Monday, February 28, 2011

Apron 'beraksi'

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:47 AM 2 comments Links to this post
Hahh! Tak habis-habis jaki saya dengan apron ni kan. Belum jahit benda-benda lain yang extravaganza lagi, cemana lah keterujaan saya lagi agaknya, hihi! Sebenarnya hari ni kawan saya singgah ke rumah saya untuk menerai 'apron princess' ini. Eh, saya dah beri nama baru pula.

Ni lah pemilik apronnya!Identiti dirahsiakan, hihi! Selain daripada corak nya yang sudah terbalik (mujur dia tak marah, hihi!). Saya risau sebenarnya kalau ianya tak fit dengan size tuannya, maklumlah ukurannya saya ikut size apron yang standard cuma saya ejas sedikit part kelebaran dibahagian bawah pinggang. Mujur ngam-ngam dengan sizenya yang kecil molek tu.

Tapi kalau mengikut size saya ni, memang tak fit (tak cover sampai kebelakang). Sebab rangka saya besar kot! Melainkan design satu lagi, ropol dikeliling tu. Nak buat yang ni lebih leceh dan banyak kerja lagi.

Ok, pass satu! (Jangan tak jadi masak sudah yer, hihi!)

Sunday, February 27, 2011

Apron siap!

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:57 AM 7 comments Links to this post
Fuh2 (diiringi dengan perasaan bersalah, hihi!), akhirnya siap juga apron yang ditempah oleh kawan saya. Masih ingat lagi kah pada kain-kain yang saya terima tempohari.
Ini cubaan pertama saya untuk design ni, selalunya saya buat mock-up pada kain lain dulu. Kerana keterujaan saya terus nak potong pada kain yang sebenar. Saya telah melakukan kesilapan bodoh yang paling tak sepatutnya dilakukan. Saya telah tersalah letak pola apron pada kain ini tanpa memeriksa dulu coraknya sudah terbalik, uuuwaaa!

Saya dah beritahu kepada kawan saya dan mujur dia kata tak apa. Sebagai gantinya juga saya tak cas apa-apa pun. Lagipun saya pun dalam proses 'cobaaan'..

Mengikut design yang ini. Saya ambil dari internet, hihi!
Tinggal lagi sehelai, tapi ikut design yang sebelum ini aje. Pastu nak siapkan sarung bantal baby pula. Rehat dulu. Waduh, terlanggar lagi sedikit perintah yang sepatutnya bed-rest sahaja. Oklah tu, dah 2 bulan tau saya terperap sahaja kat rumah, selain keluar untuk regular check-up dihospital sahaja. huhu!

Friday, February 25, 2011

Jahit Tepi

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:00 AM 5 comments Links to this post
Bikin spoil saya punya mood nak menjahit. Bila mesin jahit tepi saya pula ada problem. Bukan problem motor ke apa, problemnya benangnya-benangnya sudah tercabut dari jarum-jarum yang sepatutnya. Ini semua angkara azri lah ni, huhu! Sudah lah saya belum mahir lagi dengan cara-cara nak masukkan benang-benang tu lagi. Mesin ini pun baru je beberapa bulan saya guna. Lebih banyak terperap, hihi!.
Sudahlah benangnya sudah tercabut, tempat sangkut benang tu pun sudah terpatah gara-gara azri juga. Rasa nak nangis pun ada, huhu! Mujur tak patah habis boleh diselotepkan aje tapi tetap juga senget.


Huishh, complicatednya tempat nak masukkan benang-benangnya. Gambarajah yang ada kat tepi tu pun macam tak membantu sangat je, huhu! Cubaan pertama saya terus gagal, langsung tidak terlekat pun benang-benang tu dikain.

Kemudian saya cuba ejas lagi saluran benang yang betul (main hentam ikut logik je ni) mengikut juga gambarajah yang tak membantu sangat itu. Oklah, nampak hasilnya tapi benang-benang kelihatan longgar dan serabut sikit. Masih ada 'jalan' benang yang saya silap pasangkan lagi ni.

Setelah beberapa kali mencuba, cubaan seterusnya membuahkan hasil, Yeayyyy! Saya rasalah! Kalau ditengok pada jahitan terakhir tu nampak kemas je, kira betul lahh kan, hihi!

Ok, boleh sambung semula projek jahitan saya, hihi!

Wednesday, February 23, 2011

Roti Sosej bersalut telur

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:33 PM 2 comments Links to this post
Mesti ramai dah selalu buat resepi ni kan. Saya pun suka buat. Resepi-resepi yang boleh bagi kenyang perut selain dari makan biskut cecah air kopi/teh sahaja. Oh, saya pula jenis mulut yang mesti nak pekena makan bergoreng setiap hari (sungguh tidak bagus diet seperti ini, hihi!). Diantara menu minum pagi dan petang yang kerap saya buat sebabnya ianya mudah.

Bahan-bahan pun mudah sahaja. Untuk sosej, Ayamas Cheese Chicken Franfurter menjadi pilihan saya. Saya dah cuba macam-macam jenis sosej cheese jenama lain, tapi Ayamas juga yang paling sedap dan mahal, huhu! Satu lagi saya suka rasa Black Pepper frankfurter, tapi yang tu pedas lah, series terasa pedas nya. Tak sesuai plak untuk anak-anak.

Sosej tu pula, boleh digoreng atau distimkan, terpulanglah. Digulung dengan roti, dicelup telur dan kemudian terus digoreng. Saya suka potong kecil-kecil sebab senang anak nak makan.

Kemudian, saya cucuk pada lidi. Budak-budak suka pegang benda-benda yang berlidi ni,hehe!

Tuesday, February 22, 2011

Duplex Printing

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:53 AM 0 comments Links to this post
Tengah dalam mode study, saya sibuk nak memerint (print) tapi yang tak bestnya mula-mula sebab ingat tak boleh print depan belakang. Selama ini, saya ingat hanya printer-printer seperti laser jet etc yang untuk ofis-ofis tu je yang boleh buat depan belakang, jika printer home use macam canon etc (janji yang ala-ala laser jet lah) hanya boleh print depan sahaja.

Godek punya godek,, akhirnya saya jumpa juga option untuk buat printing depan depan belakang, yess!. Yang saya tahu kalau printer laser jet macam HP, kalau time both side printing, dia akan print dan sedut semula kertas tu untuk print back side pula. Ada juga office printer jenama lain yang boleh buat macam ala-ala mesin fotostat tu. Mungkin ada yang tahu tapi saya je baru ketinggalan bas baru tahu, hihi!

Kalau mengikut jenis printer saya, Canon MP190 Series. Cara dia buat both side printing tu, dia akan print selang satu muka. Sebagai contoh jika dokumen itu berjumlah 10 muka surat. Dia akan print muka 1-3-5-7-9 kemudian kita kena terbalikkan (mengikut simbol arahan yang tertera) dia akan mula print dari muka 2-4-6-8-10.

Jika kita hendak buat both side printing, kita perlu atur tetapan pada control panel printer terlebih dahulu. Cara-caranya adalah seperti dibawah:
Klik pada option 'Page Setup' di control panel printer.

Kemudian, tick pada ruangan 'Duplex Printing'. Bagi pilihan both side printing ini, saya tidak memilih untuk klik pada option 'Print from last page' kerana takut ianya mengelirukan saya, hihi! Untuk printer Canon, nama untuk buat both side printing dipanggil Duplex Printing. Saya tidak pastilah untuk model-model Canon yang lain. Mungkin anda boleh cuba check option Duplex Printing ini di setting printer anda. :)

Kemudian, klik OK untuk meneruskan kerja-kerja printing anda. Apabila sampai pada muka yang sepatutnya ianya berhenti, di skrin anda akan ter-popup arahan seperti gambar dibawah ini:

Ini bermakna, printer sudah bersedia untuk print muka surat pada bahagian sebelah belakang pula. Namun, semasa menterbalikkan kertas A4, pastikan anda perhatikan betul-betul arahan serta simbol yang ditunjukkan pada skrin.

Ini kerana (seperti kes pertama kali saya) saya tersilap menterbalikkan kertas A4 tersebut, hasilnya muka belakang di print songsang daripada muka depan. Jadi bila ke mukasurat kedua, harus memusing pula kertas A4 tersebut, hihi!. Namun setelah dipraktis dan pada cubaan kedua, segalanya berjalan dengan lancar.

Jadi selepas ini, banyaklah kertas boleh dijimatkan yer tak! :)

Monday, February 21, 2011

Sambutan Program Latihan MBfPC 2011

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:27 PM 6 comments Links to this post
Semenjak saya war-warkan makluman tentang program latihan MBfPC bagi tahun 2011 ini, alhamdulillah ramai yang memberikan maklum-balas yang positif untuk menyertainya. Satu usaha yang baik bagi ibu-ibu yang ingin melengkapkan diri dengan skil-skil kaunseling sebagai pembimbing ibu menyusu atau peer counselor didalam komuniti mereka.


Saya pun tak menang tangan melayan segala respon, pertanyaan yang diajukkan oleh para ibu-ibu yang berminat. Sebelum jadual bengkel ditetapkan lagi pun telah ramai yang menghubungi pihak pengurusan MBfPC bertanyakan tentang bengkel latihan yang terbaru. Tetapi masa tu, pihak pengurusan masih belum lagi memperoleh keputusan mengenai sesi bengkel latihan yang baru.

Pada yang berminat untuk menyertai mana-mana sesi bengkel latihan untuk sepanjang tahun ini bolehlah menghantar penyertaan anda ke admin@malaysianbfpc.org. Sila rujuk entri saya tentang makluman bengkel latihan MBfPC 2011 atau boleh rujuk posting saya di forum Susuibu.com mengenai butiran yang perlu dihantarkan, :)

Sunday, February 20, 2011

Sarung bantal baby

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:19 AM 4 comments Links to this post
Akhirnya, dapat juga saya siapkan sarung bantal baby yang lama dah saya plan nak buat ini. Ala, sehelai je baru. Tadi gembiranya bukan kepalang, hihi! Benda-benda kecil ni senang dan cepat je kalau hendak dijahit berbanding kalau kain yang besar-besar. Lebih-lebih lagi kalau ada 'pembantu' (a.k.a anak-anak yang rajin hendak 'tolong' sekali, hehe!). Anak saya memang tersangatlah 'rajin'nya. Saya kata JANGANNN, NOOO pun takda maknanya.
Kebetulan saya ada lebihan kain lagi. Oopps tak lebihan sangat lah! Sebenarnya ini kain langsing untuk playroom azri. Tapi sejak dia playroom pun dah bertukar kembali menjadi store-room (Azri taknak main-main dalam bilik tu, dia boring kot, huhu!) langsirnya yg baru saya buat kununnya nak pasang dalam playroom tu sudahnya saya bikin jadi sarung bantal baby pun lagi bagus. Sayang sebab dah jadi langsir siap pun. Kain kereta ini saya beli di IKEA, 100% cotton.

Oklah, menjadi juga percubaan pertama saya. Ikut sample sarung bantal lama. Eh kalau nak beli pun sarung bantal baby dah siap pun dah berapa hengget kan? dah tu kadang-kadang corak kainnya pun tak memenuhi citarasa, hehe!

Ada banyak lebih lagi kain corak kereta ini kecuali kain merah tu. Boleh buat lagi 1-2 helai lagi dengan bantal peluknya. Tapi maybe malas nak letak ropolnya, leceh lah nak buat ropol. Nak jahit asing ropol dulu, pastu tarik-benang lagi (Nak bagi jadi ropol ler). Tu yang buat lambat.

Oooppss, tak sempat nak tunggu adiknya rasmikan dulu. Dia pula yang eksaited lelebih dengan bantal ini, hehe!

Saturday, February 19, 2011

'Teknologi' Cinta

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:13 AM 2 comments Links to this post
Hehe, saya bukan nak buat ulasan drama Trilogi Cinta ini. Ini lah cerita feveret mak saya sekarang. Mak saya jarang tengok jenis-jenis cerita bersiri ni, dia lebih suka tengok drama yang habis terus satu cerita macam cerekarama TV3 tu ker. Tapi tak tahu lah macam-mana dia terjebak juga tengok drama ni. Siap dia tahu jumlah penonton siri tu mencecah 1.2 juta. Tak sia-sia agaknya dia folo cerita tu, dalam hati lah hihi!



Saya memang tak follow langsung. Tapi tahu lah serba-sedikit jalan ceritanya sebabnya mak saya rajin buat laporan kat saya setiap kali habis menonton siri itu. Yang saya tahu, Rosyam ni berkahwin dengan orang gaji dia lakonan fauziah ghous. Arghh, saya memang tak suka cerita-cerita macam ini, huhu! Sebabnya saya ni pun PJJ juga. Karang saya terbawa-bawa plak emosi syak wasangka bagai, huhu! Baik saya layan No Ordinary Family, heh!

Motif sebenar saya adalah saya nak cerita pasal 'tajuk baru' drama ini yang diberikan oleh mak saya. Setiap kali dia nak sebut 'trilogi', dia akan sebut 'teknologi' sebab susah sangat dia nak sebut trilogi tuh bagi dia. Last-last asyik-asyik saya dengar teknologi cinta-teknologi cinta. Punya lah mak saya eksaited nak buat laporan setiap kali habis cerita 'Teknologi Cinta' nya tu. Haha, layannn!

Friday, February 18, 2011

Kentang Goyang

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:26 PM 4 comments Links to this post
Kalian pernah dengar tak kentang goyang? Kali pertama saya dengar adalah masa duduk dengan mertua dulu tahun 2007. Resepi mudah dan kenyang untuk sarapan pagi. Hujung-hujung minggu ini tiba-tiba saya teringin nak makan kentang goyang ni. Eh saya pun adalah istilah hujung minggu, haha! Apa lagi resepi yang mudah dan cepat (sesuai untuk orang-orang yang perlu 'beristirehat' seperti saya ini, hihi).

Bahan-bahan:
1. 2 biji Kentang
2. 1-2 biji telur (ikut citarasa)
3. 1/2 biji Bawang ( ikut citarasa)
4. Garam sedikit
4. Mayonis
5. Lada sulah

Kalau mengikut stail mertua saya, bahan-bahannya ini ajer. Tak pastilah kalau anda ada bahan-bahan lain yg boleh dicampurkan (boleh lah share dengan saya yer) :) Kalau versi kentang goyang rakan saya, kentangnya di potong dadu kecil-kecil dan digoreng. Oh, saya malas, hihi dan nanti berminyak-minyak lagi plak.

Selepas kentang dah rebus dan dilecek, boleh lah menumis bawang besar (sekadar nak melayur-layurkan bawang) dengan 2 sudu minyak, agak-agaklah dengan kuantiti yang hendak di sediakan. Kemudian masukkan kentang yang dah dilecek tadi, pecahkan 2 biji telur (ikut saya), jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

Pastikan apinya perlahan. Tak perlu goreng lama-lama, sebab saya tak suka kalau telur tu jadi sampai masak (kering). Saya selalu padamkan api selepas telur dimasukkan. Pun dah masak juga telur. Jadi kentang tu ala-ala lembab la skit, hihi!

Tadaaa, dah siap! Boleh juga dicampur sedikit mayonis (untuk rasa manis) dan sedikit lada sulah. Tapi saya tak letak, hihi!

Ala-ala macam sandwich telur juga, cuma ditambah kentang & bawang, hihi! Masih tak paham kenapa namanya 'kentang goyang'..huhu!

Makluman Program Latihan MBfPC 2011

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:48 AM 7 comments Links to this post
As-salam semua,
Bagi pihak pengurusan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), saya ingin mewar-warkan bengkel latihan MBfPC untuk tahun 2011. Tarikh bagi bengkel latihan yang telah ditetapkan untuk sepanjang tahun 2011 adalah seperti berikut:


Untuk makluman semua bengkel ini biasanya dijalankan selama 3 hari berturut-turut. Walaubagaimanapun, untuk kawasan tengah(selangor dan WP) bengkel akan diadakan selama 4 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad selama 2 minggu berturut-turut.

Walaubagaimana pun, maklumat mengenai lokasi, yuran penyertaan dan lain-lain makluman akan diumumkan melalui e-mail jemputan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.

Bagi yang berminat untuk menyertai program-program latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

I) nama
Ii) alamat
Iii) nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

--------------------

Apa lagi, pada yang berminat sila hantarkan butiran anda kepada saya di alamat e-mail pengurusan MBfPC admin@malaysianbfpc.org :)

Thursday, February 17, 2011

Networked Blogs

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:19 AM 10 comments Links to this post
Entri kali ni bukan pasal tutorial networked blog. Saje nak cerita pasal saya yang boring baru buat/register/subscribe, apa-apa lah! dengan Networked Blogs. Motif sebenar adalah lebih kepada 'selalu nampak benda ni kat blog orang lain'.

Tanpa mengetahui hujung pangkah, saya pun buat lah! Kata i follow kan, hehe! Saya masih kurang faham apakah tujuan, fungsi dan motif sebenar networked blogs ni, huhu! Ada macam satu cara untuk mengiklankan blog kita kah? Pulak tu, kena ada akaunFB.

Yang saya faham, kita boleh share entri-entri terbaru diblog kita dekat Facebook. Kalau tak guna networked blogs pun boleh je kalau kita nak geli-geli share entri blog di Facebook, klik je kat 'pautan' (oops, bahasa FB saya menggunakan bahasa Melayu) pastu siap! Jadi apa lagi keistimewaan networked blog ni? Boleh share-share dengan saya yang tak berapa nak faham ni, huhu!

Wednesday, February 16, 2011

Acid Reflux semasa kehamilan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:26 PM 0 comments Links to this post
Kehamilan kali ini saya melalui kesan Acid Reflux yang agak teruk juga. Atau kalau hendak digambarkan dengan lebih mudah, semasa kehamilan kita akan lebih kerap sendawa dan apabila kita hendak sendawa (buang angin) kita akan terasa cecair (tak pasti lah air ke, makanan ke ada yang kata asid perut) naik semula hingga ke tekak dan disertai rasa pedih juga sepanjang saluran dalam dada kita itu.

Acid reflux juga boleh menyebabkan 'heartburn' atau pedih ulu hati. Acid reflux terjadi apabila asid dari perut naik semula keatas melalui saluran oesophagus. Kadang-kala kita akan berasa pedih apabila jumlah asid yang naik semula itu lebih dari yang sepatutnya. Dan kita terasa juga rasa asid perut yang agak pahit jika ianya naik hingga ke tekak bersama-sama apabila kita sendawa.Selalunya Sphincter yang berada di bawah saluran eoshophagus (seperti dalam gambar rajah diatas) akan memainkan peranan sebagai valve antara saluran dan perut untuk mengawal/menghalang asid perut untuk naik semula kesaluran eoshopghagus.

Namun semasa kehamilan, peningkatan hormon dalam badan semasa kehamilan iaitu estrogen dan progesterone, dua hormon yang penting untuk me-relaxkan uterus semasa dalam tempoh
pembesaran bayi didalam perut (menghalang contraction) secara tidak langsung, ianya juga turut me-relakskan Sphincter muscles itu dari menjalankan fungsinya.

Apakah tanda-tanda seseorang ibu yang mengalami Acid Reflux semasa kehamilannya?


Jika kita baca di internet (sumber yang termudah) ada pelbagai cara yang diberikan untuk mengurangkan atau melegakan kejadian acid reflux semasa kehamilan. Diantara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  • Postur. Mengekalkan bahagian kepala/badan lebih tinggi terutama semasa tidur. Banyakkan berbaring (lebih baik mengiring) berbanding duduk. Duduk menyebabkan tekanan pada perut lagi dan menambahkan lagi kejadian acid reflux.
  • Menggelakkan makanan dan minuman seperti kafein, cokelat, peppermints, makanan berasid (Jeruk, masam2, pedas, rempah, goreng dan sebagainya).
  • Elakkan minum air banyak semasa makan.
  • Makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap.
  • Chewing Gum. Chewing gum meransangkan kelenjar air liur dengan lebih banyak. Dan membantu untuk meneutralkan asid.
  • Banyakkan senaman, ala-ala yoga, stretching dan yang bersesuaian semasa kehamilan. Pakai pakaian yang lebih longgar terutamanya dikawasan perut.
  • Dapatkan ubatan seperti Antacid atau herba yang boleh mengurangkan acid reflux. Bagi kes-kes yang lebih teruk dan diatas nasihat doktor.'

Mungkin, ianya lebih teruk sedikit buat saya kerana kurangnya aktiviti-aktiviti berjalan secara tidak langsung tiada senaman, lebih banyak berbaring, tidur. Baring pun harus didalam keadaan postur yang sebaliknya (seperti cadangan diatas) bahagian punggung harus lebih tinggi dari badan, untuk mengurangkan tekanan pada rahim.

Tuesday, February 15, 2011

Cadar 'baru'

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:20 PM 5 comments Links to this post
"...Oh tidak! Apa sudah jadi dengan cadar ibu????Ini boleh menyebabkan marah!!" (Ala-ala dialog dalam filem Abdul. Azri sudah mula mengasah bakat melukis ala-ala nak jadi jadi seorang graffitist!

Aktiviti 'artwork' terbaru azri...."...Grrrrr...!!!"


Saya masih boleh boleh bersabar kalau ianya disini, huhu!:Oh, jangan tanya saya pasal drawing block, buku mewarna ker atau segala bagai jenis kertas yang lain. Semua dia dah 'immune'...

Botol air

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:28 AM 3 comments Links to this post
Entri kali ini demi menyahut seruan 'marilah kita minum air dengan banyak dimana-mana sahaja' dan kesinambungan entri dibawah juga hihi! (Apa kaitan, haha!). Saya lupa juga untuk masukkan salah satu keburukan bed-rest adalah secara tidak langsung anda mudah untuk keluar duit, huhu! Terutama jual-beli secara online.
Hasilnya, saya telah mengorder sebuah botol air (saya sukaaaa!) untuk menggantikan botol mineral yang selama ini saya usung ke mana-mana. Ada style? (Shhh, saya tidak bagitahu encik suami tentang harganya, ngeh2!). Jika saya terlupa bawa botol air ini, maka saya tetap akan membeli sebotol air mineral diluar, tiada makna juga, hehe!

Sekianlah sahaja entri jaki saya pada hari ini, hihi!

Monday, February 14, 2011

Keperluan air bagi ibu menyusu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:40 PM 0 comments Links to this post
Berapa banyak sebenarnya keperluan air yang perlu kita ambil sepanjang tempoh kita menyusukan anak? Adakah saya perlu minum banyak air untuk menghasilkan kuantiti susu yang banyak? Adakah kuantiti susu saya akan berkurang jika saya kurang minum air? Oh, banyak persoalan mengenai keperluan air yang mencukupi bagi ibu-ibu yang menyusu ini.

Air merupakan keperluan yang penting untuk badan kita dan menyumbang lebih kurang 60% dari komponen berat badan kita. Secara am, kita akan kehilangan lebih kurang 1.5-2.8 liter sehari melalui sistem perkumuhan kita seperti berpeluh, kencing dan sebagainya.

Oleh kerana makanan hanya menyumbang 20% sahaja keperluan air, jadi kita perlu menambahnya dengan meminum air dengan lebih banyak. Mengikut guide yang kita sering dengan dan dicadangkan adalah '8 X 8 Rule'. Iaitu kita perlu minum sekurang-sekurangnya 8 gelas sehari air yang bersamaan dengan 1.9 liter pada setiap hari.

Begitulah juga guideline yang digunakan pakai untuk ibu-ibu yang hamil serta menyusu. Dan yang sering kita baca adalah 'Drink to thirst', 'quench thirst'.. Rata-rata artikel yang saya baca kebanyakannya memberikan panduan seperti '8X8...

Sebagaimana yang saya fahami, keperluan utama air bagi ibu-ibu menyusu adalah untuk mengembalikan kuantiti air yang hilang dari badan melalui sistem perkumuhan sehari-sehari, untuk mengelakkan dehidrasi, keletihan dan sebagainya. Tidak ada kajian yang menunjukkan kaitan kuantiti air yang banyak diambil oleh ibu itu akan menyebabkan kuantiti susu juga bertambah.

Seperti biasa lah, saya kongsi maklumat hasil dari pencarian di internet. (Siap snip sekali, dengan alasan tiada kerja, hihi!)
[Sumber: Counselling the nursing mother: a lactation consultant's guide]


[Sumber: Breastfeeding Basics]
[Sumber: Vitamins & other supplements for breastfeeding mothers]

Jika ditanya pada saya, saya selalunya akan pastikan setiap hari saya akan habiskan sekurang-kurangnya 1.5 Liter air bersamaan satu botol besar air mineral. Jika tidak habis sebotol air itu untuk satu hari, itu menandakan yang saya tidak minum cukup air. Dan saya perasan juga, warna kencing akan menjadi lebih gelap dan bibir pun cepat kering. Lagi-lagi di waktu kehamilan ini.

Maulidur Rasul

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:45 AM 0 comments Links to this post
Esok adalah sambutan Maulidur Rasul iaitu sambutan memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Maulidur Rasul yang bermaksud kelahiran Rasul didalam bahasa Arab.

Dan seperti biasa umat islam diseluruh dunia menyambut dengan pelbagai acara yang berfaedah untuk menyemai rasa kasih terhadap Rasulullah, mengambil contoh-tauladan yang mulia daripadanya serta mengenang jasa-jasa perjuangan Rasulullah didalam menyebarkan agama Islam.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih."

[Sumber: wikepedia]

Pic dari google.

Di negara kita, selalunya sambutan Maulidur Rasul ini juga dimulakan dengan perarakan sambil membaca selawat nabi. Ceramah agama dan juga diselitkan upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul S.A.W peringkat kebangsaan.

[Sumber: http://www.al-azim.com]


Sunday, February 13, 2011

Blueberry Cheese Tart

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:21 PM 5 comments Links to this post
Jom buat? Tadi saya belek-belek majalah Al-Muslimah, terjumpa resepi Blueberry Cheese Tart. Tapi saya tak cuba lagi, kalau nak cuba pun tak boleh sekarang lah, huhu! Saya lihat sekarang, dah ramai juga yang meminati tart jenis ini. Ramai yang tempah untuk majlis-majlis dan sebagainya. Saya pun pernah rasa dan sedap! Satu lagi kegemaran saya adalah Fruit Tart.


Saya minat juga buat pelbagai jenis kek, biskut dan pastry. Tapi sebelum nak buat tu saya make sure bahan-bahan yang diperlukan itu senang untuk saya cari. Lepas tu sukatan nya tu pun jenis yang simple-simple sahaja. Saya lebih suka kalau resepi yang guna ukuran 'cawan-cawan' ni. Contoh, 2 cawan tepung ker, 1 cawan gula ker, hih!

Saya scan dulu resepi ni, kalau tak alamatnya hilang lah by the time nak buat nanti, hihi! Tengok dari bahan-bahannya macam mudah je. Ok pass, lepas bersalin nanti boleh saya cuba buat, hihi! Kalau ada kawan-kawan yang nak try buat dulu, sila kan :) Lepas tu jangan lupa update saya dengan hasilnya yer! Selamat mencuba! :)

'Ashii' dan Azri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:48 AM 3 comments Links to this post
Boringnya..bila tak dapat berjalan ini sahaja lah kerja saya. Dah sebulan lebih saya terperuk di rumah kecuali keluar setiap 2 minggu untuk check up di hopsital sahaja.
...Ye betullll!.. :)


Bila dah boring, ini lah diantara kerja saya. Dah lama tak tepek gambar hero kesayangan saya ini. Dah 2 tahun 3 bulan. Berat dah 16kg. Tinggi pula 95cm. Kalau tengok real life dah macam baye budak 4-5 tahun dah!. Belum pandai cakap lagi tapi boleh lah sebut beberapa patah perkataan dan selebih percakapannya hanyalah 'bahasa' yang dia sahaja fahami.


Aiskrim disebut 'ashi'.

Diantara aktiviti-aktivitinya dirumah selama dah kurang berjalan ni sebab saya je yang rajin bawa dia keluar.

Dia dah tahu macam mana nak guna 'mouse' kat laptop ini untuk buka cerita feveretnya. Dia dah tahu dekat mana video file Upin-upin di dekstop laptop, klik dan buka sendiri. Dah tahu fungsi button play, button Exit (pangkah) kalau nak tutup. Atau bila cerita upin-upin tu habis, dia akan klik button play sendiri. Tak perlu lagi tarik tangan saya suruh play bila setiap kali dah habis, huhu!

Totti yang buta sebelah mata! Kena operate buang selepas kena sakit mata yang teruk masa kecik dulu.

Selain daripada itu, dia jadi tukang jaga kucing-kucing dalam rumah ni juga. Tolong buka pintu grill setiap kali ada kucing-kucing yang nak keluar masuk!, hihi!

Friday, February 11, 2011

EBM beku yang telah cair

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:03 PM 0 comments Links to this post
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sering berlaku tragedi-tragedi EBM beku yang cair disebabkan terputus bekalan elektrik, terlupa tutup pintu peti ais, fungsi pembekuan peti ais yang rosak dan sebagainya. Pasti proses untuk membuang berbotol-botol, berbungkus-bungkus EBM menjadi suatu perkara yang begitu sukar bagi ibu-ibu seperti kehilangan harta benda yang sangat-sangat bernilai. Saya juga tidak terlepas dari mengalaminya. ;)

Namun walaubagaimana pun, mengikut guideline penyimpanan susu perahan, kita semua sedia maklum bahawa susu yang beku apabila mulai cair (dicairkan walaupun disimpan sejuk) harus digunakan dalam masa 24-jam sahaja.

[Sumber: http://www.kellymom.com]

[Sumber: http://www.askdrsears.com]

Previously frozen milk that has been thawed can be kept in the refrigerator for up to 24 hours. While there is limited evidence to date that milk thawed for a few hours may be refrozen, this results in further breakdown of milk components and loss of antimicrobial activity. At this time, the accepted practice is not to refreeze thawed milk".

[Sumber: http://www.llli.org]


Rata-rata hampir kesemua artikel dan jadual susu perahan tidak menggalakkan untuk membekukan semula susu yang telah cair.

Sebagai kaunselor laktasi, pada mulanya saya juga jika seboleh-bolehnya cuba untuk memberi beberapa cadangan kepada ibu-ibu yang bertanya saya tentang bagaimana EBM beku yang telah mencair, bagaimana pula yang separuh cair dan separuh lagi masih beku? atau keliling botol sahaja yang baru cair, ditengah-tengahnya masih beku, masih perlu membuang kesemuanya juga lah?

Pada awalnya, saya cuba untuk memikirkan cara terbaik agar jika boleh tidak perlu untuk membuang semuanya seperti yang pernah saya fikirkan adalah, mungkin boleh saya di tuangkan yang mencair itu sahaja dan cuba gunakan dalam tempoh 24 jam (seberapa banyak yang boleh digunakanlah) dan yang masih beku didalam botol itu mungkin boleh terus dibekukan lagi.

Namun sebelum saya berani untuk memberi cadangan tersebut, saya merujuk dahulu kepada pakar laktasi, puan Kamariah. Dan jawapan beliau, adalah tidak digalakkan juga untuk berbuat begitu kerana komposisi susu tersebut sudah tidak seimbang dari segi kandungan hindmilk (lemak) dan juga foremilk (air). Sebab selalunya susu ibu kan terbahagi kepada dua lapisan, yang atas lebih banyak kandungan lemak, dibawahnya lebih banyak kandungan air. Jadi berkemungkinan yang telah cair itu adalah lebih banyak kandungan lemaknya. Jadi, ianya masih tidak seimbang untuk bayi juga.

Jadi kesimpulanya, adalah tidak dicadangkan untuk membekukan semula EBM beku yang telah cair tetapi boleh digunakan dalam tempoh 24 jam ianya cair. Dan EBM beku yang telah cair itu pula hendaklah diletakkan didalam keadaan sejuk (refrigerated/chilled) sepanjang 24 jam itu.

PUPPP

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:38 AM 4 comments Links to this post
PUPPP atau Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy. Panjang sungguh namanya kan. Ini cerita kehamilan saya yang lepas. Pada mulanya saya sangkakan hanya kesan pregnancy stretch mark yang biasa sahaja. Sehinggalah disertai dengan rasa kegatalan yang sungguh luar biasa. Kulit pun menjadi merah seperti bersisik-sisik. Bukan setakat gatal sahaja, kawasan kulit yang kemerahan itu pun menjadi panas. Siapa pernah kena macam ini?

Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP), also known as polymorphic eruption of pregnancy, is the most common rash in pregnant women. It normally occurs in first pregnancies during the third trimester with an average onset of 35 weeks. Thankfully, PUPPP does not usually affect subsequent pregnancies"


[Sumber: http://dermatology.about.com]
(Gambar dari google)

Seperti yang saya quote diatas, pada 30+ minggu keatas saya mula menghadapi gatal-gatal seperti ini hanya dikawasan perut, punggung dan juga peha. Kesannya rasa tidak selesa (merenyam-renyam) pada sekitar kawasan tu jika bersentuhan dengan pakaian, lebih teruk lagi jika waktu panas dan berpeluh, waktu malam pun. Kata orang tua-tua, kena 'Ular-batik' lebih kurang lah bunyinya. Jangan digaru (walaupun rasa macam nak garu-garu), nanti ianya akan tinggalkan parut. Sebab tak boleh garu cara saya, gosok dengan jari (kalau tak tahan sangat lah) atau garu atas kain, hihi!



Pelbagai krim, sabun berubat saya cuba dari detol sampai lah ke mahal. Semua pun macam tak serasi. Kemudian kakak ipar saya mengesyorkan saya mencuba minyak Franch. Minyak dia agak pekat dan melekit. Kalau bawa tidur memang kesan dan bau minyak tak hilang pada baju walaupun dah dibasuh. Dan saya guna dengan sabun berubat Neem dia juga. Buat mandi 3 kali satu hari. Lepas tu sapu minyak tu dikawasan tersebut. Hampir 2 minggu juga saya amalkan begitu, alhamdulillah berkurangan dan akhirnya hilang terus sebelum saya saya besalin.

Thankfully, PUPPP does not usually affect subsequent pregnancies"


Mudah-mudah kali ini saya tak kena lagi, huhu! Dah bersiap-sedia juga saya dengan dah mula mandi dengan sabun ni dari sekarang, hihi psiko!
 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea