Wednesday, February 9, 2011

Projek Jahitan: Apron

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:11 AM
Semalam terima bungkusan kain yang dihantar oleh kawan. Wah, seronoknya saya (walaupun bukan kain saya, hihi). Hati-hati berbunga-bunga kalau ada apa-apa yang berkaitan perihal menjahit ni. Teringat pula dengan hasil jahitan Nappy Stacker dan Nursing Cover saya dahulu. Kain-kain ini dihantar pada saya untuk dijahit menjadi apron. Perasaan menjahit kain sendiri dengan kepunyaan orang lain tak sama rasanya. Kalau kain sendiri, perasaan cepat jemu, nak cepat siap, kadang-kadang sampai boring terus tinggal separuh jalan.

Kalau orang lain punya, 'feel' tu lebih series sedikit. Maklumlah harta orang, kena buat betul-betul, teliti dan sabar!. Dalam keadaan macam ini pun masih ada hati nak menjahit, ye lah kata kena bed-rest bukannya sit-rest! Oklah, kalau saya melanggar rule untuk 1 jam dalam sehari barangkali, ok kot! (Ayat bertanduk. hihi) .Lepas itu sila tampal terms 'CAUTION: SEW AT YOUR OWN RISK!'.

Tugasnya adalah untuk menyiapkan apron persis merah jambu ini. Yang biru tu adalah 'mock-up' yang saya buat terlebih dahulu dengan lebihan kain yang saya ada dirumah. Cuma poketnya takda sebab kain tak cukup! Ok kah?

Dan kemudian, lagi sehelainya saya perlu membuat seperti ini. Woho, yang ini saya belum 'torai' lagi. Nampak gaya macam senang. Senang????Mungkin ropolnya saya tak perlu kelepet satu demi satu (siap ukur bagai). Yang ni ropolnya saya hanya perlu tarik benang sahaja kemudian cantum pada badan. Erkk paham kah imaginasi ku ini, hihi!

Ok takpa, selow-selowlah tak payah rushing, kata kawan saya itu. Bahaya juga tu, sebab 'selow-selow' saya ni kadang-kala makan tahun juga nak habiskan! ;)

2 comments:

Ila said...

cantik! cantik tp rase mcm syg jer nak pakai...hehehehe

Hayatie said...

Ila: Alamak, tak berasap ler dapur, hihi!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea