Mengapa saya perlu menjalani proscedure cerclage pada kehamilan kali ini, sedangkan pada kehamilan yang pertama saya semua berjalan seperti biasa. Semua ini, selain daripada faktor2 yang memerlukan cerclage seperti yang saya sebutkan diatas, ada lagi satu faktor juga dimana seseorang itu perlu menjalani procedure ini. Iaitu apabila seseorang itu juga telah menjalani surgeri keatas rahimnya diatas sebab2 penyakit yang lain.
Dalam kes saya, saya sebenarnya telah melalui satu proses surgeri keatas rahim saya yang dipanggil LEEP (Loop Electrosurgical Excision Procedure) pada awal tahun 2009. Hasil daripada ujian Pap Smear yang saya buat selepas saya bersalin dan keputusan adalah tidak normal. Prosedur ini adalah rawatan bagi membuang sel tisu yang tidak normal pada pangkal rahim (yang mana boleh membiak menjadi kanser pada pangkal rahim). Dan setelah menjalani surgeri, saya telah memasuki kategori "Cervical Incompetence".
Pada awal-awal kehamilan, tidak berlakunya sebarang perubahan pada rahim saya, namun apabila masuk ke minggu 23 minggu kehamilan, rahim saya menunjukkan perubahan dan mula singkat dari yang sepatutnya. Dan berlaku juga sedikat kebukaan pada rahim (Cervical Funneling). Ukuran rahim saya telah mencecah 2.8 cm iaitu dibawah ukuran normal rahim semasa kehamilan.
"The normal length of a cervix during pregnancy is 3 centimeters or greater. A vaginal ultrasound is the most accurate way to measure a cervix. From 32-34 weeks gradual cervical shortening begins, so a measurement of less than 3 cm can be normal in the last trimester."
[sumber:
Pregnancy.Org]
"The usual length of the cervix is about 4cm as measured on TVS. Women with a cervical length of less than 2.5cm have been found to have a 50% risk of preterm delivery in one study."
[Sumber:
Women's Health]
Kemudian saya telah dijadualkan untuk menjalani procedure Cerclage tersebut pada 6 haribulan di Pusat Pakar HUKM. Namun, procedure untuk pertama kali tersebut tidak dapat dijalankan kerana, keadaan rahim saya yang agak pendek dan ditambah lagi keadaan rahim yang tidak berapa sempurna akibat daripada pembuangan tisu disekitar semasa melalui surgeri LEEP dahulu.
Doktor telah menerangkan bahawa ada beberapa kaedah lain juga yang boleh dilakukan jika cerclage ini tidak boleh dilakukan dari bawah (vaginally). Ianya boleh juga dilakukan dari atas iaitu secara pembedahan kecil dari abdomen dan ianya akan diletakkan daripada atas iaitu dipanggil Abdominal Cerclage.
"An abdominal cerclage, the least common type, is permanent and involves stitching inside the abdomen. This is usually only done if the cervix is too short to attempt a standard cerclage, or if a vaginal cerclage has failed or is not possible."
[Sumber:
Wikipedia]
Mujur, ianya tidak dilakukan secara on-the-spot semasa saya berada di dewan bedah tempohari. Oleh kerana semasa procedure cerclage tersebut hanya memerlukan bius separuh badan sahaja, doktor telah memberitahu pilihan yang ada semasa dalam dewan bedah tersebut sama ada saya ingin meneruskan sahaja dengan abdominal cerclage. Mungkin melihat keadaan saya yang masih tidak berapa stabil (pening, mabuk akibat daripada dos spinal), doktor memutuskan untuk menangguhkan procedure tersebut ke satu tarikh yang sesuai.
Namun saya masih tidak dibenarkan untuk keluar dari wad dan dikehendaki untuk bed-rest sahaja diwad untuk menjalani procedure tersebut sekali lagi. Alhamdulillah, masa yang ada selama beberapa hari tersebut saya guna untuk mencari informasi mengenai Abdominal Cerclage. Dari keputusan saya untuk melakukan procedure itu, sehinggalah saya menukar fikiran untuk tidak meneruskan procedure tersebut setelah membaca apakah impactnya pada kehamilan saya dan kehamilan pada masa depan.
Dari apa yang telah saya ketahui dan saya baca di internet dan juga serba sedikit penerangan dari doktor. Sekiranya procedure abdominal cerclage ini dilakukan (walaupun success rate nya lebih tinggi dalam mengelakkan pregnancy loss dan preterm labor), seseorang itu tidak boleh bersalin normal lagi dan untuk kehamilan-kehamilan yang seterusnya.
Ini kerana setelah cerclage itu diletakkan melalui abdomen, ibu itu terpaksa bersalin secara Caesarean Section (C-Section) dan cerclage itu tidak akan dikeluarkan selepas pembedahan untuk kegunaan pada kehamilan yang seterusnya. Kesannya juga, ibu itu agak sukar untuk mengandung secara semulajadi kerana string yang ditinggalkan itu akan lebih merapatkan rahim dan ditambah lagi dengan selaput yang akan terbentuk disekitar sepanjang tidak berlaku kehamilan.
Kebetulan kebanyakan kes yang saya baca mengenai mereka-mereka yang melalui abdominal cerclage ini, mereka-mereka ini telah pun menjalani procedure vaginal cerclage yang biasa terlebih dahulu dan cerclage yang mereka jalani masih gagal untuk menahan tempoh kehamilan mereka sehingga cukup bulan, ada yang mengalami kelahiran pra-matang seawal 24 minggu. Dan akibat dari outcome pregnancy yang sebelum ini membuatkan mereka untuk beralih
menjalani procedure abdominal cerclage pula.
"If there is insufficient cervical tissue to allow placement of a cerclage vaginally, a transabdominal approach is sometimes used. With this procedure, an encircling suture is placed above the cardinal and uterosacral ligaments. Transabdominal cerclage is not frequently performed and is only indicated for those patients with previous failed cervical cerclages, shortened or amputated cervix, and/or deep traumatized cervix. This procedure should only be performed by physicians with special training and expertise in this procedure."
[Sumber:
Transabdominal Cerclage,
Aetna]
Oleh kerana, saya masih tidak ada lagi history atau indicator mengenai kehamilan saya ketika ini seperti keguguran, kelahiran pramatang dan sebagainya. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak menjalani menjalani procedure abdominal cerclage. Saya ambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Jika ditakdirkan kehamilan kali ini mempunyai masalah dan mengalami risiko seperti yang saya sebutkan sebelum ini dan tidak ada rezeki. Baru lah saya akan mengambil tindakan awal untuk kehamilan yang seterusnya.
Ini kerana saya tidak mahu menyekat peluang kehamilan yang normal untuk kehamilan yang seterusnya jika saya terus mengambil keputusan untuk menjalani procedure abdominal cerclage tersebut. Sedangkan saya masih dalam keadaan uncertainties lagi untuk kehamilan yang sekarang ini (adakah ianya sebenar-benarnya memerlukan cerclage?). Saya tidak mahu berada dalam keadaan dimana "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", "lain yang hendak dicegah, lain pula yang datang/jadi". Begitu keadaan saya ketika itu.
Namun, doktor juga turut memberi cadangan bahawa dia akan mencuba sekali procedure cerclage seperti biasa untuk kali kedua. Dengan harapan, rahim saya menunjukkan improvement dan membolehkan procedure tersebut dilakukan dari bawah sahaja setelah saya beberapa hari berehat (bed-rest) di hospital.
Dan jika iannya masih tidak dapat dilakukan juga, doktor tidak akan berbuat apa-apa dan saya di wajibkan untuk berada didalam keadaan bed-rest sahaja dan berharap rahim akan bertahan sehingga kandungan cukup bulan. Jika tidak ada rezeki pada kali ini, cerclage ini akan dilakukan pada lebih awal minggu kehamilan dimasa hadapan.
Alhamdulillah, selasa yang lepas saya memasuki dewan bedah sekali lagi dan procedure itu dapat dilakukan dari bawah. Namun menurut doktor, ianya tidak dapat dilakukan dengan 'secantik' seperti yang sepatutnya kandungan yang telah masuk 23 minggu dan ditambah dengan keadaan rahim lagi berbanding jika ianya dibuat lebih awal lagi.
Kini sudah hampir seminggu selepas saya menjalani cerclage tersebut. Dan sudah masuk hari ke-12 saya berada diwad. Semasa diwad saya terpaksa berbaring dikatil sepanjang masa. Dan keadaan berbaring pun bukanlah seperti yang biasa. Saya terpaksa berbaring dalam keadaan 'Trendelenburg Position". Dimana hujung kaki katil akan ditinggikan lebih dari paras kepala.

Lebih kurang camnilah keadaan saya bed-rest di hospital. Tapi saya terpaksa improvise sedikit, saya tak boleh kalau kepala lagi rendah dari kaki, rasa macam darah berkumpul dikepala. Jadi saya terpaksa letak 2 bantal untuk memastikan kepala saya tinggi sedikit. Dalam keadaan begini saya ambil masa 2-3 hari juga untuk menyesuaikan diri dengan posisi ini. Selama 2-3 hari juga saya mengalami pening kepala, muntah-muntah (mungkin ditambahkan kesan dari bius), pressure pada tengkuk sebab terpaksa letak atas 2 bantal. Kalau tak, saya akan kembali pening pula.
"In cases where Incompetent Cervix is diagnosed later in a pregnancy an emergent cerclage may be placed. This procedure is normally followed by bedrest in the Trendelenburg position and drugs to treat for infection or to stop contractions. The Trendelenburg position is used to allow gravity to pull the baby and membranes away from the cervix."
[Sumber:
How to treat Incompetence Cervix, eHow]
Minggu ini saya sudah masuk 25 minggu, masih di wad. Tidak tahu berapa lama lagi dijangka hendak duduk disini. Jika mengikut recommendation dari doktor adalah lebih baik saya bed-rest dihospital sehingga saya 36 minggu. Kerana tidak yakin saya boleh berkeadaan begini jika berada di rumah.
Saya masih memikirkan sama ada memutuskan untuk berehat dirumah sahaja dan bertanggung jawab diatas segala kemungkinan yang bakal berlaku. Apa-apa pun saya menghitung minggu demi minggu agar kandungan kali ini dapat bertahan sehingga minggu yang sepatutnya, Amin!