Monday, January 31, 2011

Checkup selepas 2 minggu bed-rest dirumah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:41 PM
Semalam saya ke hospital semula bagi pemeriksaan ulangan. Dalam hati berdebar, risau kalau takut-takut ditahan wad ke semula jika scan ke atas rahim tidak menunjukkan keputusan yang memuaskan. Maklumlah, setelah hampir 2 minggu saya keluar wad mohon untuk bed-rest dirumah sahaja.

Alhamdulillah scan semalam menunjukkan ukuran rahim menunjukkan 3.5cm. Ukuran sebelum saya keluar wad tempoh hari adalah 4cm. Oklah, ukuran semalam menunjukkan ianya masih didalam lingkungan yang selamat. Scan juga tidak lagi menunjukkan sebarang funneling (bukaan) pada rahim. Berbanding sebelum saya menjalani prosidur cerclage dulu, terdapat funneling dan ukuran rahim adalah 2.8cm!
Ini keputusan scan semalam. Saya memang tak pernah fahamnya gambaran scan walau dah berkali-kali menghadapnya. Kadang-kadang seperti seolah nampak jelas gambarannya seperti yang diterang oleh doktor, kadang-kadang saya blur semula, huhu! Yang pasti ianya bukan fokus menunjukkan bayi, tetapi lebih menunjukkan sekitar 'cervical lining'. Alhamdulillah berat baby dah 1.1kg.

Doktor prescribe steroid shot, Dexamethasone untuk mematangkan paru-paru bayi. Yang perlu saya ambil untuk 2 kali shot dalam sehari. Suntikan ini hanya perlu saya ambik sekali sahaja untuk tempoh kehamilan ini berbanding suntikan proluton yang perlu saya ambil 2 kali seminggu (masih belum habis lagi dosnya, huhu). Fuh, kehamilan kali ini memang mencatat sejarah jumlah suntikan terbanyak yang perlu saya terima. Naik sengal dah punggung ini, huhu!

Betamethasone and dexamethasone are the two most commonly used steroids. The average protocol was to give to intramuscular injections (IM) 24 hours apart. Some practitioners also choose to continually repeat the dosages every week until the birth. The injections had to be given 24-48 hours prior to the birth for maximum effect. They were also best used between weeks 24 and 34 gestation.

The use of the steroids provided benefits for the lung development in the premature infants to reduce the risk of respiratory distress syndrome (RDS) as well as to reduce the risk of intracranial hemorrhaging and some other potential benefits.

[Sumber: http://pregnancy.about.com/cs/pretermlabor/a/pretermnews.htm]

Bila dengar doktor mengatakan 36 minggu ikatan cerclage akan dibuka, hati saya begitu teruja. Selepas tempoh itu, saya sudah boleh berjalan-jalan dan tidak perlu untuk didalam keadaan bed-rest sepanjang masa. Waktu yang bayi sudah bersedia untuk keluar dan insyallah akan berada di zon selamat jika dilahirkan selepas tempoh itu.

Tak sabar saya menunggu dan membilang ke tempoh itu dengan penuh debaran. Mudah-mudahan kandungan ini akan terus bertahan hingga ke tempoh itu. Berangan nak shopping sedikit selepas cerclage dibuka kelak, jika sempatlah! huhu!

4 comments:

b.E.L.L.e said...

salam. suntikan tuh wajib ke kene amek?

Ila said...

wah,tha moga ko selamat melahirkan...hope dpt bb girl plak pas ni..hehehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

alhamdulillah..makin ok..
semoga kekal hingga bb kuar la hendaknye
aminn

Hayatie said...

b.E.L.L.e : Tidak semua, hanya untuk ibu-ibu yang berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang.

Ila: terima kasih, tapi nampak2 gaya macam kena shopping biru lagi, huhu!

rose --{@ ibuRafiq @}-- : Terima kasih diatas doa yg diberikan, Amin! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea