga botol semasa saya berada dalam konflik 'tidak ada/keluar susu' lagi semasa minggu pertama, huhu! Dan paras kuning sangat tinggi, pada hari ketiga kelahirannya bacaannya telah mencecah 19.0, kemudian turun sedikit sangat dan kadang-kala ianya naik semula.
[Sumber: Anne Smith, IBCLC]

Oleh sebab itu, kali ini saya sudah pasangkan niat, azam dan keyakinan akan terus menyusukannya sejurus sahaja selepas kelahiranya walauapapun terjadi! Ingat tak artikel Jaundice dari Anne Smith, IBCLC yang saya tepek di entri blog beberapa minggu yang lepas memang betul-betul memberi gambaran yang jelas mengenai Jaundice.

Saya praktikkan apa yang disarankan dalam artikel tersebut bahkan didalam bacaan-bacaan yang lain juga. Yang paling penting, saya harus pastikan bayi saya membuang air besar dengan kerap sekurang-kurangnya lebih dari 2 kali, kerana kekerapan berak akan merendahkan kadar bilirubinnya.

Oleh kerana bayi yang kuning ni akan lebih kerap tertidur dari menyusu, saya berusaha untuk memastikan dia sentiasa dibangunkan untuk menyusu setiap satu jam sekali. Alhamdulillah, kadar kuningnya turun sehingga 11.2 dalam masa 9 hari berbeza sewaktu azri dahulu yang makan bermingu untuk turun sehingga ke tahap itu.

Berpantang dan menyusukan kali ini telah membuktikan kepada ibu dan mertua saya bahawa bayi saya kali ini berbeza dari semasa azri dahulu yang kerap menangis dan meragam semasa dalam harinya sehingga mereka menyangka cucu mereka tidak cukup susu. Mungkin kerana kesan dari pemulaan penyusuan, sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahirannya dan juga di tambah kekerapan penyusuan yang lebih kerap. Menjadikan bayi saya lebih tenang dan kurang meragam kerana sentiasa berada dalam dakapan ibunya. :)

Gambar azri sewaktu rawatan fototerapi di NICU Hospital Kajang pada hari ke-3 selepas kelahirannya.

Penyusuan kali kedua

Saya telah merasmikan bantal menyusu buatan sendiri, hihi! Sudah beberapa hari baru saya teringat yang saya ada buat bantal menyusu ni. Walaupun cuttingnya agak kecil sedikit dengan saiz pinggang saya, sebab saya terus ikut bulat2 template nursing pillow yang saya ambil dari internet.
Boleh tahan juga la menyusu guna bantal gini. Tak lenguh tangan nak ampuh baby kan. Sudah masuk 7 hari saya menyusukan baby sepenuhnya. Alhamdulillah, saya lakukan apa yang saya tidak buat semasa azri dahulu.

Akhirnya saya dapat praktikkan apa yang saya pelajari sebelum ini. Saya yang selama ini hanya dapat memberikan tunjuk ajar dalam penyusuan kepada ibu-ibu baru berdasarkan teori sahaja. Alhamdulillah, berbekal fokus, yakin dan sabar, saya menempuh penyusuan kali kedua ini dengan lebih berjaya berbanding yang pertama.

Teringat semula ketika waktu azri dahulu, di kala ini telah pun diperkenalkan dengan botol terlalu awal sehingga menolak untuk direct feeding semahu-mahunya. Yang akhirnya menjadi saya seorang pemerah tegar yang hanya dapat memerah susu ibu sahaja.

Banyak lagi kalau diikutkan saya nak berkongsi cerita ni, semasa proses bersalin, proses 'skin-to-skin' sejurus selepas kelahiran, 24 jam yang pertama. Takpa, to be continue selow-selow, hihi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)