Tuesday, December 6, 2011

Hari yang tidak produktif

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:33 PM
Sudah 3 hari saya berlalu tanpa sesuatu yang produktif pun yang dapat dilakukan. Ini semua gara-gara demam mengejut berserta batuk dan selsema sejak dari hari ahad yang lepas. Masih banyak lagi kerja-kerja yang belum disiapkan terutamanya kerja-kerja jahitan, huwaa!.

Bila diri sendiri dalam keadaan sihat dan gagah perkasa, sepuluh orang anak pun kita sanggup ada. Tapi bila sendiri dan terlantar sakit nak angkat kepala pun tak boleh, terasa seperti nak sub je anak-anak pada orang lain, huhu! Tak larat sungguh!

Hal mengenai study saya pun masih belum diputuskan lagi. Tinggal 2 hari je sebelum hari pendaftaran kemasukan pada sabtu ini. Semasa sakit, rasa seperti nak tolak je semuanya! Hmmm, semoga Allah memberikan saya petunjuk dan hidayah, Amin!

2 comments:

Wizana binti Abd. Jalil said...
This comment has been removed by the author.
Wizana binti Abd. Jalil said...

semoga kembali sihat dengan segera

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea