Friday, February 11, 2011

EBM beku yang telah cair

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:03 PM
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sering berlaku tragedi-tragedi EBM beku yang cair disebabkan terputus bekalan elektrik, terlupa tutup pintu peti ais, fungsi pembekuan peti ais yang rosak dan sebagainya. Pasti proses untuk membuang berbotol-botol, berbungkus-bungkus EBM menjadi suatu perkara yang begitu sukar bagi ibu-ibu seperti kehilangan harta benda yang sangat-sangat bernilai. Saya juga tidak terlepas dari mengalaminya. ;)

Namun walaubagaimana pun, mengikut guideline penyimpanan susu perahan, kita semua sedia maklum bahawa susu yang beku apabila mulai cair (dicairkan walaupun disimpan sejuk) harus digunakan dalam masa 24-jam sahaja.

[Sumber: http://www.kellymom.com]

[Sumber: http://www.askdrsears.com]

Previously frozen milk that has been thawed can be kept in the refrigerator for up to 24 hours. While there is limited evidence to date that milk thawed for a few hours may be refrozen, this results in further breakdown of milk components and loss of antimicrobial activity. At this time, the accepted practice is not to refreeze thawed milk".

[Sumber: http://www.llli.org]


Rata-rata hampir kesemua artikel dan jadual susu perahan tidak menggalakkan untuk membekukan semula susu yang telah cair.

Sebagai kaunselor laktasi, pada mulanya saya juga jika seboleh-bolehnya cuba untuk memberi beberapa cadangan kepada ibu-ibu yang bertanya saya tentang bagaimana EBM beku yang telah mencair, bagaimana pula yang separuh cair dan separuh lagi masih beku? atau keliling botol sahaja yang baru cair, ditengah-tengahnya masih beku, masih perlu membuang kesemuanya juga lah?

Pada awalnya, saya cuba untuk memikirkan cara terbaik agar jika boleh tidak perlu untuk membuang semuanya seperti yang pernah saya fikirkan adalah, mungkin boleh saya di tuangkan yang mencair itu sahaja dan cuba gunakan dalam tempoh 24 jam (seberapa banyak yang boleh digunakanlah) dan yang masih beku didalam botol itu mungkin boleh terus dibekukan lagi.

Namun sebelum saya berani untuk memberi cadangan tersebut, saya merujuk dahulu kepada pakar laktasi, puan Kamariah. Dan jawapan beliau, adalah tidak digalakkan juga untuk berbuat begitu kerana komposisi susu tersebut sudah tidak seimbang dari segi kandungan hindmilk (lemak) dan juga foremilk (air). Sebab selalunya susu ibu kan terbahagi kepada dua lapisan, yang atas lebih banyak kandungan lemak, dibawahnya lebih banyak kandungan air. Jadi berkemungkinan yang telah cair itu adalah lebih banyak kandungan lemaknya. Jadi, ianya masih tidak seimbang untuk bayi juga.

Jadi kesimpulanya, adalah tidak dicadangkan untuk membekukan semula EBM beku yang telah cair tetapi boleh digunakan dalam tempoh 24 jam ianya cair. Dan EBM beku yang telah cair itu pula hendaklah diletakkan didalam keadaan sejuk (refrigerated/chilled) sepanjang 24 jam itu.

1 comments:

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Susu Ibu

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea