Tuesday, March 8, 2011

Cara membuat Pantyliner Cloth Pad

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:23 AM
Selepas cubaan saya buat Cloth pad pantyliner semalam, syiok plak saya nak buat lagi dan lagi dan lagi, hihi! Sebab teramatlah senang nak membuatnya. Disebabkan keterujaan saya, saya nak share juga bagaimana nak buat cloth pad pantyliner ni.

Mula-mula, kalian pergi ke website ini untuk download pattern percuma: http://shewhorunsintheforest.googlepages.com/padliner.pdf. Ada banyak lagi pattern2 yang lain tapi saya rasa yang ini lebih mudah dan cantik kot, hihi!


Sediakan beberapa lapisan flannel mengikut ketebalan yang anda inginkan. Jika mengikut ketebalan yang saya suka, saya menggunakan 4 lapisan flannel untuk bahagian tengah (yang bercorak) dan 3 lapisan untuk bahagian luar/wing (yang plain).

Selepas ditekap, terus dijahit dengan mesin mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Dengan menjahit diatas garisan yang dilukis, ianya akan nampak lebih kemas.

Kemudian, selepas sudah dijahit, potong lebih yang tidak berkenaan mengikut bentuk yang telah dilukis dan dijahit tadi.

Kemudian, gunting separuh daripada lapisan kain di bahagian tengah.
Dan terbalikkan kain melalui lubang yang tadi untuk mendapatkan bahagian yang betul.
Kemudian gosok terlebih dahulu kedua-dua bahagian supaya nampak lebih kemas sebelum ditindih.
Peniti bahagian tengah dan belakang kemudia dijahit dengan mesin.

Kemudian anda letak butang snap pada bahagian wing tersebut. Kalau tiada, letak butang ketip tu pun boleh. Tapi kena disembat tangan lah butang tu, huhu! Sudah pun jadi beberapa keping cloth pad pantyliner. Jimat duit tak payah beli kan. hihi! Konsep yang sama juga jika nak buat menstrual cloth pad, cuma ukurannya perlu lebih besar, dan perlu juga dapatkan fabrik 'waterproof' macam PUL dan seangkatan dengannya.

Ok, selamat mencuba! :)

9 comments:

wafimamap3 said...

salam hayatie, saya ni follower senyap u sedari kite tak ade blog sendiri sehingga kini. Kite nak tanye,Hayatie masih exlusive pumping utk azri ke. Utk pengetahuan hayatie, saya ada pinjam article u berkaitan tips & trik for easy pumping. disebabkan terbekenan dgn artikle itu, so saya pun tampallah kat blog kite. lebih kurang halal ye..

Hayatie said...

Wafimamap3: Wa'alaikumslm, aha, saya EP untuk azri sampai lah susu saya kering sebab preggy yg 2nd ni. Ok, no problem, apa yang bermanfaat tu memang untuk dikongsikan bersama :)

mystory said...

yati: kat mna nk cari fabrik waterproof, tebal n PUL nih....nmpak mcm senang.....kalau jd pengganti pantiliners pon blh juga kn??...hehehe......:)

Hayatie said...

biasanya kalau PUL memang kena order dari luar. Tapi ada juga online store m;sia yang jual PUL, tapi kena gugel la..

Mila@Rimbun said...

dah lama save pattern ni tp lom buat lg, teringin plak nak try hehe

Cik Dee said...

boleh x bagi link katne u beli fabrik. summore,sy tengok currently ramai yg pakai microfleece n bamboo for the insert. saya ni baru n blur. xtau nk beli semua tu kat mana. huuhu.

hasanah ahmad said...

Menarik ni kak. Nak cuba buat la. DIY memang best!

Admin Web said...

sama...nak buat..tapi x tau nak beli PUL tu kat mana? boleh share x sis..takut beli dgn scammer.

Admin Web said...

anyway..tq so much ye sis kerana sudi share cara buat..moga rezedki sis dilimpahi oleh-Nya. Aminnn

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea