Wednesday, September 28, 2011

Terapi jiwa: Menjahit

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:35 PM
Fuh-fuh (sambil lap peluh) baru jahit 2-3 macam je dah huru-hara belum amik tempahan besar-besaran lagi ye dakk, hihi! Dalam keadaan yang sedikit huru-hara, izzet meragam nak tumbuh gigi, azri yang sentiasa nak buat saya beri 'perhatian' pada dia, dalam erti kata a lain kena marah laa, terkial-kial saya nak menyiapkan NC tempahan dari rakan.

Fabrik sepenuhnya kepunyaan rakan, saya tolong jahitkan sahaja. Adalagi beberapa helai NC yang perlu saya siapkan, tempahan dari kawan-kawan terdekat je. Banyak lagi kerja-kerja jahitan yang perlu saya siapkan.

Sudahlah buaian ni sudah patah dua. Jadi seharian saya banyak dihabiskan untuk menidurkan izzet sahaja. Sebab dia tak berapa lena kalau tidur tidak berbuai. Paling lama 1 jam jer, asal saya bangkit sahaja dari sebelah dia terus dia jaga, macam tahu2 je mak dia dah takda kat sebelah. Letak bantal peluk pun tak jalan, hehe!

Buaian ni dah hampir 3 tahun, saya rasa ianya patah sebab azri masih lagi menaiki buai ini walalupun beratnya dah 21kg, mungkin dah tahap maksimum tiang ni tak dapat nak menampung pressure lagi. Dah la masa patah ni izzet yang sedang berbuai, tapi mujur tak jatuh sebab tiang dua so ianya masih bertahan pada satu tiang lagi. Hai macam-macam hal lah pulak.

3 comments:

eRaY said...

wah cantiknya NC, nak tempah boleh? untuk anak kedua eray...serious nie TQ

Hayatie said...

eRaY: nak ker?ada nak letgo satu NC yang baru saya buat.. :)

eRaY said...

nak, tp dh lari budget bulan nie...pasal nak sambut newborn...erm agak2 how much ye..??

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea