Rezeki Ramadhan, Anniversary & Aidilfitri

Fuh, liatnya nak membuat entri baru diblog. Ada banyak cerita yang hendak dikongsikan namun kebanyakanya tidak terluah dari jari-jemari yang kertu nak menaip ni, masih dalam mode raya hehe! Seminggu sebelum Anniversary kami & Aidilfitiri, al kisah perahan berdarah dan juga hasil tenusu yang hampir kering sebenarnya telah memberikan saya saya satu signal. Disamping datang bulan saya yang telah pun 5 hari lewat dari jadualnya. Jadi, 2hb saya dah tak sabar nak check upt. Kemudian tunggu encik suami balik untuk buat scan kat klinik.

Sebenarnya banyak benda yang berkaitan dengan alkisah kehamilan saya yang membuatkan saya sedikit gusar dan bimbang. Pertama, sejarah keguguran yang tidak dikesan (miss abortion) yang berlaku sewaktu kandungan saya berusia 14 minggu, kerana tiada fetal heart pada janin. Scan dibuat kerana tiada apa perubahan yang berlaku pada kehamilan (seperti perut tak besar-besar).Sebab itu, pada kehamilan kedua saya, sebaik sahaja fetal heart dapat dikesan dan normal setelah beberapa minggu kehamilan saya, saya agak berasa lega dan yakin.

Namun kali ini, kegusaran mengenai risiko kehamilan ditambah lagi sejak saya menjalani prosidur LEEP (Loop Electrosurgical Excision Procedure) pada awal tahun 2009 untuk merawat CIN-2 selepas keputusan pap smear tidak normal. Baca disini untuk maklumat lebih lanjut mengenai LEEP

Namun selepas membaca bebeapa komen pada artikel tesebut, saya cuba juga untuk menerima semuanya dengan positif dan beharap agar segalanya akan berjalan sepeti biasa.





Saya sudah tidak memerah lagi baik malam atau pun siang. Kerana tiada apa yang boleh diperah lagi, huhu! Pernah juga saya cuba untuk memerah keesokanya setelah satu hari satu malam tidak memerah dan hasilnya cuma tak sampai 0.5 oz pun! Alhamdulillah, perancangan Allah lebih baik dari apa yang saya ingin rancangkan. Memberi rezeki ini disaat azri hampir 2 tahun dan tidak lagi bergantung dengan susu sepenuhnya, walaupun kami sudah lama inginkannya lebih awal lagi. Takpelah, jika ada rezeki dengan adikna, boleh azri merasa EBM semula tahun hadapan, huhu!

29/9 ini temujanji dengan prof Hatta di HUKM semula. Untuk check-up cervical length, competence dan bla, bla bla! Saspennya nak tahu prognosis pregnancy untuk kali ini. Apa-apa pun saya tawakal dan redha dengan segala ketentuanNya.




Gadjet baru

Yada yadaaa, sudah lama ku dambarkan ini. Sekarang, tidur malam ku lena, haha! Akhirnya, tidak payah lagi bersusah payah nak gi kedai jahit tepi yang kadang-kadang tak bukak lah, taknak buat on-the-spot (kena tinggal dulu petang baru amik) dan macam-macam halangan lagi lah yang kadang-kadang buat saya lemau nak menjahit! (Alasan, hehe!)

Dah lama sebenarnya nak beli ni, tapi saya dalam dilema sama ada nak beli yang biasa (home-use) camni, atau nak beli yang jenis industri terus (tahan lasak). Sebab saya selalu dengar feedback berat sebelah (terutama dari tukang2 jahit) yang kata mesin jahit tepi Singer ni, tak tahan lasak la, jahit tepi dia tak cantik lah, etc. Off course mereka tak favor, nama pun tukang jahit! Konpem banyak baju yang nak kena jahit kan.

Selepas beli ni, saya memang puas hati lah, jahitannya pun not bad. Mesin ni secara puratanya boleh menampung lebih kurang 3-4 pasang baju sekali dijahit tepi dan tidak digalakkan untuk terus-meneruskan lebih sejam, menurut kata apek penjual itu. Oklah tu, saya pun bukan banyak sangat nak jahit dalam satu hari. Nak jahit sehelai sehari pun bercintaaa...huhu!


Test power jahit tepi 'kekek' baju kurung. Eeei Seronoknya saya, hihi! Terus bersemangat nak menjahit! Tapi tak seterel zah menjahit :)

Thank you for all the wishes!

Saya masih memanfaatkan 'jangka-hayat' bateri laptop lama ini sebab chargernya dah kong. Oleh kerana FB sahaja yang paling senang untuk diakses melalui henpon, jadi segala bagai datok nenek status acik luahkan disana, huhu!

Terima kasih kawan-kawan yang menge-wish sempena anniversary saya pada hari ini. Rata-rata semua ucapan banyak yang mendoakan saya agar masuk 'kelab 2011' nanti, Amin! Begitu juga dengan 'kontroversi dropping pumps' saya.



Memang saya rasa, sudah sampai waktunya untuk saya 'bercerai' dengan pam. Angka 2 bukan menjadi ukuran buat saya. Apa yang penting adalah pengisian didalamnya, sepanjang penyusuan itu. Mengambil & menerima disebalik sesuatu kejadian itu dengan sedalam-dalamnya. Dan kejadian Tuhan itu sudah cukup cantik buat umatnya. Cuma kita sahaja yang perlu memikirkan hikmah disebalik kejadian itu.
Sebagai contoh, mengapa diterangkan didalam Al-quran untuk penyusuan penuh sehingga 2 tahun sahaja? Dan ibu-ibu masih lagi pening kepala memikirkan susu apa lagi selepas 2 tahun. Andaikata, keperluan utama seorang kanak-kanak itu adalah masih susu setelah 2 tahun, mengapa tuhan tidak menjadikan pengeluaran susu seseorang ibu itu melimpah ruah sehingga lebih 2 tahun, 3-4 tahun mungkin!.
Kejadian Allah itu sudah cukup sempurna, secara semulajadinya susu ibu itu mulai berkurangan setelah usia anak semakin meningkat dewasa kerana memberi peluang kepada anak itu untuk menikmati pelbagai lagi makanan diatas muka bumi ini selain susu.
Walaubagaimanapun, saya bersyukur atas nikmat yang diberikan. Memberi susu ibu kepada anak walaupun pelbagai kelas & gelaran diberikan masyarakat.

Terima kasih semua diatas ingatan & doa yang diberikan! :)

Pengepam Tegar Jr.

Bakal pelapis ke hape ni? Pandainyeeee budak ni. Sekarang azri dah mula masuk fasa 'copy-paste' apa yang orang lain buat. Dia dah faham, kalau nampak saya mula menyiapkan corong & botol untuk sesi memerah, terus dia amik motor pam dan letak atas katil siap-siap (tempat biasa saya mengepam, kih kih!). Amboi baiknya budi bahasa sekarang. Ada makna kaaa! haha!

Sesi menerai corong pam tu kot-kot leh kuar susu ke tak, huhu!



down to 4 pumps & weaning

Kali ni saya terpaksa bersiaran menggunakan hp je. Oh sungguh terseksa acik nk menaip entri ini di hp,haha. Mahapler kalau entri ini menjadi satu perenggan yang panjang, saya dah cuba composenya perenggan demi perenggan tapi tak pastilah ianya ikut setelah di publish,huhu! Laptop sy masuk 'wad' hampir 2 minggu sebab masalah skrin & sedang menunggu sparepart. Mujur ada warranty lagi. Bila tiada laptop, time tu la macam2 nak cerita,tp bila dah depan laptop otak terus beku tak tahu nak kata apa. Sebenarnya, saya sahaja nak update kisah EP saya yang saya rasa hampir sampai ke penghujungnya. Seperti juga status yang saya update di FB. Saya kini sudah mengurangkan sesi perahan sekitar 4x sahaja dengan purata perahan hanya sekitar 0.5oz hingga ke 1oz sahaja sehari. Selepas kejadian sesi perahan berdarah yang sy alami beberapa hari lepas buat pertama kalinya setelah 1 tahun 10 bulan saya memerah tegar, saya mula mengurangkan sesi perahan saya. Sebelum insiden itu, puting sudah mulai rasa pedih beberapa hari sebelum tu. Mungkin sudah tiba masa untuk saya wean dari pump. Tidak lama lagi, saya bercadang untuk menggugurkan sesi perahan pada siangnya. Dulu saya sentiasa fikir yang saya akan meneruskan selagi masih ada, namun kini,badan telah pun memberi kata putusnya sendiri. Saya akur. Alhamdulilah, saya bersyukur kerana sampai ke tahap ini walaupun tidak 'sempurna' penyusuan ini kerana saya hanya memerah. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepada anak saya untuk menikmati khasiat susuibu selama ini. Satu pengalaman yang memberi saya kekuatan untuk menempuh perjalanan baru kelak,insyallah jika ada rezeki! Esok 2 September adalah ulangtahun perkahwin kami yang ke-4. Tak sabar nak tunggu encik suami pùlang minggu hadapanJ dan berkongsi hadiah anniversary kami,ngee! Saya suka bulan september kerana bulan ini adalah bulan perayaan berganda bagi saya. ^_^MY
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog Stats

I am

I am
Prog. Trainer (PCPA)

IBCLC

Ahli Kumpulan Sokongan

My Comunnity

Photobucket Photobucket

Photobucket

My Bf Plans

My Bf Plans
Part 1 (Click to enlarge)

Part 2 (Click to enlarge)

Part 3 (Click to enlarge)