Saturday, May 7, 2011

13 hari

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:28 AM
Sudah masuk hari ke-13 saya berpantang. Pengalaman berpantang kali ini berbeza dengan azri. Rasa sakit tempat jahit seakan lebih cepat hilang. Rasa penat, tak cukup tidur, stress, etc seakan tiada kali ini. Mungkin mental sudah bersedia dan pengalaman pertama banyak memberi pengajaran agar dapat menempuh kali kedua ini dengan lebih mudah. Saya dah berangan nak no.3 pula ni, buleh!


Nama adik azri yang baru sahaja didaftarkan. Kali ini pilihan encik suami pula, huhu! Waktu Ahmad Azri Azzuri dahulu, encik suami dalam mode italiano. Waktu adik azri, mode Turki lah pula, huhu!


'Perkenalan' si abang dan adik sepanjang 13 hari. Azri tepuk-tepuk, cium-cium kepala adik, pegang-pegang tangan. Begitu lah sehari-sehari. Cuma kami perlu awasi ketika dia berhampiran dengan si adik. Pernah sekali dia 'terduduk atas adiknya' sebab melompat-lompat atas katil. Nak luruh jantung saya, huhu! Kemudian ada sekali tu, sedang saya menyusukan sambil baring, dari belakang tiba-tiba melayang sebiji buku jatuh betul-betul atas adiknya lagi. Mujur buku nipis, haishhh!


Ini tengah tiru gaya saya menyusukan adiknya. Siap-siap letak bantal dan selak baju lepas tu minta saya letak adik atas bantal tu sambil kata "..adik, sap susu-sap susu!". Selagi saya tak letak adiknya atas tu, dia tak puas hati. Layankan lah jap, huhu!

10 comments:

Cik Puan Nurul said...

nak panggil apa ni izzet ke ozil ni..cam comel lak kalo panggil ojil muehehhehe suke2 je kan kaka..

Hayatie said...

Cik puan nurul: kadang-kadang kami panggil 'ijet ojil' juga..kui kui!

Zezebel said...

Salam kenal.
Macam nama pemain bola sepak german jer tu? Suami minat bola sepak german jugak ke? Hehehehehe....

Hayatie said...

Zezebel: Tau takper..huhu~

Ely Hasrul said...

azriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hahahhahahhahaha comel ok!!!! pasnih dpt girl mau smpai mode jepon hahaha..

p/s - nama anak abg aku sume amik nama depan dia 'riza' baik laki pompan.. seb beik riza tu unisex hehe

Lady Qay said...

sgt cumel azri...hihi....

Zuhaini said...

comelnya izzet :)

fiza said...

Sayang azri kat adik yer ☺☺

Sedap nama 'izzet ozil', 1st time dgr nama 'ozil' ^_^

Normaliza said...

bestnyer dah dapat bf..hayoooo..bila la nk peknen nih..huhu

unik la nama tu.. :)

Hayatie said...

Liza: Insyallah tu..tingkatkan usaha lagi..kih kih!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea