Sunday, February 20, 2011

Sarung bantal baby

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:19 AM
Akhirnya, dapat juga saya siapkan sarung bantal baby yang lama dah saya plan nak buat ini. Ala, sehelai je baru. Tadi gembiranya bukan kepalang, hihi! Benda-benda kecil ni senang dan cepat je kalau hendak dijahit berbanding kalau kain yang besar-besar. Lebih-lebih lagi kalau ada 'pembantu' (a.k.a anak-anak yang rajin hendak 'tolong' sekali, hehe!). Anak saya memang tersangatlah 'rajin'nya. Saya kata JANGANNN, NOOO pun takda maknanya.
Kebetulan saya ada lebihan kain lagi. Oopps tak lebihan sangat lah! Sebenarnya ini kain langsing untuk playroom azri. Tapi sejak dia playroom pun dah bertukar kembali menjadi store-room (Azri taknak main-main dalam bilik tu, dia boring kot, huhu!) langsirnya yg baru saya buat kununnya nak pasang dalam playroom tu sudahnya saya bikin jadi sarung bantal baby pun lagi bagus. Sayang sebab dah jadi langsir siap pun. Kain kereta ini saya beli di IKEA, 100% cotton.

Oklah, menjadi juga percubaan pertama saya. Ikut sample sarung bantal lama. Eh kalau nak beli pun sarung bantal baby dah siap pun dah berapa hengget kan? dah tu kadang-kadang corak kainnya pun tak memenuhi citarasa, hehe!

Ada banyak lebih lagi kain corak kereta ini kecuali kain merah tu. Boleh buat lagi 1-2 helai lagi dengan bantal peluknya. Tapi maybe malas nak letak ropolnya, leceh lah nak buat ropol. Nak jahit asing ropol dulu, pastu tarik-benang lagi (Nak bagi jadi ropol ler). Tu yang buat lambat.

Oooppss, tak sempat nak tunggu adiknya rasmikan dulu. Dia pula yang eksaited lelebih dengan bantal ini, hehe!

4 comments:

ummiluqman@azma said...

chanteknya.. sah dpt babay baru ke?

Confession of a Coffeeholic Momma said...

corak kain tu cutelah. brape semeter?

Ila said...

wah,azri dah cuba dulu ek..hehehe

Hayatie said...

Azma: Insyallah, dah 30 minggu skang. :)

Mama-miya: tak pasti ada berapa meter sebab beli tu dah siap pack sepapan RM36, maybe lebih kurang 2 meter rasanya.

Ila: huhu, bantal tido dia juga tu cuma test sarung baru, tup-tup dia suka plak, hehe!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea