Sunday, January 16, 2011

Cerita disebalik kehamilan kali ini

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:43 PM
Hari ini (masih lagi bersiaran dari wad, hihi), saya nak kongsi lah pengalaman yang saya lalui semasa kehamilan kali, dimana pregnant kali ini saya terpaksa menjalani procedure Cerclage atau bahasa yang lebih mudah adalah ikat rahim.

Cervical cerclage (tracheloplasty), also known as a cervical stitch, is used for the treatment of cervical incompetence (or insufficiency), [1] a condition where the cervix has become slightly open and there is a risk of miscarriage because it may not remain closed throughout pregnancy. Usually this treatment would be done for a woman who had suffered one or more miscarriages in the past, in the second trimester of pregnancy. The treatment consists of a strong suture being inserted into and around the cervix early in the pregnancy, usually between weeks 12 to 14, and then removed towards the end of the pregnancy when the greatest risk of miscarriage has passed.
[Sumber: Wikipedia]

Dalam kes saya, saya menjalani 'post-cercival cerclage' kerana cerclage dipasang pada pada lewat trimester kedua kehamilan. Jika diikutkan cerclage seelok-elok pada awal kehamilan (dengan syarat seseorang itu mempunya sejarah rahim tidak kuat, sejarah keguguran berulang kali, kelahiran pra-matang. Kesemuanya faktor berikut adalah setelah mendapat assessment dari doktor).

cervical cerclage is a minor surgical procedure that is generally performed between 12 and 14 weeks of pregnancy (at the beginning of the second trimester) before symptoms of premature labor begin. Emergent cerclages are those placed later in pregnancy when cervical changes have already begun.
[Sumber: Encyclopedia of Surgery]

Begini lah gambaran bagaimana cerclage itu diletakkan pada pangkal rahim.

Mengapa saya perlu menjalani proscedure cerclage pada kehamilan kali ini, sedangkan pada kehamilan yang pertama saya semua berjalan seperti biasa. Semua ini, selain daripada faktor2 yang memerlukan cerclage seperti yang saya sebutkan diatas, ada lagi satu faktor juga dimana seseorang itu perlu menjalani procedure ini. Iaitu apabila seseorang itu juga telah menjalani surgeri keatas rahimnya diatas sebab2 penyakit yang lain.

Dalam kes saya, saya sebenarnya telah melalui satu proses surgeri keatas rahim saya yang dipanggil LEEP (Loop Electrosurgical Excision Procedure) pada awal tahun 2009. Hasil daripada ujian Pap Smear yang saya buat selepas saya bersalin dan keputusan adalah tidak normal. Prosedur ini adalah rawatan bagi membuang sel tisu yang tidak normal pada pangkal rahim (yang mana boleh membiak menjadi kanser pada pangkal rahim). Dan setelah menjalani surgeri, saya telah memasuki kategori "Cervical Incompetence".


"During pregnancy, as the baby grows and gets heavier, it presses on the cervix. This pressure may cause the cervix to start to open before the baby is ready to be born. This condition is called incompetent cervix or weakened cervix, and it may lead to a miscarriage or premature delivery". A weakened cervix can be caused by one or more of the following conditions:
  • Previous surgery on the cervix.
  • Damage during a difficult birth.
  • Malformed cervix or uterus from a birth defect.
  • Previous trauma to the cervix, such as a D&C (dilation and curettage) from a termination or a miscarriage

[sumber: Incompetent Cervix, American Pregnancy.Org]


[Sumber: LEEP Procedure- for abnormal pap (cervical dysplasia), South Texas Woman Health]

Begini lah pula gambaran bagaimana procedure LEEP itu dibuat. Berapa banyak tisu yang dibuang pada pangkal rahim tersebut adalah bergantung berapa banyak sel tisu yang tidak normal tersebar. Kesan daripada procedure ini, rahim akan menjadi tidak kuat lagi (Cervical Incompetence) dan menjadi risiko untuk kehamilan yang akan datang. (Dan masih, faktor risiko bergantung kepada keadaan individu terbabit)

Didalam situasi saya pula, oleh kerana tiada sebarang indicator komplikasi semasa kehamilan yang lepas, jadi kami memilih untuk tidak melakukan sebarang cerclage diawal-awal kehamilan tempohari dan memilih untuk menjalani routine checkup selang 2 minggu sekali dan mengukur sebarang perubahan pada rahim. Kerana, untuk melakukan cerclage pada rahim juga boleh menimbulkan risiko-risiko yang lain seperti jangkitan dan sebagaimana. Jadi, setiap kali check-up saya perlu membuat TVS (transvaginal scan).


[Sumber: Masonic Cancer Center]

Beginilah rupanya Transvaginal Ultrasound.

Pada awal-awal kehamilan, tidak berlakunya sebarang perubahan pada rahim saya, namun apabila masuk ke minggu 23 minggu kehamilan, rahim saya menunjukkan perubahan dan mula singkat dari yang sepatutnya. Dan berlaku juga sedikat kebukaan pada rahim (Cervical Funneling). Ukuran rahim saya telah mencecah 2.8 cm iaitu dibawah ukuran normal rahim semasa kehamilan.

"The normal length of a cervix during pregnancy is 3 centimeters or greater. A vaginal ultrasound is the most accurate way to measure a cervix. From 32-34 weeks gradual cervical shortening begins, so a measurement of less than 3 cm can be normal in the last trimester."


[sumber: Pregnancy.Org]

"The usual length of the cervix is about 4cm as measured on TVS. Women with a cervical length of less than 2.5cm have been found to have a 50% risk of preterm delivery in one study."


[Sumber: Women's Health]

Kemudian saya telah dijadualkan untuk menjalani procedure Cerclage tersebut pada 6 haribulan di Pusat Pakar HUKM. Namun, procedure untuk pertama kali tersebut tidak dapat dijalankan kerana, keadaan rahim saya yang agak pendek dan ditambah lagi keadaan rahim yang tidak berapa sempurna akibat daripada pembuangan tisu disekitar semasa melalui surgeri LEEP dahulu.

Doktor telah menerangkan bahawa ada beberapa kaedah lain juga yang boleh dilakukan jika cerclage ini tidak boleh dilakukan dari bawah (vaginally). Ianya boleh juga dilakukan dari atas iaitu secara pembedahan kecil dari abdomen dan ianya akan diletakkan daripada atas iaitu dipanggil Abdominal Cerclage.

"An abdominal cerclage, the least common type, is permanent and involves stitching inside the abdomen. This is usually only done if the cervix is too short to attempt a standard cerclage, or if a vaginal cerclage has failed or is not possible."


[Sumber: Wikipedia]

Mujur, ianya tidak dilakukan secara on-the-spot semasa saya berada di dewan bedah tempohari. Oleh kerana semasa procedure cerclage tersebut hanya memerlukan bius separuh badan sahaja, doktor telah memberitahu pilihan yang ada semasa dalam dewan bedah tersebut sama ada saya ingin meneruskan sahaja dengan abdominal cerclage. Mungkin melihat keadaan saya yang masih tidak berapa stabil (pening, mabuk akibat daripada dos spinal), doktor memutuskan untuk menangguhkan procedure tersebut ke satu tarikh yang sesuai.

Namun saya masih tidak dibenarkan untuk keluar dari wad dan dikehendaki untuk bed-rest sahaja diwad untuk menjalani procedure tersebut sekali lagi. Alhamdulillah, masa yang ada selama beberapa hari tersebut saya guna untuk mencari informasi mengenai Abdominal Cerclage. Dari keputusan saya untuk melakukan procedure itu, sehinggalah saya menukar fikiran untuk tidak meneruskan procedure tersebut setelah membaca apakah impactnya pada kehamilan saya dan kehamilan pada masa depan.

Dari apa yang telah saya ketahui dan saya baca di internet dan juga serba sedikit penerangan dari doktor. Sekiranya procedure abdominal cerclage ini dilakukan (walaupun success rate nya lebih tinggi dalam mengelakkan pregnancy loss dan preterm labor), seseorang itu tidak boleh bersalin normal lagi dan untuk kehamilan-kehamilan yang seterusnya.

Ini kerana setelah cerclage itu diletakkan melalui abdomen, ibu itu terpaksa bersalin secara Caesarean Section (C-Section) dan cerclage itu tidak akan dikeluarkan selepas pembedahan untuk kegunaan pada kehamilan yang seterusnya. Kesannya juga, ibu itu agak sukar untuk mengandung secara semulajadi kerana string yang ditinggalkan itu akan lebih merapatkan rahim dan ditambah lagi dengan selaput yang akan terbentuk disekitar sepanjang tidak berlaku kehamilan.

Kebetulan kebanyakan kes yang saya baca mengenai mereka-mereka yang melalui abdominal cerclage ini, mereka-mereka ini telah pun menjalani procedure vaginal cerclage yang biasa terlebih dahulu dan cerclage yang mereka jalani masih gagal untuk menahan tempoh kehamilan mereka sehingga cukup bulan, ada yang mengalami kelahiran pra-matang seawal 24 minggu. Dan akibat dari outcome pregnancy yang sebelum ini membuatkan mereka untuk beralih
menjalani procedure abdominal cerclage pula.

"If there is insufficient cervical tissue to allow placement of a cerclage vaginally, a transabdominal approach is sometimes used. With this procedure, an encircling suture is placed above the cardinal and uterosacral ligaments. Transabdominal cerclage is not frequently performed and is only indicated for those patients with previous failed cervical cerclages, shortened or amputated cervix, and/or deep traumatized cervix. This procedure should only be performed by physicians with special training and expertise in this procedure."


[Sumber: Transabdominal Cerclage, Aetna]

Oleh kerana, saya masih tidak ada lagi history atau indicator mengenai kehamilan saya ketika ini seperti keguguran, kelahiran pramatang dan sebagainya. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak menjalani menjalani procedure abdominal cerclage. Saya ambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Jika ditakdirkan kehamilan kali ini mempunyai masalah dan mengalami risiko seperti yang saya sebutkan sebelum ini dan tidak ada rezeki. Baru lah saya akan mengambil tindakan awal untuk kehamilan yang seterusnya.

Ini kerana saya tidak mahu menyekat peluang kehamilan yang normal untuk kehamilan yang seterusnya jika saya terus mengambil keputusan untuk menjalani procedure abdominal cerclage tersebut. Sedangkan saya masih dalam keadaan uncertainties lagi untuk kehamilan yang sekarang ini (adakah ianya sebenar-benarnya memerlukan cerclage?). Saya tidak mahu berada dalam keadaan dimana "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", "lain yang hendak dicegah, lain pula yang datang/jadi". Begitu keadaan saya ketika itu.

Namun, doktor juga turut memberi cadangan bahawa dia akan mencuba sekali procedure cerclage seperti biasa untuk kali kedua. Dengan harapan, rahim saya menunjukkan improvement dan membolehkan procedure tersebut dilakukan dari bawah sahaja setelah saya beberapa hari berehat (bed-rest) di hospital.

Dan jika iannya masih tidak dapat dilakukan juga, doktor tidak akan berbuat apa-apa dan saya di wajibkan untuk berada didalam keadaan bed-rest sahaja dan berharap rahim akan bertahan sehingga kandungan cukup bulan. Jika tidak ada rezeki pada kali ini, cerclage ini akan dilakukan pada lebih awal minggu kehamilan dimasa hadapan.

Alhamdulillah, selasa yang lepas saya memasuki dewan bedah sekali lagi dan procedure itu dapat dilakukan dari bawah. Namun menurut doktor, ianya tidak dapat dilakukan dengan 'secantik' seperti yang sepatutnya kandungan yang telah masuk 23 minggu dan ditambah dengan keadaan rahim lagi berbanding jika ianya dibuat lebih awal lagi.

Kini sudah hampir seminggu selepas saya menjalani cerclage tersebut. Dan sudah masuk hari ke-12 saya berada diwad. Semasa diwad saya terpaksa berbaring dikatil sepanjang masa. Dan keadaan berbaring pun bukanlah seperti yang biasa. Saya terpaksa berbaring dalam keadaan 'Trendelenburg Position". Dimana hujung kaki katil akan ditinggikan lebih dari paras kepala.

Lebih kurang camnilah keadaan saya bed-rest di hospital. Tapi saya terpaksa improvise sedikit, saya tak boleh kalau kepala lagi rendah dari kaki, rasa macam darah berkumpul dikepala. Jadi saya terpaksa letak 2 bantal untuk memastikan kepala saya tinggi sedikit. Dalam keadaan begini saya ambil masa 2-3 hari juga untuk menyesuaikan diri dengan posisi ini. Selama 2-3 hari juga saya mengalami pening kepala, muntah-muntah (mungkin ditambahkan kesan dari bius), pressure pada tengkuk sebab terpaksa letak atas 2 bantal. Kalau tak, saya akan kembali pening pula.

"In cases where Incompetent Cervix is diagnosed later in a pregnancy an emergent cerclage may be placed. This procedure is normally followed by bedrest in the Trendelenburg position and drugs to treat for infection or to stop contractions. The Trendelenburg position is used to allow gravity to pull the baby and membranes away from the cervix."


[Sumber: How to treat Incompetence Cervix, eHow]

Minggu ini saya sudah masuk 25 minggu, masih di wad. Tidak tahu berapa lama lagi dijangka hendak duduk disini. Jika mengikut recommendation dari doktor adalah lebih baik saya bed-rest dihospital sehingga saya 36 minggu. Kerana tidak yakin saya boleh berkeadaan begini jika berada di rumah.

Saya masih memikirkan sama ada memutuskan untuk berehat dirumah sahaja dan bertanggung jawab diatas segala kemungkinan yang bakal berlaku. Apa-apa pun saya menghitung minggu demi minggu agar kandungan kali ini dapat bertahan sehingga minggu yang sepatutnya, Amin!

12 comments:

ibudhani said...

Salam kak, didoakan segala urusan dipermudahkan..

noorulaz said...

bersabarlah kak, kuatkan semngat ye. Kami mendoakan akak dan baby selamat.

ayu said...

yati, semoga tabah menghadapi dugaan ni ye...

mirah said...

yati, nervous lak mirah tgk keadaan yati kali ni. Makin lah mirah rasa kena buat pap smear dulu sblm nak pregnant lagi. Ditambah pengalaman lahir awal khadijah dulu, entah mengapa kali ni perasaannya lain mcm sket. Instinct suh buat pap smear tu tinggi sungguh. Kena buat juga lah ni walaupun takut.. huhu

Moga semuanya dipermudahkan utk yati dan baby tu.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

salam yati..semoga dipermudahkan segala2nya..
aminn

fiza said...

Dugaan untukmu. Seriau gak dengar, ku tak pernah buat pap smear, anak dah 2, nak kena buat cepat nih.

Semoga baby & ibu berada dalam keadaan selamatdan sentiasa di bawah lindungannya.

mystory said...

slm....moga dipermudahkan semua....bsrnye pengorbanan seorang ibu demi satu nyawa di dalam rahim.......:)

Hayatie said...

Terima kasih semua diatas wish2 yang diberikan!

habibah_bib said...

semoga semuanya selamat, yatie.. you're a tough mom.

Lily Jamaludin said...

Dh slamat ke melahirkan..bila tarikh bersalin..sya pon sama kene cerclage dn dduk wad HUKM slama 2 bulan hgga melahirkan. Cerclage bukak pda wk 36, dn terus branak sbb mmg dh bukak 4cm..pda 1 nov 2011 ank lelaki. Alhamdulillah berjalan lancar, ni kes kedua sya...ank pertama pon sama gak, sya kene cerclage gak di HUKM, process yg sama smpe branak.. Kita insan2 yg terpilih...Alhamdulillah...

Lily Jamaludin said...
This comment has been removed by the author.
Lily Jamaludin said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea