Thursday, January 13, 2011

Update selepas Operation

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:57 AM
Alhamdullilah, selesai sudah menjalani operasi selasa kelmarin. Dapat juga cerclage dibuat secara tranvaginal. Walaupun ianya tak se-perfect yang sepatutnya kerana keadaan rahim dan kandungan yang semakin besar, menurut kata doktor.

Procedure yang saya lalui ini dipanggil 'Emergency Post-Cervical Cerclage' kerana ianya dibuat agak lewat setelah hampir ke trimester ke-3. Yang sepatutnya ianya patut dikesan dan dibuat lebih awal lagi seawal 14 minggu. Saya kini sudah pun 24 minggu.

Cerclage ini akan dibuka semula pada 36-37 minggu, jika kandungan berjalan lancar sepanjang tempoh tersebut, tanpa sebarang contraction.

Hari ke-8 saya di HUKM, dan berkemungkinan saya harus bed-rest di wad sekurang-kurang sebulan lagi. Syukur pada Allah, kerana disebalik ujian ini sebenarnya, banyak yang saya belajar dan inf0-info yang saya temui lagi. Sepanjang 8 hari kat sini, kerja saya asyik surf internet je cari info dan research mengenai apa yang saya lalui ini.

Fuh, dah macam-macam terma medical saya gugel sebab saya tak boleh kalau saya tidak tahu apa maksud atau makna disebalik perkataan yang yang saya dengar dari mulut doktor dari sebesar-besar proses hinggalah nama ubat-ubat yang terlibat. Insyallah, kalau ada masa nanti, saya akan kongsikan cerita & info sebenar disebalik apa yang saya lalui ini.

7 comments:

Cik Puan Nurul said...

xbpe paham..emm rahim tu doc bedah ke..so sedang peknen pun leh gak ekk dioperate ke doc masuk something ikut bawah..nnt kalo bersalin boleh beranak normal cm biasa ye..

Afne said...

salam yatie. moga cpt sembuh.

ibu_Arifa said...

salam kak Hayati..saya pun xberapa "clear" jgk keadaan/situasi kak Hayiti ni..yer lah 1st time dgr..ingatkan org prggy xleh nak oprt apa2.

semoga kak Hayati cepat2 sembuh yer.. rindu kat Azri..muahhh!!

nur easy said...

singgah jalan2..mudah2an dipermudahkan urusan n cepat sembuh

kakyong said...

apa kah itu cerclage???
lama sungguh tu bakal berada di wad..
hmm, bertuah dpt online... kalo spital biasa jgn harap la...

Hayatie said...

Salam semua, terima kasih diatas ingatan & doa yang diberikan. :)

kak yong: cerclage tu ikat rahim sementara supaya kandungan dapat bertahan sehingga cukup bulan. Untuk mengelakkan keguguran atau kelahiran pra matang.

wan nurul hezrina abd halim said...

semoga segala urusan dipermudahkan yea=)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea