Thursday, March 17, 2011

Pilih kain?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:48 AM
Eeiii, mesin saya tak mau jalan atas kain PUL pula. Anti PUL kaaa mogok PUL ni, huhu! Puas saya mencuba berbagai-bagai posisi kain PUL ni, tapi tetap jahitannya seperti itu. Bila saya cuba di atas kain lain ok lah pula. Hehe, tak habis-habis lagi projek jahitan saya nih.

Jahitannya jadi macam ini. Sekejap rapat sekejap jarang. Yang saya perasan, ianya tak leh jahit atas bahagian dalam yang berlaminet plastik nih, belah yang luar yang tiada plastik tu ok pula. Masalahnya, memang kena jahit belah dalam dulu, huhu! Aiyoo! Macam-mana lagi saya nak begakan nih. Takkan nak tukar mesin jahit pula, huhu! Berhenti sat, cari ketenangan fikiran.

3 comments:

diLa said...

salam yatie...alas ngn kain lain aa, ala2 cm bt lining gitu, tp sekadar alas kt tmpt nk jahit je la..sbb mesin tu kalo atas kain biase ok kn? ptg je kain kecik tp pnjg, sekadar nk alas tp tmpt jahit je, err phm ke heheheh..ayt tunggang terbalik :P ...try le :D

noraherni said...

Kau tak tukar tapak ke tha? lain tapak lain fungsinyakan. Kena pakai tapak kain bergetah ni, baru ok. Satu lagi cek saiz jarum juga :)

Hayatie said...

Herni, mesin aku ni, mesin model lama, kebanyakan tapak yang ada skang ni tak sama size pula. Dah pernah beli tapak utk kelim&jahit tu, tapi tak sama plak..huhu!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea