Monday, November 14, 2011

Kaunter Penyayang

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:33 PM

Semalam saya ke MPKJ atas urusan cukai pintu. Lengang sungguh! Barangkali sudah habis musim membayar cukai sebelum tamat tempoh setiap 28 Febuari (penggal pertama) &31 Ogos (penggal kedua). Dah ada kaunter penyayang rupanya. Eh apa yang kecohnya pasal kaunter penyayang ni, kat tempat lain pun ada juga kan, huhu! Takda apa.. selain daripada kaunter khas untuk OKU dan warga Emas, ianya juga untuk ibu mengandung.

Ini kali pertama saya terjumpa kaunter awam yang dibuat khas untuk ibu mengandung selain daripada kaunter dihospital. Bagus juga kan dibuat macam ini, takdalah ibu-ibu yang sarat mengandung sakit pinggang duduk berjam-jam nak tunggu giliran yang berpuluh-puluh lagi. Oops itu kalau bagi ibu yang sarat. Kalau ibu-ibu yang baru 1-2 bulan hamil perut tak nampak, aci jugak tak nak guna kaunter ini? macam nak sahkan yer, hihi!

7 comments:

Cik Puan Nurul said...

ngandung lagi ke weh ohh tidak hehehehhehe

Hayatie said...

CPN: Jeng-jeng-jeng! heheh!

Ely Hasrul said...

aku baru aje byr cukai pintu tadik kt mpsj xdek plak aku nmpak kaunter penyayang nih tp kt situ kaunter pon byk laju aje buat keje xdek le aku nk nuggu lama..

fiza said...

Sebut pasal cukai, tak gi bayar lagi...huhuhu...

Daku bayar online jer, senang ☺☺

wan nurul hezrina said...

ALAMAK CUKAI LUPA DAH BERTUNGGAK 2 PENGGAL.huhu..tapi bayar pakai online jer senang=)kena mentionlah ibu2 mengandung 6 bulan ke atas=)hikhik

Ummi Ummair said...

a'aa..kan kak. macam saya yg baru mengandung 2 bln ni sape yg tahu? kena bwk buku merah kot..hehe

Fid said...

oooo ada erk..akukan tak tau menahu hahaha

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea