Wednesday, May 25, 2011

Sarapan pagi

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:33 PM

Ini sarapan pagi untuk orang yang baru 32-hari berpantang, hokeh! Sandwich burger dengan telur, tempura nugget ayam dan kentang goreng. Ohh, ini sarapan bersama untuk anaknya sekali tapi tengoklah siapa yang makan lebih nanti, kih kih!

Saya berpantang makan juga, tetapi saya tidak terlalu rigid dalam apa yang boleh dan yang tidak boleh dimakan. Semua pun bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Saya terbaca sebuah artikel daripada pakar sakit puan tentang panduan ketika berpantang. Menurutnya:

Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran..."


Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan. Begitu juga proses pemulihan.."


Kepercayaan memakan sesetengah jenis makanan seperti ikan berduri atau udang boleh menyebabkan bentan atau luka bernanah adalah tidak benar. Sebenarnya, luka yang bernanah yang disebabkan oleh jangkitan kuman adalah berpunca daripada jagaan kebersihan yang kurang memuaskan..."


Untuk pembacaan selanjut kalian boleh baca di artikel Waktu Pantang, Dr Hamid Arshat


3 comments:

Cik Puan Nurul said...

betul tu..makan jela kalo ok ngan badan hihi..sebenarnya kalo makan ikan masin nnt xdpt zat n drh nifas bau busuk..dulu mak cik tukang urut aku walaupon org kg n dah tua pun ckp xelok mkn ikan kering ke apa..makan jela ikan2 segar.seafood ni kalo segar ok kalo yg lama2 tu yg gatal tuh huhu..ade org tahan makan nasi kosong ngn lada hitam semata selama 10 hr pastu bru makan ikan selar dan sayur sawi sampai 40 hr..adehh padahal boleh je mkn ayam,daging dan lelain..aku dulu masa dlm pantang asik kebulur je..mst lapar asik nk mkn je aku pelik sbb org lain boleh lak xlalu makan time pantang huhu.

Afne said...

nmpk menyelerakan sandwich burger tu :)

Hayatie said...

CPN:makan nasi panas dgn lada hitam tu mmg sgt fofular, tp daku tak tertelan, huhu

Afne: Baru teringat pasal buku tu, tak e-mail lagi.. nanti yatie email yer.. sorry!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea