Tuesday, May 24, 2011

MBfPC di Hari Belia 2011 Putrajaya

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:40 AM




Bersempana dengan sambutan Hari Belia 2011, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan mengadakan booth pameran penyusuan susu ibu serta sesi khidmat bimbingan percuma daripada para pembimbing Ibu Menyusu (PIM)/Peer Counselor (PC). Di jemput semua yang ingin mendapatkan maklumat penyusuan dengan lebih lanjut atau ingin menyertai komuniti MBfPC sebagai sukarelewan PIM/PC boleh lah datang ke booth MBfPC pada hari tersebut. Maklumat mengenai booth MBfPC di Hari Belia 2011 adalah seperti berikut:

Tarikh: 27-29 Mei 2011
Tempat: Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.
Waktu: 9am - 6pm


Jom semua para PC untuk turun padang untuk memberi khidmat bimbingan dalam penyusuan disana. PC yang ingin volunteer diharap dapat memberi nama kepada nurain@susuibu.com untuk pembahagian jadual syif selanjutnya.

Saya pun begitu teruja sekali untuk bersama-sama, dah lama rasanya tidak aktif didalam aktiviti penyusuan dari semenjak tempoh pregnant hingga hari ini. Insyallah kalau diizinkan oleh boss (dah lebih 30 hari berpantang ni, hihi!) saya akan menyinggah kesana.







2 comments:

Azrina Mohd Tajul Ariffin said...

yatie salam. Tadi ada call ko. Nak tanya mana ko dpt atau beli model breast tu eh...nak buat demo teknik marmet la. harap dpt jawapan ko dgn segera. Thanks!

Hayatie said...

Ina: Model breast tu pinjam kat Susuibu.com. Kalau nak beli ratus-ratus harganya, huhu!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea