Friday, February 11, 2011

PUPPP

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:38 AM
PUPPP atau Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy. Panjang sungguh namanya kan. Ini cerita kehamilan saya yang lepas. Pada mulanya saya sangkakan hanya kesan pregnancy stretch mark yang biasa sahaja. Sehinggalah disertai dengan rasa kegatalan yang sungguh luar biasa. Kulit pun menjadi merah seperti bersisik-sisik. Bukan setakat gatal sahaja, kawasan kulit yang kemerahan itu pun menjadi panas. Siapa pernah kena macam ini?

Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP), also known as polymorphic eruption of pregnancy, is the most common rash in pregnant women. It normally occurs in first pregnancies during the third trimester with an average onset of 35 weeks. Thankfully, PUPPP does not usually affect subsequent pregnancies"


[Sumber: http://dermatology.about.com]
(Gambar dari google)

Seperti yang saya quote diatas, pada 30+ minggu keatas saya mula menghadapi gatal-gatal seperti ini hanya dikawasan perut, punggung dan juga peha. Kesannya rasa tidak selesa (merenyam-renyam) pada sekitar kawasan tu jika bersentuhan dengan pakaian, lebih teruk lagi jika waktu panas dan berpeluh, waktu malam pun. Kata orang tua-tua, kena 'Ular-batik' lebih kurang lah bunyinya. Jangan digaru (walaupun rasa macam nak garu-garu), nanti ianya akan tinggalkan parut. Sebab tak boleh garu cara saya, gosok dengan jari (kalau tak tahan sangat lah) atau garu atas kain, hihi!



Pelbagai krim, sabun berubat saya cuba dari detol sampai lah ke mahal. Semua pun macam tak serasi. Kemudian kakak ipar saya mengesyorkan saya mencuba minyak Franch. Minyak dia agak pekat dan melekit. Kalau bawa tidur memang kesan dan bau minyak tak hilang pada baju walaupun dah dibasuh. Dan saya guna dengan sabun berubat Neem dia juga. Buat mandi 3 kali satu hari. Lepas tu sapu minyak tu dikawasan tersebut. Hampir 2 minggu juga saya amalkan begitu, alhamdulillah berkurangan dan akhirnya hilang terus sebelum saya saya besalin.

Thankfully, PUPPP does not usually affect subsequent pregnancies"


Mudah-mudah kali ini saya tak kena lagi, huhu! Dah bersiap-sedia juga saya dengan dah mula mandi dengan sabun ni dari sekarang, hihi psiko!

4 comments:

eT said...

Me baru 32minggu.selalu gak gatal2.
Riso gak kalo perut jd buruk cegitu.huhu.

Hayatie said...

eT: Nasib-nasiblah, ada yang kena ada yang tak! Some kena gatal-gatal biasa tu ok lagi. Yang ni tahap teruk sikit.

KambingBujang said...

huda pun jd gak this problem, mmg semua ubat, oil apa2 je la mmg tak bkesan.until la bb kuar pun still ada lg.. after 1 weeks deliver baru la dier clear btl2

Hayatie said...

Huda:tu la ada yang kata chances nak kena ni tinggi kalau pregnant baby boy, tah ler betul ke tak atau kebetulan je,huhu!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea