Wednesday, February 23, 2011

Roti Sosej bersalut telur

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:33 PM
Mesti ramai dah selalu buat resepi ni kan. Saya pun suka buat. Resepi-resepi yang boleh bagi kenyang perut selain dari makan biskut cecah air kopi/teh sahaja. Oh, saya pula jenis mulut yang mesti nak pekena makan bergoreng setiap hari (sungguh tidak bagus diet seperti ini, hihi!). Diantara menu minum pagi dan petang yang kerap saya buat sebabnya ianya mudah.

Bahan-bahan pun mudah sahaja. Untuk sosej, Ayamas Cheese Chicken Franfurter menjadi pilihan saya. Saya dah cuba macam-macam jenis sosej cheese jenama lain, tapi Ayamas juga yang paling sedap dan mahal, huhu! Satu lagi saya suka rasa Black Pepper frankfurter, tapi yang tu pedas lah, series terasa pedas nya. Tak sesuai plak untuk anak-anak.

Sosej tu pula, boleh digoreng atau distimkan, terpulanglah. Digulung dengan roti, dicelup telur dan kemudian terus digoreng. Saya suka potong kecil-kecil sebab senang anak nak makan.

Kemudian, saya cucuk pada lidi. Budak-budak suka pegang benda-benda yang berlidi ni,hehe!

2 comments:

Iela Fazielah said...

wah.. menu sedap yg patut dicuba.. tq....

Hayatie said...

iela: Memang sedap kalau ada sosej ni, hihi!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea