Monday, November 21, 2011

Bawal oh Bawal!

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:33 PM
Tengah kemas-kemas lagi laci tudung bawal untuk kesekian kalinya. Saya rasa kali terakhir saya pakai tudung bawal ni masa tahun 2008/2009 kot. Bila azri dah start 'melasak' saya memang dah tak sempat dah nak berbawal-bawal lagi.

Kalau pakai keronsangnya kat bahu, azri selalu nak cabut. Kalau nak pakai tudung ni selalu rushing, sebab sibuk kan kemas barang-barang yang lain dulu tudung tu selalu jadi perkara terakhir yang dipakai. Kompom la senget benget. Mana nak gosok lagi.

Ni je lah yang tinggal, yang lama-lama semua saya sudah 'sedekah'kan, hihi! Ni pun dah 2 tahun lebih terperap macam takda tanda-tanda akan dipakai je lagi,huh! Terima kasihlah kepada fesyen tudung ber'awning' pakai terus sarung je yang jadi penyelamat kepada ibu-ibu macam saya ini, hihi!. Satu je yang tak best, malas betul nak jaga part awningnya supaya tak rosak dan kemek-kemek bila nak basuh.

3 comments:

Imaan09 said...

kak yati..klu sekali sekala pakai tudung bawal ni, nampak muda.. haha. terutama bila kita selalu pakai y tudung expres tu.. jgn laa buang, sayang.. mahal tu.. mana tau zaman kegemilangannya berulang lg nanti...

wan nurul hezrina said...

kalau ikutkan mmg tudung bawal lebih mahal dr awning...tapi tulah mmg lecehnak gosok.bab basuh senang.awning plak basuh payah sbb nak jaga awning.bleh pakai time sempat nnt

Hayatie said...

Iman: Ahahkan, hihi! Mengikut pemerhatian, kalau orang bekerja, mereka masih memakan tudung jenis bawal juga ke ofis, tapi bila bersantai dengan keluarga, rata-rata menggunakkan tudung awning sahaja. :)

WNH: tu lah juga keburukan tudung awning, rasa dah banyak juga tudung awning lama yang dah bengkok2 awningnya, once dah bengkok takleh nak bikin cantik semula. Nak taknak beli lagi satu yang baru..huhu!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea