Tuesday, November 15, 2011

Kepentingan Sentuhan dan Dakapan Ibu kepada Bayi

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:45 AM
Tergerak untuk berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini setelah terbaca beberapa artikel mengenai bayi yang dipisah atau diasing dari ibunya sejurus selepas kelahiran (Maternal Separation). Menurut artikel tersebut:


Saya berpendapat, sentuhan atau dakapan yang kerap dari ibu sebenarnya yang membuatkan bayi lebih tenang diawal-awal kelahirannya. Berbanding jika bayi itu dibedung dan kemudian diletakkan di suatu tempat khas seperti katil bayi, bassinet mahupun tilam bayi yang berasingan. Ini secara tidak langsung membuatkan bayi kurang menangis dan seterusnya melancarkan lagi proses penyusuan seseorang ibu dengan lebih yakin.

Saya juga tertarik dengan petikan artikel ini:


Mungkin boleh dilihat ibu kucing sebagai contoh. Walau kucing bukan dikategorikan sebagai "carry mamals", kita boleh nampak, anak-anak kucing tidur lena dan nyenyak dibawa perut ibunya setiap kali ibunya berada dekat dengan anak-anaknya. Apabila ibu tiada disitu (mencari makanan) anak-anaknya mula bising, terhidu-hidu dan tercari-cari akan ibunya.

Selain daripada itu, saya juga bersetuju pada petikan artikel ini:


Seringkali juga kita mendengar pesan orang tua-tua yang melarang ibu-ibu untuk sentiasa memegang atau mengangkat bayi mereka sewaktu didalam pantang terutamanya kerana dikhuatiri anak itu akan terbiasa dengan perlakuan tersebut dan ini menyusahkan ibu dikendian hari kelak.


Jika difikirkan secara logiknya, bayi yang senantiasa berada dekat dengan ibunya terutamanya diawal-awal kelahiran mereka lebih kurang meragam dan menangis. Ini kerana apabila bayi yang sentiasa menangis ianya bukan sahaja memberi signal ke-stress-an kepada bayi tetapi juga bakal mengundang panik kepada kedua ibu-bapanya kerana andaian utama yang bakal bermain di fikiran adalah berkemungkinan bayi mereka sedang lapar. Sekaligus ianya juga akan mengurangkan keyakinan kepada ibu yang sedang menyusu itu.

Adakala ibu saya bertanya, "Kenapa izzet ni macam kurang meragamnya berbanding dengan azri dulu?". Mungkin inilah salah satu jawapannya kepada persoalan ibu saya itu. Apa yang saya tidak lakukan dengan azri dahulu saya praktikan kepada izzet dan saya nampak perbezaan kedua-duanya.

Kalau nak diikutkan, memang banyak lagi kebaikan-kebaikan yang kita dapati daripada isu "Mother-baby attachment" dan salah satu kebaikan yang saya ingin tekankan daripada praktis ini adalah ianya sangat membantu ibu-ibu khususnya didalam memulakan proses penyusuan mereka.

Anda pula bagaimana? :)


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea