Monday, February 21, 2011

Sambutan Program Latihan MBfPC 2011

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:27 PM
Semenjak saya war-warkan makluman tentang program latihan MBfPC bagi tahun 2011 ini, alhamdulillah ramai yang memberikan maklum-balas yang positif untuk menyertainya. Satu usaha yang baik bagi ibu-ibu yang ingin melengkapkan diri dengan skil-skil kaunseling sebagai pembimbing ibu menyusu atau peer counselor didalam komuniti mereka.


Saya pun tak menang tangan melayan segala respon, pertanyaan yang diajukkan oleh para ibu-ibu yang berminat. Sebelum jadual bengkel ditetapkan lagi pun telah ramai yang menghubungi pihak pengurusan MBfPC bertanyakan tentang bengkel latihan yang terbaru. Tetapi masa tu, pihak pengurusan masih belum lagi memperoleh keputusan mengenai sesi bengkel latihan yang baru.

Pada yang berminat untuk menyertai mana-mana sesi bengkel latihan untuk sepanjang tahun ini bolehlah menghantar penyertaan anda ke admin@malaysianbfpc.org. Sila rujuk entri saya tentang makluman bengkel latihan MBfPC 2011 atau boleh rujuk posting saya di forum Susuibu.com mengenai butiran yang perlu dihantarkan, :)

6 comments:

Ummi Ummair said...

akak saya nk pegi jgk..
insyaAllah tahun ni dpt pegi, thn lepas dh tak dpt.huhu..

Hayatie said...

Ummi Ummair: Insyallah! Hantarkan butiran yer! :)

Ely Hasrul said...

teringin nk pegi gak Tha.. maklum la last year kan aku kena tinggal ngan korg huhuhuu.. tp xtau sempat tak nk anto info. nnti aku cuba cpt2 fwd

Hayatie said...

Ely: Join lah, kau ada pengalaman yang bagus! Bila lagi? :)

zhafris said...

yati...saya pun dah hantar...harap2 kali ini saya dapat join...dari tahun lepas tapi tak boleh clash ngan kursus untuk kerja..harap2 kali ini diterima..bila agaknya tahu result dapat invitation tu ye? kalau saya dapat kali ini,,inilah hadiah paling best apabila saya berjaya melengkapkan penyusuan selama 2 tahun 24hb 2 ini...:)

Hayatie said...

Zhafris: Insyallah, bulan 3 nanti pihak pengurusan MBfPC akan hantar e-mail jemputan rasmi. :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea