Tuesday, October 4, 2011

2nd V-Beam Laser-HKL

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:43 AM
Alhamdulillah selesai sudah rawatan laser yang kedua untuk izzet. Walaupun kali yang kedua, tetapi buat pertama kalinya dibuat di Jabatan Dermatologi HKL. Kami yang sepatutnya berada tepat pukul 7.30 di sana tiba pada pukul 8.30am.

Ketibaan kami disana disambut dengan bebelan seorang jururawat yang agak berusia yang boleh kami panggil makcik. .."Temujanji pukul berapa? bla bla..abis tu kenapa datang lambat bla bla, nanti nak prepare tu lah ini lagi bla bla bla.... " . What a way to start a good day! *Sigh* Mujur dia tak sambung lagi sebab mulut saya dah 'ringan' jer.

Layanan dia terus berubah bila apabila doktor datang dan kami mula berinteraksi dalam bahasa inggeris. Dan paling ketara perubahan jururawat itu bila dia mendengar kami adalah kes yang direfer dari PCMC. Dalam hati saya, 'hahh baru kau tahu, jangan pandang rendah pada semua orang yang masuk dalam HKL tu ingat semuanya jenis sengkek, low income yang kau boleh marah-marah sesuka hati, mesti dia dah biasa buat begitu pada orang lain agak, tambah2 lagi dengan ibu bapa muda. (Mode: grrrrr!)

Waktu ini staff nurse sedang menyapu EMLA cream sebelum procedure laser itu. Kali ini barulah saya berpeluang untuk melihat persediaan yang dibuat sebelum rawatan laser itu. Sewaktu di PCMC, sampai-sampai baby sudah dibawa masuk kedalam OT semuanya dibuat didalam sana.
EMLA Cream is a topical anesthetic. In other words, it is a cream that numbs the skin and decreases the sensation of pain
[Sumber: http://www.skinsite.com]


Rawatan laser dibuat dalam bilik ini. Semua patient yang sedang menanti giliran masing-masing. Tak lama pun laser dibuat, lebih kurang 5minit sahaja. Saya turut masuk kedalam bilik laser itu dan memegang izzet. Ketika dalam bilik semua perlu memakai goggle.

Menurut doktor, mesin yang sama juga mereka guna seperti di PCMC. Jumlah keseluruhan rawatan laser kali ini adalah RM50 sahaja berbanding RM2919 di PCMC. Syukur alhamdulillah! Rawatan Laser yang ke-3 adalah pada bulan 12 nanti.

5 comments:

Cik Puan Nurul said...

RM50 je..saya mesti pilih!huhu insyaallah nanti si bambam akan bertambah ganteng..jauh benor kosnya dgn kat PCMC kan..giler ahh boleh berpuluh kali melaser muka kalo gitu huhuhu

akma said...

kenapa izzet kena laser. alaa tak ikut cerita dari awal lah kak. cer laaa kak. =)

Hayatie said...

Akma: izzet ada birthmark jenis Port wine stain. Boleh ikut cerita pasal birthmark ni kat sini http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/search/label/Birthmark%20Stories

Hayatie said...

CPN: tu la..alhamdulillah. Allah murahkan rezeki izzet utk dapat kos yang lebih murah di HKL.

Hunny Kitty said...

this reallya great info...nanti saya nak add awak kat fb leh kita sembang2 skit berkenaan ini...trimas

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea