Nasi berlauk durian, gula melaka dan santan

Ape ni yer? Kalian pernah makan tak agak-agak, hihi! Hahh, ini stail orang melaka kata mak saya. Makan durian, gula melaka dan santan bersama nasi. Hari ini mak saya berbuka puasa dengan lauk ini.

Phew, mula-mula saya membayangkan durian makan dengan nasi pun rasa macam tak boleh nak telan, ditambah dengan santan dan gula melaka pulak tu. Sebab bagi saya, nasi bukan untuk dimakan dengan sesuatu yang manis, huhu! Haha jangan tak tahu, ini adalah trip kedua saya mengulang makan nasi dengan durian bersulamkan santan dan gula melaka. Mula-mula tu amik skit je, 2 sudu je nasi. Bila dah rasa, ehh, boleh tahan gak ler. Kena plak dengan durian yang kuning kaw-kaw tuh, hihi, terus tambah se-round lagi.

Perghh, lupa diri sekejap yang baru nak kebah dari tak sihat, selsema, sakit tekak bagai ni, huhu! Tapi memang tak boleh diamalkan selalu, bahaya! Dah ler manis, tambah dengan gula melaka lagi, pastu santan lagi!

Mimpi

Beberapa hari lepas, saya bermimpi saya sudah pun bersalin. Bercampur baur mimpi saya tu. Ada adegan seram, adegan sinetron, hihi! Didalam mimpi tersebut, saya bersalin di sebuah klinik desa dalam satu kawasan kampung.



Masa tu, saya datang bersama azri, suami saya tengah dalam perjalanan pulang dari Batu Pahat. Tapi watak azri tenggelam timbul dalam mimpi saya tu, hihi. Saya sampai diklinik tu waktu petang, ramai pula yang sedang menunggu giliran untuk bersalin. Yang hairannya, saya nak bersalin tapi tak rasa sakit pape pun.

Jadi, lepas seorang demi seorang bersalin sampai lah nak senja. Doktor bertugas pun dah habis tempoh syif, tinggalah nurse-nurse yang syif malam untuk handle mak-mak yang nak bersalin, buleh kah, hihi! Yang pelik giliran saya belum tiba-tiba, hari pun dah senja.

Tiba-tiba ada sorang nurse tergopoh-gopoh nak tutup tingkap sebab terlupa nak tutup awal. Kemudian dia kata '..kat sini memang kena tutup tingkap sebelum senja menjelang kalau ada ibu-ibu yang sedang bersalin diwaktu senja, habislah ni pun dah terlambat tutup, ada juga yang mak yang tengah bersalin tu tersampuk karang".

Saya pun cuak lah gak kan (dah masuk adegan seram plak mimpi saya ni, hihi!). Tup-tup mak yang tengah bersalin tu pun tersampuk, dah macam ala-ala hantu cerita korea kat hospital. Dah lah mak tu tengah pakai baju putih hospital, dengan rambut terus jadi panjang tutup muka, sambil pegang baby dia!. Semua yang menunggu, nurse termasuklah saya lari lintang pukang dalam klinik tu. Yang pelik lagi semuanya tak keluar dari klinik, lari-lari dalam tu je.

Tak lama adegan seram tu, mak tu pun dah ok. Boleh plak dia kata, bila masa dia kena sampuk! Dia ok je, apesal semua orang lari. Dah setel tu, tiba lah giliran saya pula. Masih tak rasa sakit bersalin pun, tahu-tahu baby dah keluar je, punya lah senang. Terus initiate breastfeeding dalam masa 1/2 jam pertama kelahiran. Pastu saya pun terjaga, hihi! Yang pelik, saya datang dengan azri tapi pastu wataknya terus hilang dalam mimpi tu.

Mungkin saya terlalu memikirkan proses bersalin saya kelak, apa yang saya harapkan, apa yang saya mahukan dan sebagainya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi, hihi!

Apa yang saya harapkan untuk proses bersalin kali ini:

  • Ianya datang secara semulajadi, tidak perlu diinduce seperti semasa kelahiran azri dahulu.
  • Proses kelahiran berlaku dengan lebih cepat. (Kelahiran dulu, saya menghabis hampir 12 jam (dari 6pm-6am) didalam labor room, sangat stress!)
  • Berpeluang untuk memulakan penyusuan dalam masa setengah jam selepas kelahiran, skin-to-skin, etc.

Tak sihat pulak :(

Tengah pulun untuk menyiapkan kerja-kerja pape yang patut sebelum saya admit ke hospital 5 hb minggu depan, tiba-tiba tak sihat pula, huhu! Tertangguh lagi nak menjahit. Tak larat nak duduk lama2, yang larat mengadap laptop je, hihi!




Minggu ini harus menyiapkan proses pengurusan peserta ke bengkel latihan MBfPC. Tarikh tutup untuk membuat pembayaran dan mengembalikan borang penerimaan adalah pada 1 Mac 2011 ini. Jika tidak, tempat akan diberikan kepada senarai peserta didalam waiting list.

Pada yang tidak mendapat apa-apa jemputan, bukan bermakna tidak berpeluang tapi kita masih hold dulu didalam waiting list. Jika dah cukup, baru lah pihak admin akan menghantar notis makluman kepada permohonan mereka samada berjaya atau tidak. :)

Ramai peserta yang masih menunggu ni.

Saringan selesai & Permohonan yang berjaya

Fuh, selesai sudah proses saringan untuk permohonan penyertaan ke bengkel latihan PPIMM/MBfPC. E-mail jemputan sudah pun diedarkan kepada yang telah terpilih mulai hari ini. Notis makluman pun sudah di war-warkan dalam Facebook dan juga forum susuibu.com.

Pada yang telah terpilih diharap tidak akan melepaskan peluang untuk menimba ilmu sebagai pembimbing dalam penyusuan susu ibu. Ianya adalah sebagai langkah pertama bagi mereka yang mempunyai semangat untuk membantu ibu-ibu yang menyusu diluar sana. Langkah dalam mencari ilmu untuk membimbing pula.

Objektif dan matlamat sebenar program MBfPC ini adalah untuk melahirkan seberapa ramai ibu-ibu yang telah mempunyai pengalaman diluar sana untuk dilatih menjadi pembimbing (peer counselor) didalam komuniti mereka. Supaya dengan bertambahnya pembimbing/PC ini, bilangan ibu-ibu yang menyusukan bayi dapat dipertingkatkan. Dan lebih banyak aktiviti-aktiviti sokongan penyusuan susu ibu ini dapat dijalankan didalam komuniti.

Lihatlah dari sudut yang positif dan jauhkan anggapan yang negatif! Semoga yang bermanfaat itu dapat dikongsi bersama :)

Sebuah petikan Tafsir Kitab Bahrul Mazi, Imam Ghazali berkata :

'Rugi sangatlah orang yang jahil melainkan orang yang berilmu'

'Rugi sangat orang yang berilmu melainkan orang yang beramal dengan ilmu'

'Rugi sangat orang yang beramal dengan ilmu melainkan orang yang ikhlas di dalam amalan dia'

Apron & Cloth Pad

Wah, lama plak tak merepek kat blog (hehe, padahal baru selang 1 hari). Sebenarnya saya sibuk menyiapkan tempahan apron dari kawan-kawan. Apron budak-budak dah setel, pastu satu lagi apron ropol geli-geli. Ditambah lagi dengan urusan pendaftaran, penyaringan untuk bengkel latihan MBfPC, fuh! Jadi, terpaksa lah bertapa untuk siapkan kerja-kerja terlebih dahulu. Kemudian tinggal tepek hasilnya, haha!

Apron lagi, haha! Sampai mak saya kata, buat apron pun dah macam nak buat baju, siap ropol bagai. Nak buat cemana kan, kadang-kala kita perlukan sesuatu yang lebih 'fresh' untuk lebih nikmat dan feeling kih kih! Ni tempahan apron juga. Saya hanya ambil upah menjahitnya sahaja. Kain adalah pilihan tuan punya badan. Dan juga beberapa helai apron kanak-kanak yang saya sudah siapkan juga. Tapi tak sempat nak snap gambar, huhu!

Dah siap tempahan apron, baru lah saya dapat cuba-cuba membuat Cloth pad untuk menstrual pula. Dua helai je baru. Tak larat, sakit pinggang dah! Letih buat apron tak hilang lagi, hihi!

(Pattern yang pertama, ukuran 9", pattern yang kedua ukurannya 11")

Saya cuba buat ikut kedua-dua pattern, rambang lah katakan! Untuk makluman, pattern ini semuanya saya amik dari internet yer! Sila lah google free cloth pad pattern. Selepas siap, pattern yang bahagian kepak kecik tu agak tidak best bagi saya sebabnya terlalu kecik hujungnya, ngam-ngam untuk letak snap je. Mungkin boleh diimprovise lagi. Pattern yang kedua tu ok not bad. Cuma next time, saya perlu lebarkan lagi sayapnya. (Saya suka sayap/kepak yang lebar, huhu!)

Bahagian untuk Padnya pula, mula-mula saya guna 2 lapis microfiber (insert cd anak saya yang dipotong, hehe). Kemudian dilapik lagi dengan 4 lapis flannel, tu belum masuk lapisan untuk bahagian belakang (wing) 2 lapis flannel dan kain tafetta (kain baldu). Fuh, dah 9 lapis kain dah. Punyalah tebal, saya lupa yang mesin saya ni tak boleh tebal-tebal. Kemudian terpaksa lah guna teknik, ketuk-tekan-mampat-paksa bagai untuk pasti tapak mesin boleh masuk dan jalan.

Kemudian untuk pattern CP yang warna kuning tu saya dah tak guna microfiber dah, saya cuma guna 6 lapis flannel untuk bahagian tengah. Takdalah tebal sangat. Ke-efektifannya? kena tunggu saya mencuba selepas bersalin nanti, hihi! Ada beberapa keping lagi yang saya dalam proses membuatnya. Tunggu hasil geli-gelinya lagi, hehe!

Apa sudah jadi dengan bed rest?

Sila baca tajuk entri diatas ala-ala wonderpet, hehe!. Walau dirumah, saya sibuk giler uruskan mengenai pra-pendaftaran untuk bengkel latihan PPIMM/MBfPC sambil diselang-seli dengan kena siapkan tempahan (chewah tempahan tuh) apron dari kawan-kawan. Tuh belum masuk nak menjahit baby binder, 2-3 helai sarung bantal, bf pillow, CP sempat ke idakk ni,huhu!

Fuh, dah takda makna lagi bed-rest ni. Dah boleh tukar nama dengan leg-rest je sebab bezanya saya tidak keluar rumah, hihi! Mentang-mentang lah saya dah 34minggu, terasa macam konon dah melepasi zon bahaya lah agaknya tu, haishhh!

Sedikit update mengenai proses pra-pendaftaran bengkel latihan bagi Zon tengah ini, hari ini adalah tarikh akhir untuk mengembalikan borang permohonan & borang soal selidik (questionaire) kepada pihak admin@malaysianbfpc.org. Bagi yang telah menghantar, jangan bimbang kerana saya masih lagi belum membuat maklumbalas mengenai penerimaan borang anda semua. :)

Insyallah saya akan mula mengedarkan makluman penerimaan borang-borang pendaftaran kalian mulai esok. Kemudian, untuk penyertaan yang terpilih, surat jeputan akan mula diedarkan melalui e-mail pada hari isnin 28hb Mac 2011 ini atau selewat-lewatnya selasa, insyallah!.

Tabung & Pantyliner Cloth buatan sendiri

Cerita yang berbaur jahitan lagi, hihi! Eh saya pun ada tabung tau!. Ini lah tabung jahitan saya. Tabung dapat free masa sign up membership kat Memory lane. Mula-mula saya buat isi duit syiling tapi akhir-akhir ini saya buat simpan hasil duit upah jahitan saya. Wahh, ada orang juga yang suda menempah dengan saya yer. Jangan tak tahu, saya suda ada regular customer tau, (you know who you are if you read this, ssssshhhhhh.. Kih kih!). Customer yang suka nak bagi saya asah bakat menjahit saya walaupun saya masih di tahap amatur, huhu.
Takda lah banyak pun hasil duit upah jahitan ni. Sesuai lah dengan size tabung yang kecil ini, kih kih! Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ye dakk!. Mana tahu boleh beli mesin jahit industri pula lepas ini berapa tahun lagi lah tuh.. Kebetulan sekarang, saya memang dalam musim menjahit ni. Nantikan lagi hasil projek jahitan geli-geli saya lagi yer, hihi!
Nak selit gak. Pantyliner Cloth pad yang saya jahit yang sudah siap dibubuh snap (butang). Saya takda alat Snap Press tu, jadi saya hantar ke Puan Cik Fid untuk diletakkan butangnya, dia ada mengambil upah meletakkan butang itu juga, kih kih! Sila-sila kan lah yer! :)

Tak sabar nak pakai. Sambil siapkan projek apron, saya tengah cuba-cuba buat CP untuk kegunaan masa dalam pantang nanti. Kalau sempat lah, hihi!

Apron bebudak pula

Akhirnya, siap juga apron untuk kanak-kanak ni. Baru satu helai dulu, untuk buat contoh. Apron ni di buat dari kain PUL bahagian depannya, so waterproof la. Kawan saya mintak untuk buat apron kanak-kanak untuk painting session. Mesin saya pula memang susah nak jalan atas kain PUL tanpa dilapik dengan kain lain terlebih dahulu, huhu




Saya amik contoh pattern yang ada dekat internet ni. Ada macam-macam ukuran mengikut umur. Tapi saya customizekan mengikut ukuran yang average je lah.

Ini lah hasilnya. Kain PUL ni warna putih. Bukan kain saya, saya tolong jahitkan aje.

Lepas itu, saya cuba pakaikan kat 'model' cilik ni nak cuba fit tak ukuran yang saya customize tu. Ok lah. Cuma neck straps je saya perlu ejas sebab terpanjang sikit. Haihh, suka dia kalau bab acu-acukan segala benda kat azri ni, hihi! Dah macam chef nak masak pun ada!

Ok, passs! Kena proceed untuk buat yang seterus-seterusnya semula.

Berjaya!....

Lama saya cari ilham macam-mana nak begakan 'mogok' mesin saya nih yang tak mahu jahit atas kain PUL (belah yang laminet), maklumlah mesin dah masuk era warga emas dah nih!. Kemudian dapat pula lontaran idea dari blog reader saya yang memberi cadangan seperti ini:


diLa said...:

salam yatie...alas ngn kain lain aa, ala2 cm bt lining gitu, tp sekadar alas kt tmpt nk jahit je la..sbb mesin tu kalo atas kain biase ok kn? ptg je kain kecik tp pnjg, sekadar nk alas tp tmpt jahit je, err phm ke heheheh..ayt tunggang terbalik :P ...try le :D



Bagus juga bila berkongsi diblog ini yer. Walaupun kadang-kadang rasa 'ish aku ni skit-skit asyik cerita pasal kain, jahit, mesin, bla-bla, syiok sendiri kaa apa, kui kui!'. Terima kasih banyak-banyak buat diLa diatas idea yang diberikan itu :)
Saya pun cuba lah potong kain cotton dan diletakkan diatas kain PUL yang saya nak jahit tu. Saya gunakan kain cotton memandangkan saya tiada kain yang lebih nipis yang ada cuma cotton sahaja dan hasilnya jahitan lancar dan seperti biasa, yesss!


Pastu encik suami pula bagi idea lagi, apa kata guna kertas minyak je pula. Takdalah tebal sangat. Nanti lepas jahit boleh koyakkan. Saya pun cuba. Hasilnya, berkesan juga, cuma saya malas pula nak buat kerja dua kali nak koyakkan kertas lepas jahit.

Akhirnya saya decide nak guna kain interfacing atau kain gam je. Sebab kain tu yang paling nipis sekali. Okeh selesai satu masalah. Masa untuk menjahit semula..... Terima kasih kembali kepada diLa :)

Makluman Permohonan Penyertaan ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Tengah (S'gor & W/P)




Saya ingin memaklumkan bahawa e-mail jemputan ke bengkel latihan PPIMM/MBfPC bagi Zon tengah (Selangor & Wilayah Persekutuan) telah pun dihantar kepada semua yang telah menghantar butiran ke pihak pengurusan PPIMM/MBfPC sebelum ini.

Maklumat mengenai bengkel latihan adalah seperti dibawah:

Tempat: RUMAH ILMU JANNATUL FIRDAUS, NO.18, JALAN 7/3D,
SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh : 9&10, 16&17 April 2011
Waktu : 8.00am – 6.00pm
Yuran penyertaan: RM100


Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengkel latihan ini.

Borang-borang yang dilampirkan didalam e-mail jemputan daripada pihak pengurusan PPIMM/MBfPC adalah:

1. Borang Permohonan (MBfPC Application Form.Doc)
2. Borang Questionnaire (MBfPC-Questionnaire)

Diminta pada semua yang menerima e-mail jemputan tersebut untuk mengisi borang-borang berkenaan dan mengembalikan borang-borang tersebut kepada admin@malaysianbfpc.org sebelum 24 Mac 2011. Permohonan yang masuk selepas 24 Mac 2011 tidak akan dilayan.

Pihak pengurusan PPIMM/MBfPC akan menghantar e-mail jawapan beserta surat jemputan bagi permohonan yang berjaya kepada peserta mulai 28 Mac 2011. Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap permohonan yang berjaya. Maklumat pembayaran akan disertakan sekali bersama e-mail jawapan tersebut.

Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada admin@malaysianbfpc.org atau berhubung terus dengan saya (012-2045646) atau boleh juga melayari Facebook Malaysian Breastfeeding Peer Counselor.

------------------------------
Saya ingatkan semula bahawa e-mail jemputan dari pihak admin ini hanyalah kepada yang telah menghantar butiran sebelum ini selepas mendapat notis makluman mengenai bengkel latihan PPIMM/MBfPC untuk tahun 2011. Penyertaan masih dibuka kepada sesiapa yang masih berminat untuk menyertai bengkel latihan ini. Pada yang berminat, hantarkan butiran (sila rujuk disini atau disini) dan hantarkan kepada admin@malaysianbfpc.org

Pihak admin akan menghantar semula e-mail balasan beserta borang-borang yang perlu diisikan untuk tujuan saringan. Pada yang telah menghantarkan butiran sebelum ini tetapi tidak mendapat e-mail yang terbaru ini, sila maklumkan kembali kepada pihak admin.

Pilih kain?

Eeiii, mesin saya tak mau jalan atas kain PUL pula. Anti PUL kaaa mogok PUL ni, huhu! Puas saya mencuba berbagai-bagai posisi kain PUL ni, tapi tetap jahitannya seperti itu. Bila saya cuba di atas kain lain ok lah pula. Hehe, tak habis-habis lagi projek jahitan saya nih.

Jahitannya jadi macam ini. Sekejap rapat sekejap jarang. Yang saya perasan, ianya tak leh jahit atas bahagian dalam yang berlaminet plastik nih, belah yang luar yang tiada plastik tu ok pula. Masalahnya, memang kena jahit belah dalam dulu, huhu! Aiyoo! Macam-mana lagi saya nak begakan nih. Takkan nak tukar mesin jahit pula, huhu! Berhenti sat, cari ketenangan fikiran.

Sampah E-mail atau E-mail Sampah?

Letihlah lah hari-hari kena clear inbox untuk ini. Semenjak dua menjak ni lagi banyak e-mail yang masuk. Dulu boleh kira, laa ni kalau sehari tak bukak boleh sampai berbelas-belas e-mail macam ini. Yang latest, e-mail saya pun dah tersampuk tersend dekat inbox sendiri.

E-mail-email ni datang dari senarai contacts saya. Tuan punya e-mail-email ni pun tak tahu menahu pun. Maybe virus punya kerja atau auto-spam ke hape. Dulu boleh kira, sekarang ni makin ramai plak yang kena, macam-mana boleh terjangkit yer.

Bila klik, bukan ada apa pun. Yang ada link macam ini. Tah apa-apa. Apa benda nih sebenarnya?. Nak kata spam advertising pun bukan, huhu! Sebab kalau yang tu dia terus masuk dalam inbox 'spam' kan. Saya tak pernah klik pun. Sekarang ni kalau saya tengok je e-mail yang tulis 'No Subject' terus saya delete. Macam mana yer nak setting supaya e-mail2 macam ini tak membanjiri inbox.

Kembali Beraksi

Hooraahh!. Dari hari khamis saya tak dapat pegang mesin sebab mesin saya jam lah pulak selepas dipuji, huhu. Terpaksa lah saya tunggu encik suami pulang hujung minggu untuk dibawa repair pada isnin.

Lepas hantar ke kedai mesin jahit tersebut, saya terus ke HUKM untuk check-up. Saya dah siap pesan pada apek tu kalau dah siap call. Semasa tengah check-up, apek tu call kata mesin saya dah siap. Kata apek tu, dia terpaksa menukar spare-part mesin yang dipanggil 'gear'. Dia kata gear tu dah haus. Saya kata ok dan tanya berapa kosnya, dia pun kata RM110. Saya terus GULP!... Dalam hati, apekebenda lah benda yang ditukar yang semahal itu. Lepas selesai check-up saya terus ke kedai apek tu nak ambil mesin.
Masa di kedai, apek tu tunjuk benda ini yang dah haus, dekat gerigi-gerigi. Dalam hati, wahh besi cinonet ni aje dah RM110. Tapi memang nampak lah kesan haus tu. Nak taknak bayar je lah!. Masuk kereta encik suami tanya, kalau beli mesin baru berapa. Saya kata ikut brand lah, kalau yang brand cikai2 range diantara RM200-300 pun ada. Tapi kalau yang berjenama ni macam Singer, Brothers dan lain-lain, rasa-rasa RM500 keatas juga.

Sampai-sampai rumah terus test juga. Woww! ni mesin aku kah, hihi!. Sungguh lain rasanya. Macam baru. I like!.. 'Jalannya' lebih smooth tak macam sebelum ni bunyi kasar (saya ingat memang dah resminya begitu). Kali ini bunyinya lebih senyap sedikit.

Hari ini terus pulun siapkan langsir kawan. Ada lagi projek-projek jahitan yang perlu saya siapkan kalau boleh sebelum saya admit nanti. Bed-rest pun tak kemana, hihi!. Mentang-mentanglah 36 minggu nak buka dah. Ingat-ingat cik yatie, panjang lagi masa, ada lagi 3 minggu tuh, hihi!

33 week check-up

Seperti biasa semalam, hari check-up saya. Masuk minggu ini, kandungan sudah pun 33 minggu, alhamdulillah. Dari awal mula kehamilan hinggalah masuk 33 minggu ini, saya dijadualkan berjumpa dengan doktor setiap 2 minggu sekali, bayangkanlah lebih kurang dari bulan 10 tahun lepas, sampai saya dah naik hafal dah ayat rutin doktor, hihi!

Timbang semalam, berat saya sudah mencecah 87.3kg. Nurse pun ukur tinggi sekali, agaknya nak tahu berat ni dah kategori terlebih kot, hihi!. Tinggi saya 170cm hokeh!. Tapi kalau tengok perut ramai yang kata tak macam kandungan 8 bulan. Adakah sebab dikaburi dengan rangka saya yang besar?hihi!


Sepert biasa lah juga, setiap kali check-up mesti kena scan, cuma kadang-kadang tak mintak pun print gambar, Ikutlah doktor tu lah kalau dia nak bagi, dia bagi. Sebab saya pun bukannya faham pun, huhu! Kalian faham kah? ... Berat baby dah 2.1kg.
Lepas tu, untuk next check-up pada 36 minggu bersamaan 5hb April nanti saya akan terus admit untuk proses cerclage removal. Kalau tiada apa-apa contraction nak terbersalin ke pape, saya boleh balik dan tunggu waktu bersalin seperti biasa.

Masa admit tu juga, doktor baru suruh saya buat ujian MGTT. Dia ada mention juga kalau result tak normal by 38minggu saya akan terus diinduce untuk terus bersalin. Apekah? Harap-harap ok lah, kalau boleh saya nak bersalin natural kali ini. Masa azri pun saya kena induce by 38week sebab jalan dah buka 3cm, sakitnya tuhan aje yang tahu. Dari 6pm hingga 4.30am duk mengerang dalam labor room.

Botol BPA diharamkan di Malaysia

Akhirnya, isu penggunaan botol jenis BPA yang selama tersebar luar tentang kesan penggunaan di luar-luar negara telah mula mendapat perhatian juga oleh kementerian kesihatan negara kita. Walaupun larangan pengharaman berkuatkuasa mula tahun 2012 nanti, namun ianya adalah satu usaha yang dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang keburukan penggunaan botol BPA ini.

Ini kerana sebelum ini, orang ramai lebih suka kepada rupa bentuk botol BPA yang nampak lebih cantik, lebih putih, lebih lutsinar berbanding botol jenis tiada BPA atau BPA-Free. Ini juga secara tidak langsung dapat meningkat kesedaran orang ramai untuk berbalik kepada penyusuan susu ibu sendiri.

(Gambar dari Berita Harian Online)


Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

2011/03/14


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

Lawak tidak kena tempat.

Saya terbaca melalui e-mail mengenai luahan rasa tidak puas hati orang ramai mengenai kartun yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian. Lukisan kartun yang dilukis oleh kartunis Berita Harian ini adalah disifatkan sebagai tidak sepatutnya dibuat disaat rakyat negara Jepun sedang ditimpa bencana.


Pada pendapat saya pun, agak tidak wajar mengenai gambaran Ultraman pun lari ketakutan dek kerana Tsunami. Ini boleh mengambarkan kurangnya sensitiviti terhadap bencana yang menimpa orang lain. Cuba diterbalikkan, jika rakyat dinegara lain yang berbuat sindiran begini disaat negara kita pula dalam bencana sudah tentu kita pun akan tidak puas hati, marah dan sebagainya.

Sebagai langkah untuk tidak terus menimbulkan kemarahan rakyat, Berita Harian mengeluarkan kenyataan mohon maafnya kepada orang ramai.

Berita Harian mohon maaf
2011/03/13

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

Tergendala dan berehat

Hmm, baru je lepas buat entri pasal mesin jahit kesayanganku itu. Nampaknya dah buat hal. Tapi saya rasa puncanya dari box hitam ni, tempat pemijak nak bagi mesin tu berjalan. Saya terlupa nak gulung selepas habis menjahit, pastu saya nampak azri dengan syioknya duk pijak-pijak atas tu siap berdiri lagi. Waaaa, dah benda tu dah sizen.


Kemudian bila cuba tekan, dia seakan 'melekat' dan jarum mesin terus berjalan sampai alignment pun lari sebab laju sangat, terus saya off dekat suis untuk berhentikan. Disebabkan mesin berjalan laju sangat tadi, jarum pun sangkut-sangkut dah!. Kena lah tunggu encik suami balik ahad ini untuk pergi repair pada hari isnin.


Sementara tu, saya kemaslah toolbox saya yang dah lintang pukang ni. Rasa macam perlukan toolbox yang lagi besar je. Dah cari juga, tapi besarnya lebih sedikit je dari size toolbox saya ni. Macam takda efek je. Toolbox lama ni adalah toolbox kedua yang paling besar saya tukar. Nampak je kecik dalam gambar ni.

Mungkin tu petanda nak suruh saya berehat betul-betul agaknya! Kang kalau degil-degil plak jadi apa-apa siapa yang susah, huhu! Baiklah! Masa untuk membaca lah pulak!

Cicak Mahal

Sekarang orang heboh nak cari cicak tekek ni. Kalian tahu tak seekor cicak tekek ini boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Mula-mula saya tahu dari encik suami di BP, katanya orang kat sana sibuk-sibuk masuk hutan nak cari cicak tekek ni sebab harga permintaan yang tinggi.


Saya macam tak percaya, saya pun search lah pasal cicak ini. Ohh, memang betul, sedang hangat diperkatakan rupanya. Bahagian-bahagian organ cicak ini dikatakan dapat mengubati virus HIV dan bermacam-macam penyakit yang lain. Kalian search lah 'tokek' atau 'tekek kalau nak tahu apa sebabnya orang dok cari cicak ini. Atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Tokay Gecko.

Apa yang saya jumpa mengenai harga pasaran cicak ini di blog ini, harga seekor cicak ini adalah seperti berikut:

The typical current prices for Tokay geckos are as follows:

300 grams - 399 grams = RM25,000 - RM35,000
400 grams - 499 grams = RM80,000 - RM120,000
500 grams - 599 grams = RM200,000 - RM400,000
600 grams - 799 grams = RM500,000 - RM700,000
800 grams - 999 grams = RM800,000 - RM980,000
Above 1000 grams approximately RM1 million.


Gila, dah macam nak beli rumah pun ada. Dalam tuh ada juga yang boleh buat lawak pasal cicak tekek ini. Lawak plak lagu cicak tekek ini. Jom layann! hihi!

15 tahun usianya

Inilah antara barang kesayangan saya. Lama betul usianya. Alhamdulillah, masih lagi berjasa dengan saya. Itu yang buat saya tak mahu ganti dengan yang baru. Agaknya barang ni kalau kita sayang, jangka-hayatnya pun panjang le kot, huhu! Macam kereta, kalau kita rasa cam nak ganti baru kaa, dan-dan tu rosak tu rosak ni, bateri kong, tayar pecah etc, hihi!

Ni canvas covernya. Dah buruk pun kena makan hari! Kalau sekarang dah takda lagi penutup macam ini. Masa saya beli mesin jahit tepi Singer dulu pun dapat penutup plastik (clear) yang nipis tu. Memang rasa lama-lama koyak juga.


Ini lah rupanya mesin jahit kesayangan saya. Di beli pada tahun 1996, masa tu saya tingkatan 3. Ingat lagi masa tu saya tengah sibuk-sibuk dengan projek kemahiran hidup nak buat alas periuk lah, sarung kotak bagai. Sebelum beli mesin ini, ada sebijik mesin Singer yang lama, kena guna kaki tu. Kena pusing roda kat sebelahnya pastu goyang guna kaki. Seksa betul, dah la berat!huhu! Dah lah masa tu baru-baru belajar nak pegang mesin. Dengan nak pegang kain taknak kasi senget, dengan nak pusing roda kat sebelah kasi jalan, pastu sambil tekan dengan kaki kat bawah. Memang mencabar betul!

Kemudian arwah abah & mak saya pergi beli trade-in mesin tu dan beli mesin Singer yang ini. Semata-mata nak senangkan saya siapkan projek Kemahiran Hidup tu. Tak silap saya, ini diantara keluaran terawal mesin Singer jenis portable. Harga pun masa tu tak salah dalam lingkungan RM600-700 juga. Dianggap mahal lah masa tu, lagipun kami ni bukan keluarga yang senang. Rasanya arwah abah buat ansuran juga kot bayar mesin ini.

Lepas tu mesin ni terbengkalai lama juga bila saya dah mula start belajar kan. Dan masa tu zaman tak eksaited nak menjahit pun, alam remaja lah katakan, huhu! Saya mula-mula pegang semula mesin ni masa time dekat-dekat nak kahwin. Masa tu saya sibuk buat alas dulang, hantaran, dan jahit langsir untuk hari perkahwinan saya.
Abaikan pengantin itu yer, hihi! Nak tunjuk langsir jahitan sendiri jer. Simple je, masa tu tak reti nak buat ala-ala scallop2 bagai sekarang. Saya deco sendiri bilik pengantin saya, nak save budget la katakan..Pastu, saya buat juga alas dulang dan gubah hantaran sendiri. Ohh, masa tu memang koman sungguh hasil keras tangan saya. Itu aje yang termampu dibuat.

Dan sejak itu lah datang kembali hobi menjahit apabila secara rasminya saya bergelar surirumah sepenuh masa, hihi! Nasib baik mesin tu masih lagi ok, walaupun dah terperap lama tak pernah pakai lepas saya habis sekolah, huhu! Sekarang ni, saya cuma hantarnya servis je.

Baju lama azri & jahit lagi :)

Dah ngantuk sebenarnya (dah pukul 1.45am), tapi nak update juga selepas seharian tak sempat nak jengah blog, huhu! Tiada apa-apa sangat pun aktiviti hari ini selain dari menjahit lagi. Tiba-tiba teringat nak siapkan baju-baju baby sebelum menjelang bersalin nanti. Saya baru 32 minggu, tapi mana lah tahu nak terberanak lagi cepat dari yang waktu yang sepatutnya, segala benda tak siap lagi.

Saya sorting baju-baju newborn azri, sebab ada beberapa yang sempat dipakai sekali dua je masa dia kecik dulu. Rasa macam tak nak shopping banyak baju newborn sangat kali ini. Sebab dulu saya beli banyak untuk newborn size, tapi rupanya kejap je tempoh yang boleh pakai size newborn ni, masuk sebulan lebih dah tak muat!huhu!Lepas di sorting, banyak yang dah jadi perang, kuning-kuning kat sekitar leher terutamanya. Rasa rendam clorox pun tak hilang kot. Yang ni memang reject lah! Tak sampai hati nak pakaikan baby, huhu!

Ni je lah hasilnya, banyak seluar je sebab seluarnya cantik-cantik lagi dan t-shirt jalan2 pun tak sempat pakai banyak kali. Boleh lah pakai buat tidur ke kan. Untuk jenjalan nanti, belilah baru, hihi! Semuanya saya rendam dulu termasuk lah, topi-topi, booties & mittens (mittens pun banyak yang kuning).

Pastu saya eksaited nak siapkan CP ni lagi. Dah habis 2 meter kain flannel saya beli dapatlah buat lebih kurang 8 helai. Kecuali flannel corak je ada lebih skit, cukuplah nak buat sarung bantal baby lagi, hihi! 2 meter kain dapat 8 helai? Sebab saya buat tebal lapisan CP ni, Yang bercorak tu saya buat 4 lapis, yang plain merah tu saya buat 3 lapis. Baru rasa tebal skit.
Sebelum ni saya buat 2 lapis-2 lapis, terasa nipis sesangat, pastu nanti bila pakai dia jadi cepat renyuk. Tak best, hehe! Dah siap, pasni akan dihantar ke Puan Cik Fid untuk ditekan butang snap. Tak sabar nak merasmikan CP hasil kerastangan sendiri, hihi!

Ok, tinggal beberapa lagi yang belum disiapkan. Eh, sebenarnya ada penambahan projek lagi pada list ini. Tak habis-tak habis, huhu!

Cara membuat Pantyliner Cloth Pad

Selepas cubaan saya buat Cloth pad pantyliner semalam, syiok plak saya nak buat lagi dan lagi dan lagi, hihi! Sebab teramatlah senang nak membuatnya. Disebabkan keterujaan saya, saya nak share juga bagaimana nak buat cloth pad pantyliner ni.

Mula-mula, kalian pergi ke website ini untuk download pattern percuma: http://shewhorunsintheforest.googlepages.com/padliner.pdf. Ada banyak lagi pattern2 yang lain tapi saya rasa yang ini lebih mudah dan cantik kot, hihi!


Sediakan beberapa lapisan flannel mengikut ketebalan yang anda inginkan. Jika mengikut ketebalan yang saya suka, saya menggunakan 4 lapisan flannel untuk bahagian tengah (yang bercorak) dan 3 lapisan untuk bahagian luar/wing (yang plain).

Selepas ditekap, terus dijahit dengan mesin mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Dengan menjahit diatas garisan yang dilukis, ianya akan nampak lebih kemas.

Kemudian, selepas sudah dijahit, potong lebih yang tidak berkenaan mengikut bentuk yang telah dilukis dan dijahit tadi.

Kemudian, gunting separuh daripada lapisan kain di bahagian tengah.
Dan terbalikkan kain melalui lubang yang tadi untuk mendapatkan bahagian yang betul.
Kemudian gosok terlebih dahulu kedua-dua bahagian supaya nampak lebih kemas sebelum ditindih.
Peniti bahagian tengah dan belakang kemudia dijahit dengan mesin.

Kemudian anda letak butang snap pada bahagian wing tersebut. Kalau tiada, letak butang ketip tu pun boleh. Tapi kena disembat tangan lah butang tu, huhu! Sudah pun jadi beberapa keping cloth pad pantyliner. Jimat duit tak payah beli kan. hihi! Konsep yang sama juga jika nak buat menstrual cloth pad, cuma ukurannya perlu lebih besar, dan perlu juga dapatkan fabrik 'waterproof' macam PUL dan seangkatan dengannya.

Ok, selamat mencuba! :)

Koyak & Cloth Pad

Wah, tak habis-habis lagi saya dengan aktiviti menjahit sejak dua menjak ni. Semalam saya tak menjahit pun, sebab ingat saya nak berehat-rehat dulu. Jadi, sambil berbaring-baring tu boleh la buat juga aktiviti menjahit juga macam cantumkan kain dengan peniti ke, jelujur sarung-sarung bantal yang dah dipotong dan sebagainya sebelum nak tekan dimesin. Maklumlah kalau nak mengadap mesin saya kena duduk, huhu!~


Saya nak siapkan dulu semua yang saya senaraikan dalam list jahitan saya. Jadi semalam, saya jelujur sarung bolster ni dulu sebelum nak tekan kat mesin dan masukkan kekabunya. Lepas tu saya 'ter'-tinggal sekejap kain ni dalam bilik, balik-balik saya tengok kain dah berlubang-lubang kesan kena gunting. Ni tak lain dan tak bukan memang kerja si azri nih. Huwaa frustnya! Penat-penat dah siap sehelai bolster case tu, kena buat yang baru lah nampaknya.

Sebab frust punya pasal, saya terus simpan je kain bolster tu semua, terus nak buat bendai lain pula, agagaga!. Memang dalam kepala teringin betul nak buat Cloth Pad.

Kebetulan, saya ada kirim kat kawan belikan kain flannel satu bercorak dan satu lagi kosong. Kalau di Kamdar memang saya tahu corak flannelnya tak banyak pilihan dan tak cantik sangat. Flannel ni kawan saya beli dekat Teewah!

Langkah yang kedua pula, saya terus on laptop nak cari pattern cloth pad yang dah siap. Taip aje 'Free Cloth Pad Pattern', melambak macam-macam pattern cloth pad yang keluar. Dah dapat, saya print out dan gunting pola CP tu. Pastu tekap terus kat kain flannel.



Tadaaaa..dah siap! Tak sampai satu jam saya pun proses membuat CP dari mula saya search pattern, tekap, gunting dan tekan kat mesin! Lepas tu boleh letak snap kat bahagian wingnya. Tapi saya tiada alat tekan butang tu (Snap Press). Ingat nak letak 'button ketip' aje yang selalu orang letak kat baju-baju kebaya dulu2 tu..haha!

Apron lagi

Phew, akhirnya semalam juga siap dengan ad-hocnya! Seronok sebab kali ini, dapat buat lebih kemas dari mock-up yang sebelumnya. Ad-hoc sebab tuanya nak datang ambil dan bawa 'projek' baru lagi untuk saya, hihi!

Saya dapat idea macam mana nak camtum bahagian belakang (body apron) dengan ropol, tali. Hasilnya, nampak lebih kemas sedikit berbanding teknik lama saya dulu, hehe!

Size apron ini telah dicustome-made kan mengikut tuan punya body yang kecik molek ini. Kalau ikut size standard, agak besar!. Saya suka dengan padanan coraknya, bila dah jadi apron nampak matching sangat. Siapa lagi nak puji hasil keras-tangan sendiri melainkan orang yang buatnya kan, hihi!. Wahh! seronok dan teruja lagi daku, huhu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)