Monday, December 5, 2011

Kompleks Taman Seni Islam

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:19 AM
Sewaktu saya berkursus PKK selama dua hari minggu lepas di Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam, sempat juga kami peserta-peserta kursus dibawa melawat-lawat sekitar Kompleks ini. Ini merupakan kali kedua saya ke sini. Pertama kali dahulu sewaktu menghadiri majlis perkahwinan saudara yang dibuat disini juga. Tetapi masa itu tidak tahu menahu pun apakah fungsi kompleks ini sebenarnya dan tidak berkesempatan untuk melihat-lihat ditempat lain kerana kebanyakan bilik-biliknya ditutup, hari ahad lah katakan.

Gambar dari Google

Menurut kata puan yang mengiring kami, Kompleks Taman Seni Islam ini diuruskan oleh Yayasan Restu. Kompleks ini adalah tempat untuk mengimarahkan lagi aktiviti-aktiviti keislaman seperti ceramah agama, mengaji Al-Quran, tempat untuk belajar seni kaligrafi dan khat dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Kami dibawa ke salah satu tempat didalam kompleks itu iaitu bilik kebal. Menurut puan itu, didalam bilik itu menempatkan salah satu manuskrip Al-Quran yang bernilai RM6 juta. Projek Al-quran ini memakan masa lebih kurang 5 tahun untuk disiapkan.

Inilah lembaran-lembaran Al-quran RM6 juta yang disiapkan, setiap satu lembaran itu sebesar lebih kurang 4'x3' besarnya. Ayat-ayat Al-quran tersebut ditulis dengan menggunakan dakwat dan dicelup setiap kali habis satu huruf. Bayangkan lah berapa juta kali celup untuk menulis keseluruhan Al-quran. Dan hiasan diluar tulisan itu diguna dakwat emas yang bernilai 24-karat. Motif hiasannya pula adalah daripada seluruh negeri-negeri yang terdapat didalam Malaysia ini. Kertasnya pula adalah bukan daripada kertas biasa, kertas ini diimport dari Jerman yang bernilai lebih kurang RM1k lebih kalau tak silap saya. Saya sungguh kagum melihat seni khazanah ini dihasilkan.

Ini pula adalah salinan manuskrip Al-Quran, yang originalnya dibuat khas dan sudah diserahkan kepada Tun Mahathir. Bagi mengenangkan jasa Tun Mahathir semasa pemerintahan beliau dalam membantu Yayasan Restu dengan memperuntukan sejumlah peruntukan kepada Yayasan Restu ini.

Ini pula adaah kedai buku yang menjual pelbagai jenis naskah Al-Quran dan tafsir yang mempunyai pelbagai seni musyaf yang menarik dan cantik-cantik.


Ini pula ada galerinya yang menempatkan pelbagai jenis Ayat-ayat pilihan dalam Al-quran yang dihiasan dengan seni kaligrafi islam dan dibingkai untuk dijadikan sebagai perhiasan dinding. Ini baru sebahagian sahaja, ada banyak lagi bahan-bahan yang dijual di situ.

Minggu hadapan saya akan berkursus disini lagi. :)

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea