Thursday, February 3, 2011

Bed Rest

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:49 AM
Saya sekadar ingin berkongsi lagi pada kali ini. Topik kali ini adalah mengenai 'Bed Rest'. Apa yang dimaksudkan dengan Bed Rest ini? Apakah ada jenis-jenis Bed Rest yang boleh dipraktikan? Mengikut apa yang saya baca di internet, bed-rest adalah satu jenis rawatan perubatan dimana mengkehendaki pesakit untuk menghadkan aktiviti fizikal dan berehat diatas katil.


Rawatan ini bukan sahaja hanya kepada ibu yang mengandung malah juga pesakit yang mengalami kesakitan dibahagian spine & joint. Namun rawatan bed rest ini lebih banyak diberikan terutama bagi ibu-ibu yang mengalami kompilasi semasa mengandung seperti :

[Sumber: Americanpregnancy.org]

The purpose of bed rest is to keep your baby from putting pressure on your cervix which can lead to the cervix dilating.


[Sumber: Healthpages.org]

Ada beberapa jenis Bed Rest yang dikenakan kepada ibu-ibu yang mengalami komplikasi semasa mengandung ini. Ianya bergantung kepada tahap serius kondisi kehamilan ibu itu, iaitu:
  • Scheduled Resting- Diarahkan oleh doktor pada awal-awal kehamilan untuk berehat pada setiap waktu tertentu setiap hari. Kaedah ini adalah untuk mengelakkan dari terpaksa melalui bed rest secara penuh kelak.
  • Modified bed rest- Adalah dimana, seseorang itu dilarang untuk bekerja, memandu kereta, membuat kerja rumah. Hanya boleh untuk bangkit pergi ke tandas, makan, duduk diatas kerusi sebentar dan asalkan tidak melibatkan aktiviti berjalan atau berdiri yang terlalu lama seperti menaiki tangga.
  • Strict bed rest- adalah kondisi dimana, seseorang itu diwajibkan untuk berbaring sepanjang masa kecuali jika ke tandas. Semua aktiviti perlu dilakukan diatas katil termasuklah makan dan minum.
  • Hospital Bed Rest- bed rest di hospital adalah apabila seseorang ibu itu perlu mendapat rawatan yang lebih lanjut lagi dikhuatiri jika mempunyai tanda-tanda seperti kekerapan contraction dan tanda-tanda untuk bersalin awal (pra-matang).
[Sumber: What to Excpect: Pregnancy]

Selain daripada kebaikan yang boleh didapati daripada bed rest ini, terdapat juga kesan-kesan sampingan yang boleh timbul akibat daripada aktiviti bed rest yang terlalu lama ini seperti:
  • Gangguan peredaran darah (Thrombosis) kerana kurang bergerak.
  • Sembelit.
  • Heartburn.
  • Sakit belakang.
Selain daripada itu, emosi juga boleh turut terganggu kerana tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan seperti biasa. Terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak lain yang perlu diuruskan. Didalam tempoh ini, emosi seseorang ibu itu akan sentiasa bercampur aduk ditambah lagi dengan sistem hormon yang tidak begitu stabil semasa mengandung, perasaan risau dengan kehamilan ketika ini, perasaan ketidakpastian dan bermacam-macam lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea