Tuesday, January 25, 2011

Baju MBfPC

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:22 AM
Macam biasa, lagi satu cerita dah lama tapi baru nak buat entri, ngeh-ngeh. Alhamdulillah akhirnya MBfPC dah ada baju rasmi yang lebih menepati keperluan seorang wanita. Apalagi jika ianya lebih muslimah dan sopan. Yang best lagi, baju ini adalah baju untuk meyusu juga.

Mungkin sekali pandang, ramai yang dah boleh agak baju ini datangnya dari jenama yang mana. Yaa, tak lain tak bukan adalah dari Hilyah. Hasil daripada perbincangan saya dan zarin, akhirnya kami memilih baju menyusu dari Hilyah ini sebagai baju rasmi MBfPC, memandangkan warnanya sudah sama dengan warna rasmi MBfPC.

Tidak banyak sebenarnya perubahan yang perlu dilakukan pada baju ini. Kami hanya minta pihak Hilyah untuk menggantikan imej pada bahagian bawah baju itu dengan logo MBfPC. Dan hasilnya, sangat memuaskan. Tempahan baju ini telah mendapat banyak sambutan dari semua PC-PC MBfPC seluruh Malaysia. :)

Boss besar MBfPC aka kak kamariah berposing dengan baju MBfPC.

Alhamdulillah, tempahan yang agak banyak berjaya saya uruskan dari mula hingga lah ke proses pengambilan dan pengeposan. Insyallah, 2nd batch order untuk baju ini akan dibuka bagi yang tidak sempat membuat tempahan, tercicir dan sebagainya.

Gambar dari susuibu.com

Semua pakat untuk memakai baju MBfPC pada SGM Susuibu.com yang pertama untuk tahun 2011. Masing-masing sangat teruja dengan baju MBfPC tersebut. Walaupun saya tidak lagi untuk merasmikan baju MBfPC untuk sebarang program MBfPC pada ketika ini, saya sangat teruja melihat kawan-kawan yang bangga menyarung baju MBfPC ini. Tak sabar rasanya nak tunggu selepas bulan 5 nanti. Insyallah saya akan kembali 'beraksi'. Doa-doakan segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar buat saya. :)

2 comments:

noraherni said...

Seronoknya kalian! Acik sangat jeles kerana masih belum dapat menyentuh baju ini huhu!

Fid said...

awwww....ada ai lagik huhuhu

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea