Monday, April 4, 2011

Kemas beg

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:57 AM
Malam ni saya sibuk pula berkemas. Bukan siapkan beg sahaja, satu bilik saya kemas, lipat baju etc sebelum saya pergi 'vacation' esok, hehe! Vacation kat hospital je, huhu! Sekejap je masa berlalu, rasa macam baru semalam saya masuk OT untuk pasang cerclage pada rahim masa kandungan 24 minggu dulu. Doktor kata by 36 weeks dah boleh remove semula cerclage yang dipasang. Tik-tok-tik-tok dah 2 bulan 'bed-rest' dirumah, esok saya kena masuk OT semula untuk remove cerclage.

Sambil kemas-kemas beg, bawa sekali barang-barang untuk baby, in case! Mana lah tahu lepas remove cerclage, kena contraction yang kuat etc nak bersalin. Doktor kata, selepas remove kena stay dulu dalam 1-2 hari untuk observation. Kalau tiada apa-apa gesaan dan sebagainya boleh discharge balik dan tunggu proses bersalin macam biasa.

Saya kena puasa juga menjelang pukul 12 malam ini, sebab esok nak buat ujian MGTT juga. Tadi siang pulun serawa durian dan pulut, huhu! Harap-harap semuanya berjalan lancar.

3 comments:

ajumohit said...

semoga semua selamat ye yatie

Ely Hasrul said...

amboi pulut dgn durian haha..

semoga sume berjalan lancar Tha.. aminn

Hayatie said...

Ajumohit & ely: thankss! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea