Thursday, November 3, 2011

Hubungi PIM/PC berhampiran anda untuk sebarang khidmat bimbingan dalam penyusuan susu ibu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:25 AM
Sebagai salah satu alternatif dalam bantuan penyusuan selain dari forum ini, saya ingin mencadangkan bahawa ibu-ibu juga boleh menghubungi para Pembimbing Ibu Menyusu (PIM)/Peer Counselor (PC) yang terlatih daripada program Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC).

Para PIM/PC boleh membantu dari segi khidmat bimbingan dalam pengurusan/masalah asas penyusuan, bimbingan dan sokongan dalam penyusuan serta memberi cadangan alternatif rujukan bagi masalah-masalah yang lebih serius. Apa yang paling penting, khidmat bimbingan ini diberikan secara sukarela tanpa sebarang bayaran oleh para PIM/PC.

Sehingga hari ini, MBfPC telah mempunyai lebih 200 orang PIM/PC yang telah dilatih seluruh Malaysia termasuk lah Sabah & Sarawak (Bagi Sarawak bengkel latihan PIM/PC bakal dijalankan pada hujung bulan ini insyallah).

Bagaimanakah ibu-ibu boleh menghubungi PIM/PC yang berhampiran dengan anda? Boleh klik pada pautan yang saya lampirkan dibawah ini:

Senarai Pembimbing Ibu Menyusu (PIM)/Peer Counselor (PC)

Atau, boleh klik pada Logo 'Senarai Pembimbing Ibu Menyusu (PIM)' di muka hadapan forum Susuibu.com, di ruang menu sebelah kanan.

Sekian, harap dapat membantu

*Forum SI dah tepek, sini pun tepek juga, hihi!

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea