Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:11 AM
Hari ini 19 Jun adalah sambutan Hari Bapa. Hmm, biasanya saya tidak begitu beria sangat dengan sambutan-sambutan bagai ni, harijadi sendiri pun kadang-kala tak tersambut dan berlalu pergi seperti hari-hari yang lain juga.

Kebetulan saya memang dah lama plan nak belikan encik suami seluar jeans yang baru. Sebelum encik suami balik, saya pergi ke butik Levis The Mines untuk cari seluar jeans. Huh, berpeluh-peluh nak pilih design. Dah la saya ni bukan selalu pun beli seluar jeans alasan malu sebab size tak muat memanjang, hihi!. Oklaa sebab bulan januari lepas semasa harijadi dia pun saya tak sempat nak bagi hadiah pape pun. Saje je buat surprise untuk dia :)

Selamat Hari Bapa buat buat suami saya yang tercinta, terima kasih diatas segala penat lelah mu dalam mencari rezeki, menyediakan keperluan kami sekeluarga dan melindungi kami sekeluarga. Semoga Allah merahmati dan memberkati rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat, Amin!

Tak lupa juga al-fatihah buat arwah abah saya. Semoga roh abah di tempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman.


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea