Saturday, November 26, 2011

Syukur kepada Mu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:54 AM


Hari ini saya panjatkan lagi kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa. Disaat Allah menguji saya dengan ujian demi ujian dalam pada masa yang sama saya juga ditunjukkan dengan pelbagai lagi ujian-ujian Allah S.W.T yang lebih berat lagi kepada orang yang lain.

Tatkala saya bersedih dengan ujian tanda lahir yang Allah berikan kepada izzet, saya dipertemukan lagi dengan kisah seorang bayi yang menghidapi 'Congenital Melanocytic Nevus (CMN)'. Satu lagi jenis tanda lahir atau lebih dikenali sebagai 'Brown Birthmark'.

Serupa dengan dengan tanda lahir jenis vaskular seperti Port Wine Stain, cuma yang membezakannya adalah Vascular Birthmark adalah lebih kepada ketidak-normalan pada salur darah (Blood vessel abnormalities) manakala Congenital Melanocytic Nevus lebih kepada pertumbuhan sel melanin di bawah kulit yang tidak normal (Overgrowth of Melanocytes).


Congenital Melanocytic Nevus ini adalah sangat jarang dan boleh menghidapi dihadapi oleh
seorang bayi didalam setiap 20,000 kelahiran. Dan risiko dari Melanocytic Nevus ini ianya boleh menjadi Melanoma atau kanser.

Saya menangis apabila melihat gambar-gambarnya di Facebook sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa bulan yang lepas. Beliau meninggal kerana Melanocytic Nevus juga terdapat di beberapa atas kepalanya dan menjadi ketumbuhan dari
dalam kepalanya. Ketumbuhan didalam kepala itu melumpuhkan kebanyakan sistem sarafnya.

Hati saya cukup tersentuh apabila membaca kisah-kisah penderitaan anak-anak kecil ini dengan pelbagai ujian penyakit di awal usia lagi. Lantas saya bersyukur kerana apa yang dilalui oleh Izzet ini hanyalah sebahagian kecil ujian yang Allah berikan kepada kami.



Sekurang-kurangnya izzet masih dikurniakan kesempurnaan dan kelebihan yang lain. Berkali-kali saya menciumnya dan merasa bertapa bertuahnya saya kerana dikurniakan anak yang masih sihat walfiat, syukur-syukur Alhamdulillah! Semoga izzet terus membesar menjadi anak yang soleh kelak, Amin!


اَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
(Al-Anbiya': 87)

1 comments:

Hunny Kitty said...

semoga izet membesar dengan kesihatan tubuh badan yg sempurna...amin~

baru2 ni hubby i mengadu yg sebelah matanya kurang jelas..saya pulak risau sebab takut ada kaitan dengan PWSnya..sebab saya tgk mcm pembuluh darah dimatanya mcm stress dan terlampau merah.. T_T

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea