Laporan SGM7-Challenges in Breasfeeding Toddler

Saya baru nak update, aktiviti SGM pada minggu lepas. SGM Susuibu.com yang ke-7 untuk tahun ni. Selepas hampir 2 bulan tiada aktiviti SGM dari bulan puasa dan raya tempohari. Bulan alhamdulillah, dapat juga dilaksanakan aktiviti ini. Walaupun lokasi nya terpaksa ditukar dari Tasik Cempaka ke Susuibu.com disaat akhir kerana hujan lebat pada pagi ahad tersebut. Itupun masih tidak mematahkan semangat ibu-ibu yang sampai didalam hujan dan berkampung di pondok Tasik Cempaka menunggu ketibaan yang lain sebelum bergerak ke Susuibu.com.


Faktor hujan pada pagi tersebut mungkin mengurangkan lagi kehadiran yang sepatutnya lebih lagi. Namun ada hikmah juga, dengan jumlah kami yang hadir ini pun sudah hampir penuh dah ruang di Susuibu.com dengan anak-anak yang riang berlari kesana-sini :)

Amboi sapa yang khusyuk bebenor sambil duduk ala-ala pilates ni...hahah! Duduk posisi ini boleh mengalihkan rasa mabuk dipagi-pagi hari mungkin, huhu!

Sambil ber-SGM sambil makan. Tapi kaum bapa pula mengeteh kat Mamak sebelah kedai susuibu ni. Banyak yang dikongsikan diantara ibu-ibu yang hadir mengenai cabaran-cabaran menyusukan anak yang semakin meningkat usia ini. Anak mengigit lah, puting melecet, menyusu dalam pelbagai posisi lah, dan macam-macam lagi. Selain daripada tu topik-topik sampingan yang juga dibincangkan oleh kami. Untuk pelbagai lagi laporan mengenai topik-topik yang dibincangkan pada SGM tersebut, boleh juga baca di Sweetstory Yuitsumuni dan juga di Menyusu Simanja.


Kemudian, diadakan juga sambutan Hari Jadi kecil-kecilan untuk anak-anak yang telah genap 2 tahun pada bulan Oktober ini. Bermakna 'Hari Graduasi dalam Penyusuan' lah juga bagi ibu-ibu ini kerana berjaya sehingga ke 2 tahun penuh penyusuan.

Antara yang menyambut ulangtahu kelahiran pada bulan ini adalah Ismazura Ajui dan anaknya, Ammar, Shazura dan anak-anaknya, Safi & Umar, Hanidah dan anaknya, Nasreen, Illieza serta anaknya Aliff dan me dengan my beloved Azri, *wink*


Perkara wajib sebelum bersurai adalah kerja-kerja pembersihan. ;) Terima kasih kepada semua yang telah hadir untuk menjayakan SGM pada kali ini. Insyallah, kalau tiada aral SGM yang seterusnya akan diadakan seperti biasa, tungguuu! :)


*Kredit Pic daripada koleksi album di FB rakan-rakan, Tq! :)

Susuibu.com International Lactation Conference 2010

Nak update cerita di sepanjang conference Susuibu.com yang saya hadiri ni pun terkial-kial, huhu. Seronok sangat berpeluang untuk menghadiri conference seperti ini. Berjumpa dengan kawan-kawan yang lama dan juga baru sambil mendengar ilmu yang disampai oleh pakar-pakar laktasi antarabangsa seperti Dr. Jack Newmann, Diana West dan juga Sue Cox.

Jumlah kedatangan peserta di SILC 2010 pada hari pertama.

Salah satu slot semasa conference iaitu forum, wakil dari Asia Tenggara yang menceritakan senario semasa mengenai penyusuan ibu didalam negara masing-masing. Wakil-wakil yang mengambil bahagian terdiri daripada Heidi Lam, LLLI Leader Hong Kong, Meena Sobsama, wakil daripada Childbirth & Breastfeeding Foundataion of Thailand (CBFT), Mia Sutanto dari Assosiasi Ibu Menyusu Indonesia (AIMI) dan wakil dari Malaysia, iaitu Puan Rita Rahayu.

Bersama peserta dari Thailand, Meena Sobsamai, wakil daripada Childbirth & Breastfeeding Foundation of thailand

Sementara menunggu sesi workshop pada hari kedua bermula.

Sempat lagi ni. Ape-ape aje!

Melayan blues sewaktu conference bermula dipagi hari, mabukk! Sebab baru lepas turun dari kereta. Ini dinamakan sindrom mabuk naik kereta sebagai penumpang. Apakah?

Namun keadaan saya lebih bertenaga apabila ke petang.
Waktu rehat semasa tengahari dan minum petang. Memang havoc bila geng-geng ini berkumpul.

Release tension kat tepi kolam ikan koi ni sat sebelum pulang.

Ini pula semasa 'book-signing ceremony'. Semua berbaris nak mendapatkan otogerap celebriti-celebriti ni.

Alhamdulillah, dapat menambah lagi koleksi buku penyusuan walaupun tak pasti bila nak bacanya, huhu
Ade juga motif beli buku sebab nak dapatkan sign, haha! Apekah lagi!ish ish.. Takpelah, untuk kenang-kenangan kan. Tak pasti lagi bila dapat jumpa mereka-mereka ini.



Menghadiri conference antarabangsa seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya. Mengetahui pelbagai cerita penyusuan daripada peserta pelbagai negara. Seronok, dan jika ada rezeki saya lagi untuk menyertai program-program seperti ini, pasti tidak akan lepaskan peluang ini.

Saya telah EP selama 23 bulan!

Takda cerita lain kan! Sebenarnya saya mulai rindu serba sedikit pula saat-saat memerah dahulu. Walaupun lebih banyak kelegaan berbanding perasaan rindu itu. Sudah hampir 2 bulan pam, corong2 berserta botol tersimpan rapi didalam bekas. Tiada lagi jadual waktu ala-ala komando! Kilang susu sudah tidak lagi beroperasi sejak kehamilan kedua ini. Namun Saya bangga kerana berjaya memerah sahaja sehingga hampir 2 tahun. Walaupun tidak dapat menyusukan secara terus. Kekecewaan yang saya tebus dengan kembali bangkit untuk memerah kerana tidak mahu menidakkan hak yang sepatutnya azri dapat.

Saya bangkit memerah dan mencoretkan segala kisah-kisah EP saya selama itu, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai pandangan sama ada yang positif mahu negatif. Walaupun saya tahu impak daripada penulisan mengenai EP saya secara tidak langsung boleh menyebabkan penyusuan susu ibu itu hanya menjadi tidak lebih dari pemberian susu ibu sahaja sedangkan ianya sepatutnya memberikan impak yang lebih kepada proses pembesaran bayi itu sendiri. Dan itu saya amat akui. Malah dalam sesi kaunseling yang saya beri pun, saya amat menekan kan betapa pentingnya penyusuan diantara ibu dan anak itu sendiri walaupun saya masih lagi tidak berpeluang untuk merasakannya sendiri.

Namun bukanlah niat saya untuk membawa satu trend yang lain didalam penyusuan. Saya hanya lakukan apa yang perlu saya lakukan untuk memboleh kan saya terus memberikan anak saya khasiat susu ibu itu sendiri daripada tidak berjaya langsung! Dan saya amat bangga dengan pencapaian itu. Kerana ianya satu pengalaman yang amat berharga buat saya.

Koleksi stok EBM sewaktu aktif memerah dulu.

Saya tidak pernah mengimpikan bahawa saya mampu menghasilkan susu sebanyak ini sewaktu mula-mula memerah dulu. Namun jika kita sudah tekad dan fokus kearah itu, tiada apa yang mustahil.

Keinginan untuk merasai kembali perasaan menyusukan bayi sentiasa sentiasa berkobar-kobar kerana setelah pelbagai ilmu yang telah ditimba, dikutip, dibaca &dipelajari mudah-mudahan dapat dipraktikkan untuk kelahiran kali ini. Insyallah saya lebih bersedia, membuat apa yang saya tidak buat dulu semasa diawal-awal kelahiran azri.

Peace no war! :)

Mode Jiwang: Layannnn

Tak tahu kenapa sangat tersentuh dengan lagu ini. Pertama kali dengar dalam radio, terus "wow..sweetnya". Jarang saya selalu touching dengan muzik tempatan. Tu pun ikutlah. So sekarang saya sedang layan lagu ini, siap download dan dengar berulang-ulang kali sampai muntah kot, hahah!

Jom layannnnsss! :)



Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku

-Ana Raffali-

Dikala kelemauan melanda..

Wow, bersawang blog saya ni. Lama betul saya tak update (eleh, macam lah sebelum ni update hari-hari pun, hihi!) Asal bukak blog mabuk, ahakks! Alasan je tuh, kah kah! Tah kenapa sejak dari bulan puasa saya dah mula lemau dah update entri, atau mungkin kerana dah tutup buku pumping sejak dari bulan itu. Arghh macam-macam lah alasan. Tengok, shoutbox saya pun dah expired, tak gi bayar-bayar lagi, ngeh-ngeh!

Namun, disebalik kelemauan saya diblog, berlaku sebaliknya pula di Facebook sebab saya telah mula giat kembali 'bercucuk-tanam' yang telah lama terhenti dulu. Kalau dulu, saya lah orang yang paling sibuk (cheh perasan kunun) dengan aktiviti BF sana-sini, penuh kat wall update aktviti sana-sini. Tapi kini wall FB dipenuhi dengan game sahaja, muahaha!

Keadaan tidak berapa mengizinkan saya untuk lasak buat seketika ini. Ditambah, kepala yang asyik pusing sahaja hampir tiap-tiap hari, adakah itu sudah dikira fasa mabuk? huhu!

Khamis hari itu, adalah check-up pertama saya di HUKM. Sebelum itu, saya sudah mendaftarkan 2 sesi temujanji (hover betul) satu di bawah, dan satu lagi di Specialist Tingkat 7. Tak tahulah kenapa saya daftar kedua2nya, mungkin kerana mahukan rawatan yang terbaik untuk kehamilan kali ini. Namun check-up dengan specialist itu telah ditunda pada hari isnin ini.

Jadi, saya pergi dahulu check-up yang biasa pada hari khamis yang lalu. Biasalah, sesi temujanji pukul 10am, sampai pukul 9.30am, selesai pukul 1.30pm. Rutin check-up terlebih dahulu, urine, BP, Scan. Dan Kemudian tiba lah ke part yang paling saya tunggu-tunggu iaitu cervical length Scan (Transvaginal Ultrasound)untuk mengukur rahim samada telah pendek atau tidak selepas surgeri di pangkal rahim yang saya buat pada awal tahun lepas. Alhamdulillah, ukuran rahim saya adalah 3.8 cm, masih lagi dalam kategori normal cervical length. Menurut awek (heheMenunjukkan jumlah bahagian yang dibuang semasa surgeri dulu adalah tidak banyak. Owh pening saya gugel range untuk normal cervical length semasa kehamilan.

Aduh, rasa naik tebal dah muka sebab asyik 'terkang&*&@! je selama beberapa tahun ini. Dengan pap smear, colposcopy, 'scan bawah' tu belum campur time nak beranak lagi. Tapi nak buat cemana, kalau dah penyakit di situ.

Hasil daripada check-up pertama ini, saya perlu repeat check-up selang 2 minggu untuk awal-awal kehamilan ini, dan setiap kali mereka asses semula cervical length itu buat 'scan bawah' lagi untuk sebarang perubahan pada rahim tersebut untuk cervical opening (funneling).

Wah, macam2 terma dah. Mula-mula memang blur nak faham. Mujur ada pak gugel! Kandungan kini sudah berusia 12 minggu, masih baru! Kerisauan tetap ada dengan pelbagai sejarah kehamilan yang lepas-lepas. Mudah-mudahan kali ini dipermudahkanNya seperti yang lepas.

Oh, saya masih ada lagi temujanji lagi dengan pakar pada hari isnin ini. Kedua-duanya saya buat, dan lihat yang mana satu lebih baik untuk saya dan teruskan dengan satu itu seterusnya. Mujur satu hospital yang sama, tak susah nak alih-alih file keluar, yeke? Cuma yang susahnya kerja mereka sebab dapat patient macam saya, ngeee!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)