Wednesday, January 26, 2011

Bila amatur nak make up blog

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:20 AM
Dah masuk dua hari dua malam saya terponggok depan laptop, tak hirau makan minum, huhu!. Ini yang saya malas kalau dah mula nak make-up blog. Sebabnya saya tak suka bermain dengan kod-kod HTML tu semua. Tapi bila nak template yang berkenaan dihati terpaksa lah redah juga.

Kali ini, perubahan blog saya adalah 100% hasil 'keras tangan' saya, hihi! Buat masa ini, inilah template yang berkenan dimata setelah berbulan juga saya men-survey template baru. Tapi saya tak pernah jumpa satu template yang perfect, maksudnya template yang tak perlu saya ubah, buang apa-apa yang tidak sesuai. Template ini pun perlu saya buang beberapa imej dan lain-lain lagi, fuhh!

Cara mengodek kod HTML untuk dummies seperti saya ini adalah dengan mengunakan cara 'cut-review page-tak jadi-paste-semula' hihi! Pernah sekali saya dah cut-cut pastu hasilnya tak jadi-jadi juga dan saya dah lupa kat celah mana kod yang saya cut itu untuk dipastekan yang original semula. Sudahnya saya kena ulang semula upload template dan mula dari A-to-Z.

Walaubagaimana pun, saya puas hati lah dengan percubaan pengubahsuaian kali ini (masuk bakul angkat sendiri yer, hehe!) Yang tak tahan tu siap letak ruang iklan tu, haha! Perasan ler konon ada orang nak advertise kat blog sendiri, kah kah!

Ok. motif sebenarnya ad space tu saje je, sebab saya dah lama kepingan nak tengok benda tu kat blog sendiri, tak kisah lah ada orang ke takda orang nak advertise, huhu! Boleh kah? haha.

Dah selesai dengan pengubahsuaian blog, selepas ini saya berangan nak register domain pula, hihi!

5 comments:

CatlinaFly said...

hehehe ok lah ni..kemas dan simple tapi menarik dan senang org nak baca..;)

Fid said...

ok ok nice..kemas lapang hehehhe

mamaAliff @ salmi said...

nice...i love white background..sama la kita...:)

Azrina Mohd Tajul Ariffin said...

Huhu..aku tak pandai HTML tu...upah orang buat..sekali dgn tukar domain

Hayatie said...

Terima kasih kepada juri-jrui profesional semua, hehe!

Fid: tutorial kita tak habis lagi ni tau, hehe!

Ina: Previously punya tu mmg upah, kali ni nk cuba godek2 sendiri je sbb ku cepat bosan, huhu!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea