Tuesday, September 6, 2011

Rezeki Izzet

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:31 AM
Tadi pagi kami mendapat panggilan yang tidak disangka-sangka. Rupanya dari Pediatric Dermatologist HKL, Dr Sab!rah yang memberitahu bahawa izzet boleh membuat rawatan laser di HKL pada 4 Oktober ini. Menurutnya, mesin laser yang baru dan size goggles untuk baby sudah sampai.

Saya terus erkkk!?? Bukankah semasa konsultasi kami dengan doktor tempohari (tapi dengan doktor lain kebetulan doktor sabirah tu tiada pada hari tersebut) mengatakan, polisi HKL yang tidak boleh membuat GA keatas bayi dibawah usia satu tahun kecuali diatas sebab-sebab perubatan.

Menurut Dr Sabirah (didalam perbualan telefon bersama encik suami) sekarang ini, rawatan laser untuk birthmark telah boleh dilakukan seawal usia lagi. Ok, kami faham dan sudah tahu dari awal lagi tentang perkara ini selepas melakukan 'penyelidikan', pengugelan besar-besaran di Internet mengenai hal-ehwal birthmark ini. Sehingga segala bapak jenis tanda lahir pun yang sebelum ni kami tak tahu menahu pun sudah kami tahu.

Jumlah kos laser pertama diPCMC tempohari.

Oklah, syukur sebab Allah murahkan rezeki untuk izzet dan kami yang akhirnya dapat juga buat di HKL. Alhamdulillah sekurang-kurangnya berkuranglah sedikit beban kos rawatan laser yang perlu kami keluarkan berbanding di Prince Court dahulu. Sebelum mendapat panggilan telefon dari HKL tadi, kami baru sahaja berbincang untuk mengaturkan appointment laser yang kedua di PCMC, tup-tup kami dah terima panggilan dari HKL, syukur Alhamdulilah!

5 comments:

Ely Hasrul said...

alhamdulillah. rezeki izzet tuh

mirah said...

Ya rezeki Izzet tu. Syukur.

Cik Puan Nurul said...

gilerrr ahh 2 riban lebih mahalnyaaa patutlah member aku yg kije sana ckp kalo beranak pun dah mahal gilerr leh cecah puluhan ribu..syukurlah dpt kurangkan kos rawatannya dak

Kasih Kita said...

Syukur, saya doakan agar semua dipermudahkan dan berjalan lancar. InsyaAllah :)

asyraf syndicate 2012 said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea