Wednesday, February 16, 2011

Acid Reflux semasa kehamilan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:26 PM
Kehamilan kali ini saya melalui kesan Acid Reflux yang agak teruk juga. Atau kalau hendak digambarkan dengan lebih mudah, semasa kehamilan kita akan lebih kerap sendawa dan apabila kita hendak sendawa (buang angin) kita akan terasa cecair (tak pasti lah air ke, makanan ke ada yang kata asid perut) naik semula hingga ke tekak dan disertai rasa pedih juga sepanjang saluran dalam dada kita itu.

Acid reflux juga boleh menyebabkan 'heartburn' atau pedih ulu hati. Acid reflux terjadi apabila asid dari perut naik semula keatas melalui saluran oesophagus. Kadang-kala kita akan berasa pedih apabila jumlah asid yang naik semula itu lebih dari yang sepatutnya. Dan kita terasa juga rasa asid perut yang agak pahit jika ianya naik hingga ke tekak bersama-sama apabila kita sendawa.Selalunya Sphincter yang berada di bawah saluran eoshophagus (seperti dalam gambar rajah diatas) akan memainkan peranan sebagai valve antara saluran dan perut untuk mengawal/menghalang asid perut untuk naik semula kesaluran eoshopghagus.

Namun semasa kehamilan, peningkatan hormon dalam badan semasa kehamilan iaitu estrogen dan progesterone, dua hormon yang penting untuk me-relaxkan uterus semasa dalam tempoh
pembesaran bayi didalam perut (menghalang contraction) secara tidak langsung, ianya juga turut me-relakskan Sphincter muscles itu dari menjalankan fungsinya.

Apakah tanda-tanda seseorang ibu yang mengalami Acid Reflux semasa kehamilannya?


Jika kita baca di internet (sumber yang termudah) ada pelbagai cara yang diberikan untuk mengurangkan atau melegakan kejadian acid reflux semasa kehamilan. Diantara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  • Postur. Mengekalkan bahagian kepala/badan lebih tinggi terutama semasa tidur. Banyakkan berbaring (lebih baik mengiring) berbanding duduk. Duduk menyebabkan tekanan pada perut lagi dan menambahkan lagi kejadian acid reflux.
  • Menggelakkan makanan dan minuman seperti kafein, cokelat, peppermints, makanan berasid (Jeruk, masam2, pedas, rempah, goreng dan sebagainya).
  • Elakkan minum air banyak semasa makan.
  • Makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap.
  • Chewing Gum. Chewing gum meransangkan kelenjar air liur dengan lebih banyak. Dan membantu untuk meneutralkan asid.
  • Banyakkan senaman, ala-ala yoga, stretching dan yang bersesuaian semasa kehamilan. Pakai pakaian yang lebih longgar terutamanya dikawasan perut.
  • Dapatkan ubatan seperti Antacid atau herba yang boleh mengurangkan acid reflux. Bagi kes-kes yang lebih teruk dan diatas nasihat doktor.'

Mungkin, ianya lebih teruk sedikit buat saya kerana kurangnya aktiviti-aktiviti berjalan secara tidak langsung tiada senaman, lebih banyak berbaring, tidur. Baring pun harus didalam keadaan postur yang sebaliknya (seperti cadangan diatas) bahagian punggung harus lebih tinggi dari badan, untuk mengurangkan tekanan pada rahim.

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea