Friday, December 2, 2011

Banjir kilat di pekan Kajang

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:52 AM

Kecoh tadi petang tadi lebih kurang pukul 4pm bersamaan 2 November tentang banjir kilat yang melanda seluruh pekan Kajang. Cuak juga saya melihat gambar-gambar dan video-video yang dikongsi di Facebook rakan-rakan. Macam tak percaya je bila tengok pekan Kajang jadi begitu. Selalu tengok kat TV jer banjir2 gini kat tempat lain. Kali ni betul-betul berlaku di dalam kawasan saya. Berdebar juga. Baru semalam saya dan ibu ke pasar kajang.


Habis berlumpur kuning.

Plaza Metro juga dimasuki air sampai Ground Floornya. Lower Ground floor yang menempatkan Giant, Guardian dan kedai-kedai yang lain-lain tak tahu lah nasib macam-mana. Dengar berita di TV1, menurut laporan ketua balai polis Kajang, Lebih kurang 5o biji kereta yang di letakkan di parking basement Metro Kajang turut tenggelam. Itu tak masuk lagi kereta-kereta yang tenggelam disekitar kawasan deretan kedai sehingga ke pasar Kajang. Menurut berita berpuluh-puluh lagi kereta rosak teruk.







Video ni pula menunjukkan air deras betul-betul dihadapan Metro Kajang dan air kemudian memasuki kedalam Ground Floor Kompleks Metro Kajang ini. Subahanallah!
Saya kira ini kejadian banjir kilat yang paling teruk sekali yang melibatkan keseluruhan pekan kajang. Beberapa tahun lepas terjadi juga banjir kilat dibeberapa tempat terutama yang berdekatan dengan sungai kajang dan menyebabkan tempat parking basement Metro Kajang juga dibanjiri air, namun tak salah waktu dah malam jadi tak banyak lagi kereta yang masih parking disitu.

Ini pula gambar sesudah surut, nampak cam takda pape je kereta2 ini kan, dalamnya tak tahu lah, kalau saya mahu nangis woo....

Mujur tak ke kajang tadi, plannya nak ke kedai jahit beli barang2 jahit skit..phew~

*Sumber gambar dari FB & Google Search. :)

3 comments:

Miela77 said...

Asslm..lama x berblogging..tiba2 dgr berita ttg banjir kat kajang..x sabo nk on lappy..tp dak kecik ni kaco je..ngeri tgk video2 tu terutama video yg selamatkan wanita atas van tu..(klu ku disitu..mau nangis ketar2 da tu)...cian kat owner kereta & pekedai2 tu kan..harap semua tabah menghadapinya..

Ely Hasrul said...

seb beik la ko xpegi situ and tak jadik mangsa jugak.. harap sapa2 yg jadik mangsa tu bersabar lah ye

Hayatie said...

Miela77: Jadi iktibar tu.

Ely: Dah la memang dekat jer, lebih kurang 10 min je klu nak gi pekan kajang tu.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea